Konvensyen Bn Hanya Bertujuan Meningkatkan Tekanan Jangan Sesekali Ismail Sabri Terpedaya


 
Konvensyen BN yang diadakan semalam tidak lain tujuannya ialah semata-mata untuk meningkatkan lagi tekanan kepada Perdana Menteri agar segera membubarkan Parlimen.

Maksud dan tujuan itu bukan saja mudah difahami melalui intipati ucapan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hasan, malah juga kerana konvensyen tersebut diadakan pada pada hari Rabu iaitu hari bekerja.

Kenapa program parti tidak diadakan pada Sabtu, Ahad dan hujung minggu yang ada cuti?

Lebih daripada itu, kali terakhir BN mengadakan konvensyen seperti ini ialah 12 tahun lalu.

Sebelum PRU14 tidak diadakan konvensyen, mengapa untuk PRU15 ini begitu penting BN berkonvensyen?

Dengan sebelum ini tekanan kepada Ismail Sabri hanya dilakukan melalui pentas UMNO termasuk meminda perlembagaan parti, Zahid Hamidi, Najib dan Tok Mat melalui konvensyen ini cuba membawa parti komponen BN yang lain untuk bersikap senada dengan kehendak mereka.

Ketiga-ketiga pemimpin UMNO itu juga dalam ucapannya saling mengatakan bahawa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk diadakan PRU15.

Najib malah mengimbas kesilapannya menangguhkan PRU14 lalu sehingga akhirnya menyebabkan BN buat pertama kali tumbang serta hilang kekuasaan.

Menurut Najib lagi, Parlimen ketika itu sepatutnya dibubarkan pada 2017 selepas Sukan SEA, tetapi kerana beliau menangguhkannya sehingga Mei 2018, maka itulah yang menyumbang kepada kekalahan itu.

Dengan mengingatkan Ismail Sabri agar mengambil iktibar daripada kesilapannya, Najib menekankan tiada pilihan lain selain PRU15 mesti diadakan dalam waktu terdekat ini jika BN betul-betul inginkan kemenangan.

Faktor masa dalam membubarkan Parlimen ketika itu hanyalah asbab kecil yang menyebabkan kekalahan BN, tetapi sebab utama dan terbesar sekali ialah berikutan timbunan kebencian yang kian meninggi terhadap kepimpinan Najib sendiri, terutama kerana skandal 1MDB, kemewahan keluarganya serta karenah demi karenah yang ditunjukkan oleh isterinya, Rosmah Mansor.

PRU14 , sama ada diadakan pada 2017 atau 2018, kemungkinan BN kalah dan hilang kuasa tetap ada.

Tetapi, jika tiada skandal 1MDB, tiada kemewahan di sana sini dan Rosmah pula berwatak seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelumnya, khususnya isteri Tun Razak, isteri Tun Hussein dan isteri Tun Mahathir, kemungkinan BN kalah tidak mungkin wujud sama sekali.

Tambahan lagi, kesombongan dengan kuasa waktu itu begitu ketara sekali di mana isu 1MDB tidak dibenar diperkatakan di Parlimen dan semua perkara cuba ditutup dengan keangkuhan, selain mereka yang mengkritik akan dipecat atau ditangkap.

Dalam hal ini, tindakan Najib memainkan isu masa dalam konteks pembubaran Parlimen tidak lebih hanya bertujuan mengaburi mata orangramai dan menutup kesilapan serta kesalahan masa lalunya.

Hakikatnya, kekalahan BN pada 2018 itu lebih banyak, kalau pun tidak semua, adalah disebabkan isu-isu yang melingkari batang tubuh Najib sendiri.

Rakyat pada ketika itu mahu menumbangkan Najib bukan setakat mahu menanggalkan kuasa dalam tangannya, bahkan sampai ke tahap ingin melihatnya masuk penjara.

Ini berbeza dengan Ismail Sabri yang tiada sama sekali dibebankan dengan isu-isu seperti Najib itu.

Dengan itu, menangguhkan lagi tarikh PRU15 mungkin membuatkan Ismail Sabri mampu meraih sokongan lebih baik daripada rakyat, terutama jika isu kos sara hidup, inflasi dan kenaikan harga barang dapat ditangani dengan baik.

Sebaliknya, mempercepatkan tarikh PRU15 dalam keadaan rakyat sedar bahawa kluster mahkamah masih memegang papan catur dalam UMNO dan BN yang ia difahami lebih bersifat untuk menyelamatkan nasib diri mereka sendiri berbanding keuntungan dari segi kesejahteraan kepada rakyat, ia mungkin menyebabkan hukuman seperti 2018 berulang kembali.

Sebab itu, adalah penting untuk Ismail Sabri kekal sabar, tenang dan jangan mudah terpedaya dengan mereka yang ada agenda peribadi di sebalik terus menerus mendesak mahu Parlimen dibubarkan dan PRU15 disegerakan.

Sebagai Perdana Menteri, banyak penilaian, data, maklumat dan angka yang lebih rasmi harus beliau ambil kira untuk menentukan waktu yang sesuai bagi membubarkan Parlimen agar kemenangan yang ingin dicapai benar-benar tidak tersasar.

Penilaian dan sembang kencang tentang kemenangan daripada orang yang hari-hari turun naik mahkamah – senang cakap – lebih banyak tak boleh pakai daripada berguna untuk seorang Perdana Menteri yang keutamaannya adalah kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. – ShahbudinHusin 02/06/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/konvensyen-bn-hanya-bertujuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ismail Sabri Will Wisely Wait For Right Time To Hold Ge15

Pm Ismail Sabri Will Wisely Wait For Right Time To Hold Ge15

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 177 hits
With Malaysia facing rising inflation Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has indicated that he is in no rush to call for a general election anytime soon contrary to speculation that polls may be held before the year ends He told ...
Berita Pendek 31 05 2022 Fokus 4 45 Panas Desakan Pru 15 Diadakan Ismail Sabri

Berita Pendek 31 05 2022 Fokus 4 45 Panas Desakan Pru 15 Diadakan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 156 hits
Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 lebih awal walaupun spekulasi kuat bertiup mengenai pilihan raya dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini
Ismail Sabri Akan Cipta Sejarah

Ismail Sabri Akan Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 229 hits
Bersihkan umno dari kaki rasuah sumbatkan mereka ke Sungai Buluh dan bawa BN menang semula dua pertiga majoriti Jika Ismail gagal Malaysia masih ada yang lebih baik lebih bersih dari ITU Rafizi
Ismail Sabri Perlu Kawal Umno Sebelum Pru15 Diadakan

Ismail Sabri Perlu Kawal Umno Sebelum Pru15 Diadakan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 166 hits
Mengikut Perlembagaan Malaysia PRU15 perlu diadakan pada bulan September 2023 iaitu 16 bulan lagi Jadi Ismail Sabri Yaakob tidak perlu tergesa gesa untuk mengadakan pilihan raya dan PRU15 wajar diadakan apabila Ismail Sabri sudah berjaya ka...
Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 166 hits
Anwar debat dengan Najib di Malaysia Mahathir dan Ismail Sabri debat di Jepun kot kot kalau kalau terlepas pandang
Ismail Sabri Tun Mahathir Bertemu Di Tokyo Mgflash

Ismail Sabri Tun Mahathir Bertemu Di Tokyo Mgflash

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 176 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Sempat bertemu dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi Menurut Perdana Menteri beliau dan Tun Mahathir telah dijemput untuk ...
Tak Ada Isu Kita Patut Serabut Kepala Bila Ismail Sabri Tun M Dan Azmin Sama2 Ada Di Jepun

Tak Ada Isu Kita Patut Serabut Kepala Bila Ismail Sabri Tun M Dan Azmin Sama2 Ada Di Jepun

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 198 hits
Sejak beberapa hari lalu lagi apabila diberitakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Mahathir Mohamad serta beberapa menteri sama sama berada di Jepun ada yang membuat spekulasi serta tafsiran bahawa suatu rancangan politik telah b...
Could Ismail Sabri Be M Sia S Shortest Serving Prime Minister

Could Ismail Sabri Be M Sia S Shortest Serving Prime Minister

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 300 hits
Senior Umno leader cautions pushing for early GE15 could spell doom for Bera MP BN Could Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob be Malaysia s shortest serving prime minister if a general election is called within the year These are some of the murm...
Sources Umno Lighting Fire Under Ismail Sabri S Feet To Call Ge15 Now After Cabinet Reshuffle Shelved

Sources Umno Lighting Fire Under Ismail Sabri S Feet To Call Ge15 Now After Cabinet Reshuffle Shelved

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 233 hits
Umno and Barisan Nasional are ready for a general election to be held this year after talks of a Cabinet reshuffle to consolidate Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob s position according to coalition sources The sources who wished...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba