Pru15 Ph Akan Kekal Memerintah


Aminudddin Yahaya      Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini mengenai kemungkinan akan berlakunya pilihan raya mengejut dalam jangka masa terdekat menarik minat banyak pihak. Sudah pasti kenyataan beliau ini bukanlah dibuat tanpa apa-apa sebab atau tanpa ada maklumat dalaman. Saya yakin ada perkara yang rakyat tidak ketahui.

Sebagai seorang veteran dalam politik negara, pastinya beliau mempunyai sebab yang kuat dalam mengeluarkan kenyataan itu.

Saya tidak mahu membicarakan bila PRU-15 mungkin diadakan kerana itu terpulang kepada perdana menteri. Dia saja yang ada kuasa untuk menentukan bila parlimen dibubarkan. Saya cuba membuat penilaian, bukan secara empirikal tetapi secara kajian sentimen rakyat ketika ini.

Pada telahan saya, jika berlaku pilihan raya umum ke-15 saya yakin Pakatan Harapan (PH) akan terus mengekalkan kuasa. Walaupun ada kajian dibuat tentang populariti PH yang semakin menurun dan kemarahan orang Melayu semakin ketara, namun bagi saya itu boleh diubah dengan menukar naratif kejayaan PH.

Semua ini tidak sukar dilakukan kerana PH menguasai segala media cetak utama dan media sosial.

Kenapa saya berkata demikian? Ada beberapa faktor utama yang menyokong hujahan saya:

Faktor Umno

Umno selaku parti utama negara masih gagal mengemukakan kepimpinan yang benar-benar dilihat berwibawa. Hampir semua pemimpin yang ada sekarang terpalit secara langsung atau tidak langsung dengan pelbagai isu.

Rakyat secara umumnya sudah tidak percaya dengan kepimpinan Umno sekarang mampu untuk membawa perubahan yang lebih baik daripada kerajaan PH. Dalam erti kata lain jika Umno memerintah kembali maka ia hanya sekadar mengulang kembali perangai dan sikap dahulu.

Maka, Umno perlu dilihat benar-benar berubah dan mengemukakan barisan kepimpinan baru dengan idea yang baru. Adakah Umno sedia untuk berubah? Saya rasa amat sukar. Umno memerlukan kepimpinan yang berjiwa besar dan berani untuk membuat perubahan.
Rakyat masih tidak jelas hala tuju Umno sekarang, terutama di kalangan pimpinan. Khabar angin mengatakan pimpinan Umno sendiri berpecah kepada beberapa kumpulan dan masing-masing mahu menaikkan pemimpin sendiri. Ini senario yang memakan diri dan Umno perlu melihatnya secara serius.

Budaya 'cah keting' terkenal di kalangan ahli dan unsur ini akan menyebabkan mereka sanggup mengundi lawan atau merosakkan kertas undi.

Pada masa sama, Umno masih tidak begitu 'mesra' dengan NGO dan pemimpin masyarakat lain.

Mereka masih merasakan diri sebagai kerajaan dan memandang sepi peranan NGO dan pimpinan masyarakat. Jangankan nak dengar pandangan malah untuk berjumpa pun begitu sukar walaupun Umno sudah tidak punyai apa-apa kuasa.

Mereka lupa bahawa pengundi atas pagar adalah ramai dan pengundi ini boleh berubah arah bila-bila masa. NGO mempunyai pengikut dan penyokongnya tersendiri dan mereka ada pengaruh yang besar dalam masyarakat. Jika Umno lupa faktor ini, bermakna mereka telah mengabaikan satu segmen yang besar dalam masyarakat.

Dalam hal ini, saya lihat PAS lebih terbuka dan berlapang dada tetapi PAS agak sukar untuk menang di peringkat pusat kerana kurang bersedia baik dari segi kewangan mahupun sokongan. Saya jangka PAS akan memfokuskan kepada negeri, bukan pusat.

Faktor Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pakar strategi. Tiada siapa yang tahu apa yang akan dilakukannya pada hari esok. Beliau boleh membuat 'the impossible' dan ini tidak boleh dipandang ringan. Kebijakan ini saya lihat tidak dimiliki oleh ramai ahli politik termasuklah Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir adalah faktor utama kemenangan PH. Ini hakikat yang semua pihak akui. Kalau dalam keadaan tiada kuasa beliau boleh menang inikan pula ketika beliau menerajui negara, kecuali beliau berubah pendirian.
Faktor DAP

Strategi DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan kebijakan mereka untuk terus berkuasa. Gambar-gambar yang tersebar yang menunjukkan pemimpin parti itu mendekati orang Melayu dilihat satu strategi yang sangat licik dan menyentuh perasaan.

Melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sanggup makan di dalam talam semasa majlis berbuka puasa pastinya mencairkan hati ramai orang melayu. Ditambah dengan bantuan kewangan yang diberi kepada masjid dan surau serta kepada petugas masjid menambah nilai imej mereka dalam kalangan orang Melayu.

Saya tidak terkejut ramai Melayu akan mula menyokong DAP. Apatah lagi dengan kemelut ekonomi sekarang, bukan sukar untuk memenangi hati orang Melayu yang rata-rata kesempitan wang. Ingat, mereka menguasai Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian lain. Maknanya mereka mempunyai segala kekuatan untuk terus bergerak.
Ketika menteri-menteri Melayu sibuk membuat kenyataan-kenyataan hambar dan kebudak-budakan, mereka sibuk menyelinap ke dalam hati dan sanubari orang Melayu.

Ada juga dakwaan yang mengatakan kawasan pilihan raya akan dipecah-pecahkan terutama yang mengandungi majoriti pengundi Cina. Dikatakan DAP akan mampu menambah 28 buah kerusi lagi dan jika ini berlaku, DAP akan dapat 70 kerusi semuanya. Pembangkang tiada harapan lagi.

Mungkin ada yang skeptikal dengan penilaian saya ini. Terpulang kepada rakyat untuk menentukannya dan saya tidak meminta apa-apa. Tetapi ia sesuatu yang perlu direnungi oleh parti pembangkang dan membuat perubahan di mana yang perlu.

Ingat, dengan orang Cina hampir semua mengundi PH, mereka hanya perlu beberapa peratus saja lagi undi orang Melayu untuk terus kekal berkuasa.

Parti-parti pembangkang perlu sedar hakikat ini dan mula rangka strategi baru.

*AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/pru15-ph-akan-kekal-memerintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Pu Abu Ain Afini Kekal Suami Isteri

Video Pu Abu Ain Afini Kekal Suami Isteri

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 373 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 15 Mei 2019 1 35 PM KLANG Teka teki status rumah tangga ustaz selebriti PU Abu dan Ain Afini Latif 23 akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rend
Ini Cara Mudah Simpan Bahan Makanan Anak Kekal Fresh Jimat Ruang Dalam Peti Sejuk

Ini Cara Mudah Simpan Bahan Makanan Anak Kekal Fresh Jimat Ruang Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 528 hits
Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak ...
Makanan Kekal Panas Dengan Vaya Tyffyn

Makanan Kekal Panas Dengan Vaya Tyffyn

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 761 hits
Menjadi kebiasaan buat Cik iena dan adik untuk bawa bekal ke pejabat Memandangkan adik Cik iena gemar memasak dan lokasi tempat kerja adik Cik iena jauh dengan kedai makan atau shopping mall jadi kami lebih selesa untuk membawa bekal ke tem...
Indo Presiden Jokowi Bakal Kekal Prabowo Tolak 29 Ditahan Rancang Keganasan

Indo Presiden Jokowi Bakal Kekal Prabowo Tolak 29 Ditahan Rancang Keganasan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 291 hits
ANTARA suspek yang ditahan polis Indonesia dipercayai merancang melakukan serangan keganasan ketika pengumuman keputusan rasmi pemilihan umum pada 22 Mei ini AGENSI29 ditahan rancang keganasan 22 MeiJAKARTA 18 Mei Pada 22 Mei ini Komisi Pem...
Di Barat Euro Dan Pound Akan Kekal Di Bawah Tekanan Tanpa Perubahan

Di Barat Euro Dan Pound Akan Kekal Di Bawah Tekanan Tanpa Perubahan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 313 hits
Perselisihan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China mulai memperoleh lebih banyak ciri ciri konfrontasi terbuka Pada hari Khamis seorang jurucakap Kementerian Perdagangan China mengatakan bahawa Amerika Syarikat menyalahgunakan langk...
Anda Boleh Kembali Bertenaga Dan Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan Kalau Ikut Cara Dibawah

Anda Boleh Kembali Bertenaga Dan Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan Kalau Ikut Cara Dibawah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 467 hits
Bila time puasa ni logik la kalau anda tak bertenaga kan Punyalah tak ada tenaga sampai hilang mood nak buat kerja Dekat The post appeared first on
Rasmi Parlimen Sandakan Kekal Milik Dap

Rasmi Parlimen Sandakan Kekal Milik Dap

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 356 hits
SANDAKAN DAP mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee 30 menewaskan empat pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu hari ini Vivian memperoleh majoriti 11 521 undi selepas mendapat 16 012 undi Sela...
Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 347 hits
PULAU PINANG 9 Mei Parti Gerakan menuntut Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan kepada rakyat berkenaan kegagalan menunaikan janji janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 selepas setahun mentadbir negara Timbalan Presidennya Oh ...
Setahun Pentadbiran Ph Dari Kacamata Negarawan Kembali Memerintah

Setahun Pentadbiran Ph Dari Kacamata Negarawan Kembali Memerintah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 292 hits
ESOK genap setahun lakaran sejarah dipahat Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya selepas menumbangkan kerajaan enam dekad Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 Mei tahun lalu Ikuti wawancara media bersama Tun Dr Mahathir Mo...
Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing

Crescent Residence Banmai A Stunning Example Of Modern Architecture

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Putra Heights Inferno Victims Claim Difficulties In Securing Compensation

Every Supermom Deserves A Super Home And It Is Spelled Hck Capital

Royal Mother S Day Message Honour And Serve Your Mother Every Day