Pru15 Politik Apa Maksud Tersirat Di Sebalik Ulasan Syahmi Sazli


Apa maksud tersirat disebalik ulasan Syahmi Sazli dalam hantaran terbarunya di facebook?
DEMAM PILIHANRAYA Sebagaimana kita tahu, demam pilihanraya sudah bermula apabila proses penamaan calon telah selesai di seluruh negara pada 5 November 2022. Maka, bermula lah tempoh berkempen bagi semua calon-calon yang menempatkan diri terutamanya dalam 222 bahagian parlimen.
Pilihanraya kali ini agak rancak memandangkan ia penentu kepada parti mana yang akan mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia yang tercinta. Meskipun ramai membantah kerana diadakan pada musim tengkujuh, namun kemeriahan tetap dirasai walaupun tidak sehangat PRU14 yang lalu.

Jadi, sosek sosek dalam kalangan warga Malaysia ini semuanya berkisar tentang pilihanraya. Baik orang bandar, golongan bangsawan, orang kampung, orang di hulu , orang di hilir ; semuanya tak lari dari membahas dan membahan tentang politik.
Ada yang memuji, ada yang mengeji, ada yang berkempem dan macam-macam lagi. Itu semua adalah sebahagian, kemeriahan “raya” yang datang 5 tahun sekali ini. Pendek kata, fokus orang ramai, tertumpu kepada politik .
Tak terlepas juga tentang penglibatan artis-artis dalam parti politik tanah air.
ARTIS & POLITIK Contohnya Afdhlin Shauki, Altimet, Adi Putra, Hans Isaac dan ramai lagi yang bukan sekadar meminati parti politik tertentu, bahkan menyertai dan aktif dalam kegiatan parti politik yang menjadi pilihan mereka. Kalau dulu, kita pernah mempunyai seorang Ahli Dewan Negara dari kalangan artis, iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin; maka kesimpulannya, penglibatan artis dalam politik di Malaysia ini bukan suatu yang baru.
Antara artis-artis terkenal yang terlibat dengan parti politik Kalau nak dikira, ramai lagi artis yang pernah terlibat dengan parti politik. Cuma sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh.
Cuma sehari dua ini, fokus saya tertumpu kepada seorang anak muda berjaya yang juga pengarah filem pendek iaitu Syahmi Sazli. Ekoran hantaran di facebook miliknya tentang politik. Kenapa fokus saya tertumpu di situ?
Kerana ada beberapa perkara dan point menarik saya lihat dalam ‘mesej’ yang hendak disampaikan.
ULASAN SYAHMI TENTANG POLITIK & PRU15 Mungkin persepsi dalam dada saya ini salah, dan mungkin juga betul. Namun saya tidak bertujuan untuk meluahkan apa perspektif dan ulasan saya tentang maksud terirat yang Syahmi nak sampaikan di dalam hantaran facebooknya. Cuma korang semua mungkin boleh menafsirkan atau mengulas dalam dada masing-masing.
JANGAN TAKSUB Hantaran FB Syahmi bermula dengan ayat ini :
“Ambo bkn ore politik.. Ambo jgk tidak fanatik atau taksub dgn mana-mana parti politik. Tapi ambo rakyat Malaysia, perlu tahu sedikit sebanyak soal politik. Sbg rakyat yg mahukan kebaikan buat negaranya, ambo wajib turun mengundi dan undi parti yg ambo rasa mampu mengubah dan memperbaiki keadaan negara berdasarkan pandangan/penilaian ambo sdiri.”
Komen saya: Cuma apa yang saya simpulkan bahawa, pemikiran matang dan bertamadun yang Syahmi cuma sampaikan. Ya. Itulah sepatutnya sikap kita sebagai anak muda dan warga yang menuju negara Madani dan Maju. Jangan kita dikuasai dogma dan dakyah parti politik. Bahasa mudahnya jangan ‘Taksub” atau “Totok”. Sama ada parti A atau parti B atau parti C atau parti D. Jangan !
hantaran Syahmi Sazli di facebook mengenai politik dan kaedh memilih dalam PRU15 nanti Selain itu, mengenai tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih dalam PRU.
PILIH GABUNGAN PARTI YANG TEPAT Antara hantarannya berbunyi
“…Dan setiap gabungan pula ada agamawan yg sertai, ramai atau sedikit agamawan itu tidak menjadi ukuran yg gabungan itu mampu urus tadbir negara dgn baik…”
Komen saya : Ini saya sangat bersetuju. Sejak saya di kampus lagi saya berpendirian sebegini. Kita tak bermaksud menolak agamawan yang ramai. Tapi sebagaimana tuntutan al Quran, pemimpin itu dipilih berdasarkan Qowiy (Perform) & Amin (Honest) ; bukan sekadar dia pakai kopiah, serban tapi tak mampu nak deliver the task.
Antara ayatnya yang menarik diri saya
“…Islam bagaimana yg mereka utamakan? Adakah Islam yg subur, jujur dan adil kepada semua agama, kaum dan masyarakat? Kalau ya, maka undi mereka…”
Komen saya : Di sini jelas bahawa , Islam itu Rahmat Untuk Semua. Membawa keadilan tanpa mengira kaum, beza suku, budaya, berbeza agama, makhluk dan lain-lain lagi. Maka sentimen perkauman, perlu ditolak.
PILIH BERDASARKAN CALON PERDANA MENTERI Cuma saya dan rakan-rakan sedikit rasa teruja dan curious bilamana ada beberapa ayat Syahmi berbunyi,
“…Kaedah yg kedua pula, ambo tengok calon-calon PM. Antara beberapa calon, ambo tengok rekod kejayaannya sebelum ni, yg paling kuat pengaruhnya dgn negara-negara luar dan apa manfaat yg negara akan dapat bila dia jadi PM…”
Komen saya : Pilih parti berdasarkan kekuatan dan karisma calon PM yang ditawarkan parti tersebut. Antara kriteria yang dia sampaikan ialah, PM mesti mempunyai basic material as PM ; iaitu track record, hubungan baik dengan pihak antarabangsa, dan manfaat kepada tanah air kita.
Antara calon-calon PM yang ditawarkan oleh 3 parti politik utama negara Di balik ayat itu, saya menyangka bahawa, mungkin…mungkin sikapnya seakan seperti sikap saya. Tapi itu hanya sekadar telahan saya ; mungkin benar atau mungkin salah. Seolah Syahmi cuba menyampaikan sesuatu tentang siapa bakal PM yang dia cenderung…Komen korang?
Apapun,nak details korang semua boleh baca hantarannya di sini

Semoga tulisan ini bermanfaat
kiriman : Perantau Kelantan di Rawang
The post PRU15 & Politik : Apa maksud tersirat di sebalik ulasan Syahmi Sazli? appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/pru15-politik-apa-maksud-tersirat-di-sebalik-ulasan-syahmi-sazli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembang Politik Pru15 Nak Pilih Parti Mana

Sembang Politik Pru15 Nak Pilih Parti Mana

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 254 hits
Original Content Bahang pilihan raya umum makin terasa Semua parti politik Malaysia iaitu Barisan Nasional Perikatan Nasional Pakatan Harapan dan Gerakan Tanah Air telah mengutarakan calon calon mereka untuk menjadi wakil Parliman seluruh n...
Pru15 Azalina Teruskan Perjuangan Politik Ibu Ayah Sekiranya Dicalonkan

Pru15 Azalina Teruskan Perjuangan Politik Ibu Ayah Sekiranya Dicalonkan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 202 hits
Azalina menyifatkan pemergian ibunya yang masih dalam tempoh idah selepas kematian Othman sebagai sebuah cinta sejati Gambar failKUALA LUMPUR Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneruskan perjuangan pol...
Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

Ahli Politik Berdepan Kes Rasuah Tak Patut Jadi Calon Pru15 Kata C4

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 267 hits
Ahli politik yang berdepan dakwaan rasuah di mahkamah tidak sepatutnya bertanding pada pilihan raya umum ke 15 kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Pengerusi kumpulan anti rasuah itu Edmund Terence Gomez berkata ahli politik terbabit me...
Pru15 Politik Dinasti Semakin Ketara

Pru15 Politik Dinasti Semakin Ketara

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 235 hits
PRU15 Politik dinasti semakin ketara Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Nov 2022 10 27PM
Pru15 Potensi Pertembungan Gergasi Politik Di Pagoh Atau Laluan Mudah Untuk Muhyiddin

Pru15 Potensi Pertembungan Gergasi Politik Di Pagoh Atau Laluan Mudah Untuk Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 210 hits
Mampukah Muhyiddin mempertahankan kerusi Pagoh pada PRU15 akan datang Gambar failJOHOR BAHRU Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan figura asing malah sosok yang kuat di negeri Johor apatah lagi melibatkan kelangsungan hayat politiknya di salah sat...
Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 377 hits
TINGGAL kurang tiga minggu bagi rakyat kembali ke pusat mengundi untuk menentukan mandat Lebih 21 juta layak untuk berbuat demikian Sabtu ini hari penamaan calon dan disusuli dengan pengundian sebenar pada 19 November dan di antara kedua du...
Air Balang Syahmi Sazli L Rasa Aiskrim Keladi Kaw

Air Balang Syahmi Sazli L Rasa Aiskrim Keladi Kaw

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 803 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Teringin nak minum air balang Syahmi Syazli Ala yang tengah viral sejak dari bulan puasa hari tu disebabkan air balang mendapat sambutan yang luar jangkaan Syahmi Sazli tetap meneruskan perniagaan air bal...
Mungkin Berlaku Tsunami Politik 2 0 Kata Muhyiddin

Mungkin Berlaku Tsunami Politik 2 0 Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 176 hits
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata tsunami politik 2 0 mungkin sekali lagi berlaku di negara ini yang boleh membersihkan Malaysia daripada segala kemungkaran Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional menjelaskan beliau dapat merasai gelom...
Zahid Beri Jaminan Tidak Lantik Ahli Politik Bn Ketua Pesuruhjaya Sprm

Zahid Beri Jaminan Tidak Lantik Ahli Politik Bn Ketua Pesuruhjaya Sprm

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 112 hits
BARISAN Nasional tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik dalam kalangan mereka sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia apabila berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 15
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi