Ph Sila Tuntut Pru 15 Awal Jika Berani



Pilihan Raya Umum awal digeruni PH. 

APABILA ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya dikatakan akan letak jawatan awal bulan ini angkara krisis dalam BERSATU, ramai yang gelisah manakala ramai juga yang melonjak kegembiraan kononnya ia permulaan kejatuhan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) khasnya begitu ghairah, kami tidak sabar pulang ke Putrajaya, kami tidak sanggup menjadi pembangkang lebih lama, seolah membayangkan langkah Sharuddin Md Salleh benar-benar akan merobohkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertahan dengan majoriti 2 kerusi itu.

Pelbagai kekalutan dan tanda tanya timbul ketika itu. Ada pula yang menyebarkan berita kononnya 2 menteri dari BERSATU akan mengikut jejak Sharuddin dan PN akan kehilangan majoriti.

Indah khabar dari rupa, benar Sharuddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri, tetapi beliau sendiri tidak pasti haluan politiknya dalam pengumumannya itu. Kesal terhadap tindakan yang dikenakan oleh BERSATU pada Tun Dr Mahathir namun beliau menyatakan akan kekal sebagai penyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin. Sementara itu ura-ura dua orang Menteri BERSATU akan letak jawatan juga tidak berlaku.

Bermakna tiadalah sebarang kesan terhadap Kerajaan PN, bermakna kekallah mereka yang ghairah dan celupar itu duduk di bangku pembangkang mungkin sehingga ke penghujung penggal.

Dan tidak cukup dimalukan dengan sikap Sharuddin, selang beberapa hari Ahli Parlimen PKR Lubok Antu pula, Tambat Jugah Muyang mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Kerajaan PN. Tambat dalam PRU14 lalu menang kerusinya atas tiket Bebas dan kemudiannya menyertai PKR.

Ini bermakna PN bukannya berkurang majoriti sebagaimana digembar-gembur tetapi rupanya semakin kukuh dan mengikut maklumat ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari PH dipercayai akan meninggalkan PH dan menyokong PN, iaitu sekurang-kurangnya 2 lagi dari PKR dan tidak mustahil beberapa dari PAN sendiri.

Peluang sama ada Tun Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri (PM) kelihatan semakin tipis. Antara Tun dan Anwar pun kelihatan tegang, masing-masing dengan blok masing-masing saling curiga-mencurigai sesama sendiri. Dan pastinya yang paling kesal adalah DAP, kerana rupanya pemimpin-pemimpin Melayu yang mereka harap dan peralatkan semakin lemah dan ternyata tidak mempunyai kemampuan merobah arus politik negara untuk memungkinkan mereka kembali berkuasa.

Arus politik negara kini kuat ditentukan oleh rakyat yang mahukan kestabilan, ketenteraman dan peluang untuk memulihkan kembali negara pasca COVID-19. Rata-rata dalam tempoh 3 bulan ini rakyat begitu yakin dan meletakkan kepercayaan tinggi pada Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. Kerajaan ini dilihat begitu terbuka, mendengar keluhan dan rintihan rakyat serta mampu menyatupadukan rakyat khususnya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara.

Yang dominan di dalam PH kini adalah DAP, PKR, WARISAN dan PAN. Mereka disertai oleh kumpulan lima Ahli Parlimen dari BERSATU yang dipecat diketuai Tun. Antara mereka saling berbalah, Anwar mahu tegaskan yang beliau telah mengambil-alih kepimpinan PH lantas calon PM kiranya ada upaya PH kembali berkuasa adalah beliau, manakala Tun pula berlagak seakan beliaulah ketua dan calon PM dengan diapit kuat DAP dan PAN.

Dalam suasana semasa, PH tidak berupaya merangkul kembali kuasa yang terlepas dari tangannya setelah berkuasa 22 bulan sejak PRU lalu melainkan jika berlaku tindakan berpaling tadah oleh Ahli-ahli Parlimen PN.

Setakat ini ia tidak berlaku sebaliknya yang melompat adalah dari kalangan PH sendiri. Mengapa tidak mendesak diadakan Pilihan Raya Umum dengan menyerahkan mandat kepada rakyat?

PM selaku ketua parti kerajaan mempunyai opsyen dengan perkenan Tuanku untuk memohon Parlimen dibubarkan, tetapi dengan kestabilan 2 atau lebih majoriti dalam Parlimen, tidak ada sebab Muhyiddin perlu bertindak demikian.

Anehnya PH sendiri tidak pernah menuntut Parlimen dibubarkan sejak PN naik berkuasa. Jika benar kerajaan tidak stabil dan sukar diurus dengan majoriti yang tipis tidakkah membubarkan Parlimen pilihan terbaik?

Muafakat Nasional (MN), iaitu Umno dan PAS yang kuat mendukung Kerajaan PN hari ini berusaha mengukuhkan Kerajaan PN di pelbagai peringkat. Namun demikian kiranya ditakdirkan tiada pilihan lain selain menghadapi PRU bagi mendapatkan baru, Muafakat Nasional sudah bersedia menghadapi PH. Soalnya bagaimana dengan PH?

Jelasnya PH tidak bersedia, penyatuan parti-parti politik Melayu di bawah payung MN memberi isyarat bahawa kuasa politik Melayu kini bersatu dan utuh tidak sebagaimana PRU ke-14 lalu sehingga mampu memenangkan PH.

Adalah dijangkakan kiranya PN berhadapan satu lawan satu dengan PH, hampir keseluruhan kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu lebih 50 peratus iaitu kira-kira 102 di Semenanjung sahaja akan dimenangi PN. Manakala jika diambil kira kerusi-kerusi majoriti Melayu atau Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak pula bermakna MN dengan bantuan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak mampu memenangi lebih dari 120 kerusi iaitu cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ini tidak termasuk beberapa kerusi campuran yang pengundi Melayu Islam dominan contohnya Bangi 49 peratus dan Bentong 47 peratus yang kini diwakili DAP. Dan ini juga tidak termasuk kerusi-kerusi campuran yang mungkin dimenangi MCA, MIC dan parti-parti Bumiputera bukan-Islam di Sabah dan Sarawak.

Kerana itu PH tidak berani menuntut Parlimen dibubarkan. Jika bubar di waktu ini, adalah dijangka PKR dan PAN akan menjadi mangsa utama lenyap dihanyutkan oleh penolakan kuat dari pengundi Melayu Islam khususnya manakala DAP sendiri akan kehilangan beberapa kerusi dari 42 yang ada dalam tangan. Dalam keadaan begitu MN tidak perlu cemas.

Hari ini tugas utama BN, PAS, BERSATU, GBS di Sabah dan GPS di Sarawak adalah untuk memperkukuhkan MN yang sangat disenangi dan mendapat penarafan tinggi di kalangan rakyat. Tunjukkan kematangan dan belayarlah bersama aspirasi rakyat.

PH lah sesungguhnya yang berada dalam situasi tenat. Jika ada lagi saki-baki dari blok mereka dari kalangan Ahli-ahli Parlimen yang melompat menyokong PN, mereka semakin goyang dan rapuh atau jika atas apa sebab sekalipun Parlimen perlu dibubarkan, mereka juga bakal menjadi mangsa.

Ringkasnya tiada masa depan buat PH dalam politik Malaysia hari ini. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Sedarlah untung nasib sendiri, kurangkan bermimpi dan berangan-angan dan terimalah realiti politik hari ini.


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/6/2020

Hibur Hibur Sikit
Oslan Husein - oh mama

Oslan Husein&S. Alwi ~ Papa Saya Tak Mau Kawin

oslan husein - kampuang nan jauh di mato


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/ph-sila-tuntut-pru-15-awal-jika-berani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Acl Tuntut Jdt Berlatih Lebih Awal

Acl Tuntut Jdt Berlatih Lebih Awal

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 304 hits
SAINGAN Liga Malaysia bakal bersambung September ini dengan latihan pula hanya dibenarkan pada Ogos mungkin akan menimbulkan sedikit kegelisahan buat kem Johor Darul Ta zim Ia susulan kemungkinan saingan Liga Juara Juara Asia akan di
Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi

Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 1022 hits
Cara Mudah Hafal 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi Surah Al Kahfi ni adalah surah ke 18 dalam Al Quran yang mempunya 110 ayat Rasullah SAW telah menjelaskan keutamaan bagi pembaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat siang hari Juma...
Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 345 hits
Keadaan semakin tidak menentu dalam Perikatan Nasional ketika PM Muhyididn Yassin cuba mengelak berlakunya pilihan raya umum kerana partinya Bersatu tidak akan sempat merundingkan kerusi dengan parti parti yang lebih senior seperti Umno dan...
Respon Kepada Dato Che Abdullah Mat Nawi Jika Pru Segera Ph Boleh Tewas Di Kelantan

Respon Kepada Dato Che Abdullah Mat Nawi Jika Pru Segera Ph Boleh Tewas Di Kelantan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 250 hits
Tidak tepat pandangan YB 1 PAS menang besar PRU14 lalu disebabkan faktor besar Pengundi Luar Kerajaan Kelantan dapat ke UMNO Jadi mereka pilih PAS tak mahu pilih PH takut pecah undi 2 Itu selepas Rafizi melalui Invoke keluarkan analisis UMN...
Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 348 hits
Ipohmali Masih ingat Kempen PRU 13 ini iklan rasmi kempen BN dan MCA siap ada logo BN Bagaimana MCA melalui akhbar akhbar Cina dan The Star milik mereka menjalankan Propaganda takutkan bukan Islam kepada Pakatan rakyat Apa depa kempen hasut...
Perlukah Mengulangi Mandi Wajib Dari Awal Jika Terbatal Wuduk

Perlukah Mengulangi Mandi Wajib Dari Awal Jika Terbatal Wuduk

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 302 hits
Berwuduk ialah salah satu perkara sunat ketika mandi wajib Antara perkara sunat lain ialah membaca basmallah meratakan air dengan tangan kanan dan mendahulukan bahagian kanan Rata rata daripada kita menganggap bahawa jika mandi wajib yang d...
10 Sebab Mengapa Peralihan Kerajaan Tidak Akan Berlaku Kerajaan Pn Akan Kekal Sehingga Pru 15

10 Sebab Mengapa Peralihan Kerajaan Tidak Akan Berlaku Kerajaan Pn Akan Kekal Sehingga Pru 15

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 244 hits
Sebelum ini Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petangnya membincangkan agenda mengenai perjalanan PH ke Putrajaya Kata Datuk Seri Salahuddin PH sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi dan PH ...
Peristiwa 17 Juni Awal Hijrah Nabi Muhammad Bersembunyi Di Gua Tsur

Peristiwa 17 Juni Awal Hijrah Nabi Muhammad Bersembunyi Di Gua Tsur

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 302 hits
Serangan dan makar pembunuhan kaum kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW semakin gencar Mereka pun terus berupaya mencelakai Nabi SAW dan para sahabatnya Nabi kemudian memerintahkan kepada para sahabatnya untuk sembunyi sembunyi hijrah k...
Spr Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang

Spr Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 328 hits
PUTRAJAYA Menjelang penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK Dun Chini Sabtu ini Mana mana individu yang ingin bertanding dinasihat mengisi serta membuat semakan awal pengisian borang penamaan calon Mereka boleh berbuat demikian di Pejabat Peg...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Tanya Chatgpt Di Whatsapp


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025