Pru15 Penggabungan Dengan Ph Tidak Mungkin Berlaku Pm



(Astro Awani) – Tidak mungkin berlaku penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).
Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berpendapat, keputusan yang dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai jelas dan tidak boleh diragui.
“Bagi saya tak mungkin berlaku, sebab di dalam PAU, dalam MT, keputusan telah dibuat. No Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), No DAP, No PKR. Dan keputusan tersebut adalah keputusan, saya kata PAU tu adalah autoriti tertinggi.
“Kalau nak reverse (patah balik) keputusan tersebut, bawalah balik ke MT dan bawa balik ke mesyuarat agung luar biasa untuk putuskan sebaliknya. Selagi tidak ada keputusan seperti itu, maka keputusan yang asal akan terus kekal.
“Dan saya percaya tidak ada sesiapa pun di kalangan UMNO, kepimpinan tertinggi mana sekalipun yang boleh mengubah keputusan MT dan boleh ubah keputusan PAU dengan cara bersendirian. Ia mesti diputuskan oleh parti,” katanya dalam program Bual Bicara Khas Bersama Perdana Menteri: Kestabilan & Kemakmuran, yang disiarkan malam ini.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas bayangan yang digambarkan oleh pemerhati politik bahawa BN dan PH akan bergabung untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU15 sekiranya kedua-dua parti tidak memperoleh majoriti mudah.
Tegas Ismail Sabri lagi, UMNO dan BN merupakan parti yang konsisten berprinsip dan itu adalah perbezaan utama mereka dengan pembangkang.
“Saya sendiri, konsisten dengan pendirian kita, bahawa kita tidak campur dalam urusan mahkamah.
“Bayangkan, pemimpin besar kita Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri, bekas Pengerusi BN, bekas Presiden UMNO, tetapi apabila berhadapan kes di mahkamah, keputusan kerajaan ialah tidak campur tangan dalam urusan mahkamah. Dan kita kotakan apa yang kita cakap.
“Inilah beza antara mereka dengan kita. Mereka cakap sahaja, menunjukkan seolah-olah merekalah pejuang hak asasi, merekalah yang menghormati kedaulatan undang-undang, tetapi merekalah yang melanggar segala apa yang mereka janjikan untuk mengangkat martabat sistem perundangan, kehakiman dan sebagainya, tetapi mereka yang melanggar semua perkara ini,” kata Ismail Sabri.
Dalam masa sama, Ismail Sabri juga melihat pimpinan PH dulu dan kini masih sama, biarpun tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Bagi saya, sama sahaja. Yang tidak ada, Tun Dr Mahathir sahaja. Yang lain masih ada seperti biasa dan polisi parti sama juga, tidak berubah.
“Kalau dulu dengan sekarang, kerana ada perubahan sedikit daripada segi kepimpinan. Tetapi asasnya tetap sama. Serupa kitalah, UMNO. Walaupun banyak berlaku perubahan, tetapi prinsip perjuangan kita tetap sama,” jelas beliau lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/16/pru15-penggabungan-dengan-ph-tidak-mungkin-berlaku-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Pn Mungkin Bersama Bn Bentuk Kerajaan Di Perak

Pru15 Pn Mungkin Bersama Bn Bentuk Kerajaan Di Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 245 hits
IPOH Perikatan Nasional sedang mempertimbang untuk bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri di Perak Timbalan Pengerusi PN Perak Razman Zakaria berkata keputusan itu dibuat selepas parti itu tidak memperoleh majoriti mudah 30 keru...
Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 235 hits
Pas tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional sekiranya mereka gagal memenangi PRU15 secara bersendirian Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata PN tidak akan sesekal...
Bn Dijangka Menang Pru15 Ismail Mungkin Jadi Pm Lagi

Bn Dijangka Menang Pru15 Ismail Mungkin Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 248 hits
freemalaysiatoday com November 18 2022 1 07 PMIsmail Sabri Yaakob mungkin diminta berundur sebagai perdana menteri untuk memberi laluan kepada Ahmad Zahid Hamidi jika tuduhan terhadap presiden Umno itu digugurkan kata EIU PETALING JAYA Baha...
Pastikan Pru15 Humban Pengkhianat Dan Kleptokrat

Pastikan Pru15 Humban Pengkhianat Dan Kleptokrat

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 246 hits
Ini tidak dapat dinafikan apabila Pakatan Harapan memperuntukkan RM810 juta untuk memulihkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA yang penerokanya majoriti adalah Melayu Peruntukan kepada Pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri semasa Datu...
Pru15 Politik Apa Maksud Tersirat Di Sebalik Ulasan Syahmi Sazli

Pru15 Politik Apa Maksud Tersirat Di Sebalik Ulasan Syahmi Sazli

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 358 hits
Apa maksud tersirat disebalik ulasan Syahmi Sazli dalam hantaran terbarunya di facebook DEMAM PILIHANRAYA Sebagaimana kita tahu demam pilihanraya sudah bermula apabila proses penamaan calon telah selesai di seluruh negara pada 5 November 20...
Pn Janji Akan Isytihar Cuti Umum Jika Menang Pru15 Untuk Memudahkan Pengundi

Pn Janji Akan Isytihar Cuti Umum Jika Menang Pru15 Untuk Memudahkan Pengundi

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 287 hits
PN janji akan isytihar cuti umum jika menang PRU15 untuk memudahkan pengundiPerikatan Nasional berjanji akan mengisytiharkan cuti umum jika perikatan itu berjaya memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi PN Tan Sri Muhyi...
Manifesto Perikatan Nasional Tawaran Pn Best Pru15

Manifesto Perikatan Nasional Tawaran Pn Best Pru15

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 341 hits
Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 menampilkan Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 yang telah dilancarkan pada malam tadi juga memberikan ucapan penuh oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilakukan pada majlis d...
Tu Dia Punya Terdesaknya Zahid Macam Macam Ditawarkan Jika Bn Menang Pru15

Tu Dia Punya Terdesaknya Zahid Macam Macam Ditawarkan Jika Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 255 hits
Pendidikan tinggi percuma jika BN menang PRU15Anne MuhammadPETALING JAYA Setiap pelajar B40 layak mendapat pendidikan tinggi percuma jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum ke 15 dan membentuk kerajaan ikrar Pengerusinya Ahmad Zah...
Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nora Danish Jadi Perhatian Dakwaan Temui Pengganti Tapi Nafi Akan Bernikah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Ketenangan Hati Adalah Kekayaan Sebenar

Long Weekend Ii Proudmommoment Maulidur Rasul And In Between

Sunflower Di Castle Farm Pada 31 Ogos 2025

Tips Sebelum Mengisi Borang Upu