Pru15 Siapa Pm Ke 10 Jom Baca Analisa Kami



Dato Seri Mukhris Tun Mahathir
PRU 15 dibuat lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Rata-rata rakyat marhaen memang tidak setuju sebab tidak nampak keperluan untuk diadakan pilihanraya

Ikut suka lah macamana pun. Undi tetap kena undi jugakkan. Ok jom kita cuba buat analisis simple calon calon Perdana Menteri yang umum kita tahu setakat ini. Analisis ini kita buat tanpa mengira kekuatan parti. Bagi yang fanatik politik gila gila maka dinasihatkan untuk tidak membaca artikel ini. Mungkin anda akan tersinggung.Ini adalah pandangan rakyat yang memerhati bukan pandangan professional mana mana pakar analisis mahupun professor universiti. Segala cerita kontroversi mahupun skandal kita letak tepi. 
Ok jom kita mula.

DS Najib Tun RazakDikatakan akan kembali berkuasa pada PRU15. Dikatakan juga akan buat comeback semula walaupun akhirnya semua tahu logiknya tidak mungkin buat masa terdekat ini. You know why.. 
DS Azmin Ali Individu yang famous juga. Dahulu dikatakan bakal Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil ada juga yang percaya beliau berkemungkinan jadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Apapun yang kami(segelintir rakyat) rasa buat masa ini tidak mungkin. Imej beliau yang melompat kesana sini tidak digemari rakyat walaupun beliau disukai sewaktu pernah menjadi menteri besar di Selangor. 
DS Mukhriz Tun Mahathir Cakap cakap mengenai kemungkinan ini telah lama didengari. Dengan bantuan dan sokongan ayahandanya beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Umumnya bagi kami dibuka minda tidak tahu kebenaran atau kesahihan tentang ini. DS Mukhris secara keseluruhan adalah figura yang popular juga. Cuma auranya tidak dapat dirasa sangat. Peluang beliau juga dirasakan rendah buat masa inilah.. 
Tun Mahathir Mohamed Negarawan terbilang.. Siapa pun pasti kenal dan tahu. Beliau tidak menolak sekiranya dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri. Yang menjadi persoalan ialah.. relevan kah beliau untuk diangkat sekali lagi sebagai Perdana Menteri. Kekuatan beliau dan strategi yang dipakai pada PRU 14 menyaksikan kemenangan pada team Pakatan Harapan. Memang suatu sejarah buat negara apabila Barisan Nasional tumbang ketika itu. Walaupun begitu rata rata rakyat berpendapat beliau sepatutnya bersara sahaja.. Lebih baik beliau bertindak sebagai penasihat dari menjadi Perdana Menteri.. Apa lagi yang beliau nak.. 


DS Anwar Ibrahim (DSAI)
Tidak sah kalau bercakap pasal Tun Mahathir jika tidak sebut nama DS Anwar Ibrahim! Umumnya tahu kenapa. Bertahun tahun sokongan kepada DSAI dilihat mendatar.. tiada sokongan baru. Bagaimanapun mengikut pandangan sesetengah rakyat marhaen, sokongan terhadap beliau dilihat ada peningkatan. MUNGKIN beliau dilihat lebih sabar lebih tabah setelah sekian lama. Ada juga berpendapat bagi saja peluang untuk beliau, kalau tak perform buat je macam PM yang lain.. Guling dan ganti yang baru pulak. Ada juga berpendapat beliau akan kekal sebagai bakal PM atau PM tepi selama lamanya...apa pulak pendapat tuan tuan?
DS Zahid Hamidi (DSZH)
Keputusan mahkamah untuk tidak mendakwa untuk 40 pertuduhan sedikit sebanyak pasti menggembirakan beliau Yelah siapa jua ditempat beliau pasti susah hati, kalau dibicarakan pasti memakan masa yang lama.. Nak gerak ke sana sini pun pasti susah. Jika beliau berminat menjadi Perdana Menteri rasanya mungkin tidaklah sukar. UMNO cuma perlu menang sahaja kali ini. Sokongan akar umbi dikatakan berbelah bagi.. Yelah calon dari UMNO pun banyak juga.. Apa pendapat anda tentang peluang DSZH?
DS Utama Hj Mohamed Hassan @Tok Mat
Timbalan presiden UMNO ini adalah sangat popular. Tiada kes melibatkan beliau di mahkamah. Adakah beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang? Kemungkinan tetap ada.. Rata rata dari survey ringkas, ramai yang tiada masalah sangat dengan beliau.. Cuma suara beliau kurang kuat didengari.. 
DS Ismail Sabri
Adakah beliau akan kembali semula sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang PRU15 ini? Pada pandangan rakyat beliau dilihat neutral, tidak lantang bersuara.. Yelah takkan nak kutuk parti lain yang sokong beliau sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri pulak kan. Isu kenaikan harga barang menjadikan beliau diserang didalam social media. Meski begitu sokongan terhadap beliau tidaklah boleh dipandang rendah.. Adakah beliau akan dipilih semula sebagai Perdana Menteri? Susah juga nak jawab kali ini..
Khairy Jamaludin @KJ
KJ.. Sangat popular terutama waktu beliau menjadi Menteri Bekia dan Sukan suatu masa dahulu. Penampilan beliau yang mesra dikhalayak ramai memangnya diketahui dan disenangi.. Cuma waktu menjawat jawatan Menteri Kesihatan ini lah beliau teruk juga dikecam. Ramai juga meramal beliau akan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Beliau dilihat seorang yang rajin bekerja. Tapi entahla dengar dengar geng geng tertentu didalam UMNO kurang suka dengan beliau. Sekarang (waktu artikel ini ditulis) tidak ditentukan lagi kerusi manakah beliau akan bertanding atau adakah beliau akan dilupakan dalam PRU15 ini..?



Dato Seri Panglima Mohd Shafie Afdal.
Secara purata beliau bukanlah calon favorite tetapi nama beliau pernah di canang sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Peranan beliau ketika PRU14 menumbangkan Barisan Nasional tidak dapat disangkal lagi. Dengan kekuatan Parti Warisan ketika itu meskipun setahun jagung mereka berjaya menakluk Sabah pada PRU yang lalu.. Dari populari rasanya kurang popular berbanding calon lain.. Dari segi peluang pun rasanya kurang juga.. Inilah pandangan masyarakat di Malaysia buat masa ini. 



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)
Beliau juga calon Perdana Menteri. Sudah tentu pencalonan beliau datang dari PAS. Beliau boleh dikatakan famous jugala.. Yelah dah lama kan takkan orang Malaysia tak kenal pulakkan. Dari segi lain masih ramai yang skeptikal dengan kemampuan beliau. Apakah wawasan beliau (meskipun dah diberitahu berulang kali). Secara jujurnya kami melihat peluang beliau untuk jadi Perdana Menteri mungkin sekitar 30 peratus sahaja (buat masa ini).
Ok dah baca kan.. Apa pendapat anda? Setuju atau tidak?
Peringatan dan penafian : sebarang komen di blog ini tidak mencerminkan pandangan kami. Adalah dinasihatkan supaya berhati hati dalam membuat lontaran pandangan... Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen komen yang menghina, menghasut, menfitnah dan sebagainya.. Terima kasih! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peluangtercipta.blogspot.com/2022/10/pru152-siapa-pm-ke-10-jom-baca-analisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Allah Izinkan Pengkhianatan Berlaku Anda Muslim Yang Baik Jom Baca Siri 1

Kenapa Allah Izinkan Pengkhianatan Berlaku Anda Muslim Yang Baik Jom Baca Siri 1

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 96 hits
KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU ANDA MUSLIM YANG BAIK JOM BACA SIRI 1 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF MMMS Sebagai seorang muslim saya suka mencari cari hikmah dalam setiap perkara yang terjadi supaya boleh di elak di masa hadapan dan j...
Nak Tau Cara Capai Senaman 30 Sehari Jom Baca Ni

Nak Tau Cara Capai Senaman 30 Sehari Jom Baca Ni

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 153 hits
Untuk pengetahuan korang saranan aktiviti fizikal bagi dewasa adalah 150 minit seminggu atau 30 minit sehari bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit Jadi bagaimana untuk capai senaman 30 minit sehari Gambar a...
Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

Laaaa Lgbt Tak Hilang Jugak Lagi Ni Nak Pi Padang Merbok Tang Mana Jom Cari Stadium Mana Mana

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 181 hits
MOHD AFFENDI ABASZaman Kerajaan Keluarga PAS PN BN Penyanyi LGBT pun dibenarkan buat konsert Inikah Kerajaan Melayu Isle yang dilaung laungkan Mana pergi pejuang RUU 355 Masih menyokong lagi kerajaan ini Ke semuanya dah keluar dari parti Pa...
Pru15 Dun Di Bawah Bn Bubar Serentak Dengan Pembubaran Parlimen

Pru15 Dun Di Bawah Bn Bubar Serentak Dengan Pembubaran Parlimen

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 152 hits
KUALA LUMPUR Dewan Undangan Negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bagaimanapun ...
Pm Umum Parlimen Bubar Hari Ini Bagi Beri Laluan Pru15

Pm Umum Parlimen Bubar Hari Ini Bagi Beri Laluan Pru15

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra pada 3 petang hari ini satu pengumuman...
Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 148 hits
October 10 2022 Susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa...
Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 165 hits
PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12 04A
Langsung Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Menghadapi Pru15 10 Okt 2022

Langsung Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Menghadapi Pru15 10 Okt 2022

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 227 hits
Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 AWANInews BubarParlimen MalaysiaMemilih SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawan
Agong Kecewa Dengan Politik Semasa Dan Bertitah Agar Pru15 Di Segerakan

Agong Kecewa Dengan Politik Semasa Dan Bertitah Agar Pru15 Di Segerakan

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 133 hits
SHAH ALAM Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh terdekat Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ser
Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Top Instagram Influencers In Malaysia In 2024

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

Pengalaman Menaiki Ktm Ets Pertama Kali

Embracing Diversity And Empowerment Guardian Malaysia S Celebration Of International Women S Day