Pru15 Hujah Jangan Bercabang Lidah


 
Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang juga ADUN Air Putih menyelar kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Kali ini, Lim menggunakan kenaikan kos sara hidup untuk menuduh kerajaan Ismail sebagai muflis dasar atau tindakan bagi mengatasi penderitaan rakyat dan ahli perniagaan.
“Pelabur asing tahu inilah kerajaan yang tak ada dasar, tak ada pelan,” antara kata-kata pedas dilontar bekas menteri kewangan itu kepada Ismail dan Jemaah Menterinya.
Berdasarkan cemuhan terbuka itu, seseorang boleh membuat rumusan DAP menolak kepemimpinan Ismail.
Malah berdasarkan kenyataan itu, Lim dan pimpinan DAP dilihat mahu kerajaan Ismail ‘berambus’ secepat mungkin, untuk memberi laluan kepada sebuah kerajaan baharu dilantik demi membela rakyat.
Sebagai pembangkang, pemimpin DAP termasuk Lim tentunya mahu menarik perhatian rakyat terhadap apa yang dilihat mereka sebagai, kelemahan ketara kerajaan sekarang.
Tetapi dalam keghairahan menonjolkan kelemahan kerajaan Ismail, DAP mendedahkan sifat talam dua muka sendiri dan politik bercanggah lagi tidak konsisten.
Semalam, selepas Lim menyerang kerajaan Ismail sebagai tidak berkesan dan tidak peduli rakyat, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, tampil menyatakan Ismail harus kekal sebagai perdana menteri dan tidak ada keperluan PRU15 disegerakan.
Ramasamy berkata Ismail perlu menunjukkan ‘siapa bos’ sebenar dengan menolak desakan Umno mahu PRU disegerakan.
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, pula sebelum ini menawar untuk melanjutkan MoU kerjasama yang diikat PH dengan kerajaan Ismail sebelum ini, dengan syarat PRU tidak disegerakan.
Justeru, timbul keadaan DAP sendiri kabur dengan apa yang ia mahu. Kerajaan sekarang dihentam dan dipersalah atas kos sara hidup tinggi, ringgit lemah, dan macam-macam lagi.
Tetapi pada masa sama, kata pemimpin-pemimpin DAP, Ismail harus kekal sebagai perdana menteri dan PRU tidak perlu diawalkan.
Ismail tentu tahu DAP bukannya menyokong beliau, tetapi hanya mahukan masa cukup untuk PH mengemaskini dan memperkuatkan semula jenteranya sebelum PRU diadakan.
Kekalahan teruk PKR, DAP, dan Amanah pada PRN Johor, Melaka, dan Sarawak menjadi petunjuk nasib yang bakal dialami PH sekiranya PRU diadakan dalam tempoh terdekat – sesuatu yang diinginkan oleh Umno sendiri yang menang besar di Melaka dan Johor.
Justeru, PH memerlukan masa untuk bangkit dari kekalahan demi membuka peluang menawan semula Putrajaya. Kerana itu, Ismail didesak untuk tidak menyegerakan PRU.
Pada masa sama, pemimpin seperti Lim, Ramasamy, dan Loke perlu terus menyerang Ismail dan kerajaannya untuk menyemai dan menyuburkan rasa benci pengundi terhadap Umno dan BN sebagai persiapan PRU.
Taktik yang mudah, malah mungkin berkesan, sekiranya pengundi tidak dapat mengesan kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh pemimpin seperti Lim dan Ramasamy.
Namun, pengundi dan masyarakat umumnya jauh lebih bijak daripada jangkaan ahli politik kita.
Mereka juga dapat melihat pembangkang kurang atau tidak menggunakan MoU ‘kerjasama’ untuk menawarkan idea membaiki kemelut kos sara hidup kepada Putrajaya.
Memang senang untuk membidas dan mengutuk tanpa solusi dan nampaknya ini jalan mudah yang diambil Lim dan rakan-rakan.
Lim kelmarin mendabik dada membandingkan kos sara hidup sekarang dengan rekod ‘cemerlang’ pemerintahan PH selama 22 bulan selepas menang PRU2018.
Namun ‘kejayaan’ kerajaan PH itu amat dipertikaikan khususnya dalam aspek melonjakkan ekonomi, memastikan kestabilan politik, dan membela golongan terpinggir. Ringkasnya indah khabar dari rupa.
Dalam membidas Ismail berhubung kos sara hidup, Lim dan rakan-rakan menutup mata kepada faktor luaran, khususnya perang di Ukraine dan wabak Covid-19 mencengkam semula China serta dasar kewangan Rizab Persekutuan AS.
Sudah tentu kerajaan tidak boleh menyalahkan faktor luaran semata-mata, sebaliknya perlu menguruskan perbelanjaan awam dengan lebih baik.
Dasar dan penguatkuasaan harga kawalan barangan juga lemah dan harus diperbaiki. Negara memerlukan hala tuju dan dasar-dasar jelas untuk memulihkan keyakinan pelabur dan rakyat.
Semuanya hanya boleh dicapai dengan pembaharuan atau ‘reformasi’ institusi awam.
Namun, ia hanya boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang didirikan atas mandat rakyat, justeru PRU15 harus disegerakan.
Jika PH ikhlas, maka mereka harus tampil membatalkan MoU dengan kerajaan dan menggesa PRU diadakan segera demi kebaikan rakyat dan masa depan negara.
Hentikan bicara lidah bercabang ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/pru15-hujah-jangan-bercabang-lidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

Ppim Gesa Pengguna Peruncit Jangan Tunduk Game Pembekal Ayam Malakat Tribune 22 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa peruncit dan pengguna di negara ini supaya tidak panik dan tunduk kepada helah pengusaha ladang ayam untuk menaikkan harga bekalan makanan itu Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ber...
Lain Kali Jangan Kutip Sampah Hanyut

Lain Kali Jangan Kutip Sampah Hanyut

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 137 hits
Hamzah akhirnya dedah perangai sebenar ZuraidaJUN 1 2022 Menggunakan parti untuk kepentingan peribadi tidak pernah hadir mesyuarat dan tidak begitu aktif dalam gerak kerja parti Itu pendedahan dibuat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu M...
Abang Ada 100 Ringgit Tak Jangan Berkira Dengan Isteri Lagi Berkat Rezeki Suami

Abang Ada 100 Ringgit Tak Jangan Berkira Dengan Isteri Lagi Berkat Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 237 hits
Jangan pernah lokek berbelanja untuk isteri kerana disitu letaknya keberkatan Isteri tidak meminta yang lebih sebaliknya walau hanya dipinjamkan RM50 pun sudah dirasakan memadai dan bersyukur Perkongsian Aizat Azman ini benar benar belaka I...
Konvensyen Bn Hanya Bertujuan Meningkatkan Tekanan Jangan Sesekali Ismail Sabri Terpedaya

Konvensyen Bn Hanya Bertujuan Meningkatkan Tekanan Jangan Sesekali Ismail Sabri Terpedaya

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 121 hits
Konvensyen BN yang diadakan semalam tidak lain tujuannya ialah semata mata untuk meningkatkan lagi tekanan kepada Perdana Menteri agar segera membubarkan Parlimen Maksud dan tujuan itu bukan saja mudah difahami melalui intipati ucapan Zahid...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 211 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Jangan Tahan Lapar Peniaga Beri Makanan Percuma Kepada Pelajar Susah

Jangan Tahan Lapar Peniaga Beri Makanan Percuma Kepada Pelajar Susah

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 129 hits
Penjual nasi lemak di UTM Skudai Siti Aishah Othman berharap dapat membantu lebih ramai pelajar susah pada masa akan datang PETALING JAYA Pernah merasai kehidupan sebagai pelajar seorang peniaga nasi lemak di Universiti Teknologi Malaysia S...
Jangan Ikut Mokhtar Senik Lagi Dia Tunjuk Kote Pada Pompuan

Jangan Ikut Mokhtar Senik Lagi Dia Tunjuk Kote Pada Pompuan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 179 hits
Mokhtar Dup palahotak ang buat hukum sendiri apa hukum tunjuk criket kt pompuan bukan muhrim kah3natammmmmmmmmCrdits HussinAlMala alA lam
Jangan Stress Sebab Banyak Hutang Ini Jalan Penyelesaiannya

Jangan Stress Sebab Banyak Hutang Ini Jalan Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 169 hits
Anda setuju tak Adakalanya kita perlu berhutang untuk kelangsungan hidup Sehingga beban yang terpaksa kita tanggung bertahun tahun itu membuatkan kitaterasa seperti menggalas sebuah batudi belakang kita Aduh peritnya Kalau ada jalan yang bu...
Jangan Rasa Besar Sangat Hamzah Tempelak Mat Maslan

Jangan Rasa Besar Sangat Hamzah Tempelak Mat Maslan

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 153 hits
May 230 2022Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kenyataan yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil keputusan keluar daripada parti menunjukkan bahawa Bersatu lemah Seba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt