Pru Lebih Awal Elak Kesan Lebih Buruk Najib



PEKAN – Pembubaran Parlimen perlu dilakukan lebih awal bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) diadakan berbanding tempoh matangnya pada 2023.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keperluan mengadakan PRU lebih awal disifatkan berupaya menyelesaikan kekalutan serta kecelaruan politik yang sudah berlarutan sekian lama termasuk menentukan kedudukan majoriti dalam kerajaan.

“Ia (PRU) perlu dilakukan cuma perlukan masa yang sesuai sahaja. Itulah penyelesaian yang tuntas bagi menyelesaikan kemelut politik pada hari ini.

“Pokok pangkalnya tak dapat lari daripada menyerah atau mendapatkan mandat baharu daripada rakyat sebab kita mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Macam mana pun mesti berasas kepada suara dan sokongan rakyat dan rakyat memilih wakil-wakil ahli Parlimen yang boleh membawa kepada kerajaan yang kukuh dan stabil,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Borang Keahlian Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Pekan di Dewan Bakti Felda Chini 5 di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Exco Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Negeri Pahang dan Daerah Pekan, Datuk Melati Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ishak Mohd.

Mohd Najib berkata, meskipun PRU menelan belanja yang besar, namun tanpa kerajaan yang kukuh, ia tetap memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara.

“Kalau nak ukur nilai ekonomi ni pun kos jauh lebih besar daripada kos pilihan raya.

“Misalnya kalau tidak ada pelabur, bursa saham jatuh dan kita perlu buat pinjaman dan sebagainya, ini membuat nilai ekonomi kita merudum dan ini melibatkan kos lebih besar,” katanya. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/pru-lebih-awal-elak-kesan-lebih-buruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Pru 15 Damaikan Perpecahan Dalam Ph Elak Penyokong Sendiri Sabotaj

Menjelang Pru 15 Damaikan Perpecahan Dalam Ph Elak Penyokong Sendiri Sabotaj

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 181 hits
Kejutan Pengerusi Bersatu Tun Mahathir mencadangkan calon ketiga sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia merumitkan kemelut politik negara Idea Mahathir mengemukakan nama Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai PM dari Malaysia Timur selepas ...
Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 343 hits
Astro Awani Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin keputusan PRK DUN Chini landasan kekuatan BN dan Muafakat Nasional hadapi PRU ke 15 Foto Astro AWANI PEKAN Pilihan ...
Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 490 hits
Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil simpuh katak atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak anak yang masih kecil Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begi...
Ph Sila Tuntut Pru 15 Awal Jika Berani

Ph Sila Tuntut Pru 15 Awal Jika Berani

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 360 hits
Pilihan Raya Umum awal digeruni PH APABILA ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya dikatakan akan letak jawatan awal bulan ini angkara krisis dalam BERSATU ramai yang gelisah manakala ramai juga yang melonjak kegembira...
Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 552 hits
Menjadi kebiasaan ibu bapa jika nak memujuk anak yang terjatuh atau sedih pasti kita menyalahkan sesuatu benda contohnya anak jatuh terlanggar kerusi Mummy dah pukul kerusi apa ni buat adik okay dah dah nangis si kecil pun terus diam kerana...
Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak Anak Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah

Besarnya Pengaruh Ayah Pada Anak Anak Pakar Psikologi Senaraikan 10 Kesan Positif Bila Si Kecil Rapat Dengan Ayah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 395 hits
Biasa kita lihat anak anak lebih rapat dengan ibu Tetapi ada kajian yang dilakukan mendapati pengaruh ayah turut memainkan peranan penting mendidik anak genius Bila si ayah suka mengambil tahu tentang perkembangan anaknya ia sebenarnya memb...
Khasiat Halia Dan Kesan Sampingan Pengambilannya

Khasiat Halia Dan Kesan Sampingan Pengambilannya

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 456 hits
Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India Asia Tenggara Afrik...
Bahayanya Kesan Jejak Kimia Kepada Manusia

Bahayanya Kesan Jejak Kimia Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 308 hits
Adakah anda pernah berfikir sifat sifat kimia berbahaya kepada kehidupan manusia We continued Jika pembaca tidak tahu mengenai Chemtrails yang mengandungi bahan kimia ia adalah penting untuk memastikan pembaca untuk terus membaca pengenalan...
Kesan Tidur Tak Cukup Ini Pun Punca

Kesan Tidur Tak Cukup Ini Pun Punca

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 355 hits
Ya Allah sepanjang PKP ni aku okay je ni lepas raya yang aku tetiba tak menentu Hari hari rasa nak marah Sebenarnya badan aku letih agaknya lagi pula mungkin kesan tak cukup tidur juga buat aku stress Lepas aku share yang kelas online dah m...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran