Ibrahim Ali Persoal Umno Gesa Mahu Segera Pru Dakwa Ada Maksud Tersirat




KUALA LUMPUR, 26 Jun — Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali mendakwa tindakan sebilangan pemimpin Umno mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan segera adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ibrahim berkata, alasan pilihan raya dapat merungkai kekusutan politik negara adalah tidak berasas malah dibimbangi mengeruhkan lagi keadaan politik semasa.
“Persoalannya apakah sebab dan nawaitu (niat) Umno agar disegerakan PRU 15? Kenapa Umno tidak mengambil sikap Dewan dibubar dan PRU diadakan atas dasar prinsip moral? Kenapa sekarang secara tiba-tiba? Apakah alasannya?
“Kerana alasannya politik negara kusut dan hanya boleh diselesaikan melalui PRU? Apa jaminan kesetabilan politik stabil selepas PRU? Apakah rakyat akan membuat keputusan memberi undi kepada mana-mana parti untuk dapat 2/3 majoriti?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Umno dikatakan mendesak agar PRU diadakan segera bagi mengembalikan semula kestabilan politik negara.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan menerusi catatan di Facebook berkata, keadaan politik tidak stabil bukan sahaja memberi kesan kepada keharmonian negara malah merencatkan pelaburan dan ekonomi.
Terdahulu, Ibrahim mendakwa terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Umno terhadap agihan jawatan dalam kalangan ahli parlimen yang dibuat Muhyiddin.
Jelasnya, Muhyiddin bukan sahaja dikatakan gagal memenuhi kehendak Umno malah dilihat terlalu mementingkan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Memang kedengaran pemimpin Umno kini banyak tidak puas hati dengan layanan PM ke-8 (perdana menteri ke-8). Mereka tidak puas hati dengan jawatan-jawatan yang banyak diisi oleh ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Azmin terutama jawatan-jawatan penting,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ibrahim mengingatkan semua pihak agar bertenang selain berjanji partinya akan terus membela nasib rakyat agar tidak terus terjerumus dalam kekusutan politik negara.
Pada masa sama, Ibrahim turut mengingatkan setiap parti politik mengutamakan nasib rakyat daripada hanya mementingkan perebutan kuasa. - MalayMail

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/ibrahim-ali-persoal-umno-gesa-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Pimpinan Ts Muhyiddin Tubuhkan Segera Rci Untuk Siasat Dakwaan Mujahid Tentang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 370 hits
SEGERAKAN TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK TABUNG HAJI1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar Kerajaan Baharu Perikatan Nasional dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai Tabung Haji 2 Walaupun RCI mengenai...
Pm Bubarkan Parlimen Segera Bagi Membolehkan Pru T Presiden Umno

Pm Bubarkan Parlimen Segera Bagi Membolehkan Pru T Presiden Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 386 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Foto fail NSTP Syarafiq Abd SamadTok Mat minta PM bubar Parlimen tamatkan ketidaktentuan politikKUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Pemimpin Umno Pas Tak Layak Jadi Pm Ibrahim Ali

Pemimpin Umno Pas Tak Layak Jadi Pm Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 323 hits
Pemimpin Umno Pas tak layak jadi PM Ibrahim AliOleh July 03 2020Selepas mesyuarat Perikatan Nasional dan dicalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang dalam pilihan raya umum ke 15 satu persoalan berbangkit iait...
Penganalisis Ramal Umno Tinggalkan Pn Dan Bersama Mn Pada Pru 15

Penganalisis Ramal Umno Tinggalkan Pn Dan Bersama Mn Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 376 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpandangan Umno akan memilih untuk bekerjasama dengan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang daripada menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional Umno tahu ia dapat lebih manfaat daripad...
Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 411 hits
SALAH seorang dari mereka ini akan menjadi Perdana Menteri ke 9 jika PRU dibuat sekarang dan Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah Tanah Melayu Hari desakan demi desakan dibuat oleh pemimpin Um...
Umno Sokong Muhyiddin Pm Pru 15

Umno Sokong Muhyiddin Pm Pru 15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 393 hits
Rosyahaida Abdullaham hmetro com myAnnuar Musa beramah mesra dengan penjaja ketika melakukan tinjauan pada program Penyerahan Lesen Terhad kepada Penjaja di Jalan Taman Setapak Indah FOTO ASWADI ALIAS SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional Tan S...
Pemuda Umno Gesa Saifuddin Jawab Isu Pelantikan Eric Paulsen

Pemuda Umno Gesa Saifuddin Jawab Isu Pelantikan Eric Paulsen

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 320 hits
Selepas PAS kini Pemuda Umno pula menyuarakan desakan agar pelantikan peguam hak asasi Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia dibatalkan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan asas dan rasiona...
Pn Takkan Segera Buat Pru

Pn Takkan Segera Buat Pru

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 285 hits
Awal Jun lalu Najib bertandang ke banglo Zahid Lepas tu 2 tokoh ni bagi warning pada MY yang PRU15 akan diadakan tak lama lagi Orang tak belajar sains politik pun faham kenyataan presiden umno dan bekas PM ni bahawa umno akan hentikan sokon...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Build A Strong Brand Identity Startup

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dugaan Pagi Khamis

Arvian Dwi Kau Telah Milik Dia Chord

Qumang Carol Tuwis Sangkai Selemai Chord

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000

Grok Ai Makin Pintar Berkat Update Grok 3 Bisa Digunakan Dengan Gratis