Pru15 Keputusan Rayuan Bekas Ahli Parlimen Klang Pengundi Pandan Esok


 
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan pengundi Parlimen Pandan, Syed Iskandar Syed Jaafar memfailkan dua saman pemula untuk menghalang pilihan raya umum ke-15 diadakan.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan esok untuk memutuskan dua isu dalam saman pemula bekas penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Azizah Nawawi, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata mahkamah memerlukan masa untuk memutuskan isu terbabit.
Azizah, yang bersidang bersama Che Mohd Ruzima Ghazali dan See Mee Chun, mendengar rayuan Santiago serta Syed Iskandar Syed Jaafar secara berasingan pada prosiding dalam talian hari ini.
Santiago, yang mahu mahkamah menghidupkan semula saman pemula beliau terhadap Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, kerajaan Malaysia dan SPR, memohon beberapa perintah, termasuk deklarasi bahawa permintaan perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen terbatal dan tidak sah kerana tidak dilakukan atas nasihat Kabinet.
Syed Iskandar pula memohon mahkamah memberi kebenaran kepada beliau untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pembubaran Parlimen dan langkah mengadakan pilihan raya umum.
Saman pemula Santiago dibatalkan pada 28 Okt lalu, selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan.
Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Syed Iskandar untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.
Pada prosiding hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Santiago memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa permintaan Ismail pada 9 Okt lalu kepada Agong untuk membubarkan Parlimen dibuat secara tidak sah.
Ini kerana katanya, tiada nasihat daripada Kabinet dan perdana menteri tiada kuasa untuk menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen secara bebas.
“Nasihat Kabinet adalah prasyarat bagi melaksanakan kuasa untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan. Tanpa nasihat itu, Agong tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen.”
Peguam Zulkefli Ahmad Makinudin yang mewakili Ismail, kerajaan Malaysia dan SPR, berhujah perdana menteri berhak atas kehendaknya sendiri menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen dalam apa jua keadaan.
Seorang lagi peguam, Mohd Hafarizam Harun yang turut mewakili Ismail, kerajaan Malaysia dan SPR, pula berhujah isu itu bersifat akademik di hadapan mahkamah kerana Agong sudah memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan keputusan baginda “tidak boleh diadili”.
Sementara itu, peguam Gopal Sri Ram yang mewakili Syed Iskandar memaklumkan mahkamah, anak guamnya mencabar tindakan eksekutif menghadap Agong untuk meminta baginda membubarkan Parlimen.
Beliau berkata, tindakan perdana menteri itu adalah pendekatan berperlembagaan dan tidak terlepas daripada semakan kehakiman.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili pengerusi SPR, Ismail dan kerajaan, pula berhujah Syed Iskandar tidak mempunyai locus standi memfailkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman kerana tidak menyatakan bagaimana beliau terjejas oleh pilihan raya itu.
Katanya, Syed Iskandar cuba mengubah keputusan membubarkan Parlimen serta menghentikan PRU15 dan Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran serta membenarkan bantahan peguam negara berhubung perkara itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/pru15-keputusan-rayuan-bekas-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 488 hits
TINGGAL kurang tiga minggu bagi rakyat kembali ke pusat mengundi untuk menentukan mandat Lebih 21 juta layak untuk berbuat demikian Sabtu ini hari penamaan calon dan disusuli dengan pengundian sebenar pada 19 November dan di antara kedua du...
Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 308 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Pru15 Keputusan Tidak Rasmi Kerusi Parlimen Permatang Pauh Bagan Datuk Langkawi

Pru15 Keputusan Tidak Rasmi Kerusi Parlimen Permatang Pauh Bagan Datuk Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 243 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 359 hits
Walaupun ramai yang menggesanya meletak jawatan susulan kekalahan teruk di PRU15 Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak untuk menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan per...
Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 319 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen esok bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Mu...
Dafi Kagum Papa Tak Pernah Mengeluh Harap Rakyat Matang Terima Keputusan Pru15

Dafi Kagum Papa Tak Pernah Mengeluh Harap Rakyat Matang Terima Keputusan Pru15

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 286 hits
Penyanyi dan pelakon Dafi memuji komitmen dan kesungguhan bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Menurut laporan BH Online penyanyi berusia 34 tahun itu t...
Dari Pas Sertai Amanah Kini Ahli Dap Calon Ph Parlimen Gerik

Dari Pas Sertai Amanah Kini Ahli Dap Calon Ph Parlimen Gerik

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 334 hits
Tarmizi Mohd Jam mahu sampan dan dayung di tangan Ng Xiang YiBekas pengarang Harakah dan pemimpin Amanah Tarmizi Mohd Jam pada mulanya ragu ragu dengan label negatif yang dikaitkan dengan DAP Namun dia terkejut apabila keluarga dan rakan ra...
Senarai Calon Bn Untuk Parlimen Dan Dun Pahang Pru15 Tahun 2022

Senarai Calon Bn Untuk Parlimen Dan Dun Pahang Pru15 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 419 hits
Pilihan Raya Umum Ke 15 semakin hampir Selain daripada pembubaran parlimen Pahang dalam masa yang sama juga mengumumkan pembubaran DUN Ini bermakna rakyat Pahang akan mengundi 2 tempat iaitu di peringkat Parlimen dan DUN Seperti yang diumum...
Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 321 hits
FAIZ FADZILSelepas PRU 15 berlaku situasi kali pertama di dalam negara iaitu Parlimen tergantung Ini bermaksud tidak ada mana mana blok parti politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Maka untuk memastikan kerajaan terbentuk part...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun