Menjelang Pru 15 Damaikan Perpecahan Dalam Ph Elak Penyokong Sendiri Sabotaj


Oleh REDZUAN SHAMSUDINJune 30, 2020 Kejutan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir mencadangkan calon ketiga sebagai Perdana Menteri (PM) baharu Malaysia merumitkan kemelut politik negara
Idea Mahathir mengemukakan nama Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai PM dari Malaysia Timur selepas kegagalan rundingan antara beliau dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat oleh rakyat sebagai anti-klimaks
Shafie bukan sahaja tidak berkarismatik dalam politik peringkat nasional, malah beliau dilihat tidak mempunyai idea penyelesaian ekonomi pasca pandemik Covid-19 yang menuntut pelbagai polisi baharu bagi menarik pelaburan asing ke negara ini

PH jadi mangsaNamun ‘mangsa’ utama bagi percaturan ini adalah keutuhan Pakatan Harapan (PH). Sama ada Anwar dicalonkan sebagai PM atau Mahathir mahu merebut kerusi itu buat kali ketiga, perpaduan PH dijadikan pertaruhan
Apabila Tun merajuk setelah tiada keputusan untuk opsyen kedua, beliau sebagai PM kesembilan dan Anwar Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Langkawi itu memutuskan hubungan dengan KEADILAN
Tidak cukup dengan itu, beliau bertindak sebagai batu api hanya meneruskan hubungan bersama DAP serta AMANAH
Bermakna sekiranya Mahathir cukup jumlah kerusi maka DAP dan AMANAH akan masuk kerajaan manakala KEADILAN kekal sebagai pembangkang
Dasar pecah dan perintah ini mengundang kemarahan penyokong PH. Tun bersama PH pada 2017 tetapi akhirnya menentukan dengan siapakah DAP dan AMANAH patut berhubung
Sedangkan ketiga-tiga parti dalam PH telah berjuang sejak 20 tahun lalu dan ironinya kesatuan mereka diperoleh atas kepentingan bersama melawan kezaliman Mahathir pada 1998
Penjelasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu baru-baru ini tentang perlunya perbincangan lebih lanjut opsyen 2 telah menyebabkan kedua-dua pemimpin itu, termasuk Khalid Samad dan Anthony Loke dimarahi penyokong
Apatah lagi kali ini, Tun terang-terangan mahu DAP dan AMANAH meninggalkan KEADILAN. Akibatnya, media sosial yang banyak membincangkan isu-isu PH bertukar menjadi medan serang- menyerang. Perpaduan yang dipupuk selama 20 tahun seolah-olah akan berkecai dalam sekelip mata
Tidak cukup dengan kecamukan itu, muncul pula teori entah dari mana kononnya Tun akan menggunakan DAP, AMANAH, puak Azmin, GPS, Warisan serta beberapa Ahli Parlimen Umno bagi membentuk kerajaan baharu
Tidak diketahui apakah teori ini sengaja direka oleh tentera siber Umno bagi menyemarakkan api pertelingkahan dalaman PH, yang pasti perpaduan gabungan itu kini memasuki zon merah dan perlu rawatan segera agar tidak hancur sebagaimana keluarnya Pas dari Pakatan Rakyat pada 2015 lalu
Menambahkan kecelaruan, terdapat pula berita KEADILAN didatangi agen-agen dari pelbagai parti, termasuk parti pemerintah untuk menawarkan pembentukan gabungan baharu. Malah, ada pemimpin KEADILAN mengakui Anwar dihubungi Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin
Maka teori pembentukan kerajaan bersama parti pemerintah itu pun tular di internet. Formulanya lebih rumit berbanding keanggotaan kerajaan Mahathir
Ditularkan kerajaan baharu itu mengenepikan Umno dan Pas, juga puak Azmin Ali yang khianat. Namun, turut memecahkan DAP dan AMANAH. Teori seperti ini mungkin indah didengar namun sekiranya diyakini akan menambah perasaan curiga-mencurigai dalam kalangan penyokong PH
Dalam erti kata mudah, penubuhan kerajaan baharu menuntut semua parti komponen PH berpecah. KEADILAN berpecah akibat pengkhianatan
Manakala DAP dan AMANAH perlu melalui pengalaman sama memilih puak mana yang harus disokong. Dari segi kesatuan PH hal ini sangat merbahaya. PH dalam keadaan sekarang tidak boleh masuk mana-mana pilihan raya
Sabotaj pilihan rayaContoh mudah adalah ketidakpuasan hati beberapa pemimpin Umno Johor yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum (PRU) lalu menyebabkan jentera BN tidak bergerak lancar
Apabila kekurangan tersebut dicampur isu skandal mega 1MDB yang membelit Najib maka arus yang terhasil adalah kehilangan undi maksimum sehingga BN Johor tumbang. Jika dikira kekuatan BN dari segi jumlah ahli, adalah sangat mustahil PH boleh menang sehingga 2/3 kerusi DUN
Perkara sama boleh menimpa PH andainya PRU diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun, teori inilah yang nampaknya semakin menuju kenyataan
Teori akan berlaku PRU pada sekitar Ogos atau November 2020 tidak boleh diambil mudah. Indikatornya boleh dilihat dengan kesungguhan pemimpin Umno mendesak Muhyiddin membubarkan Parlimen
Dalam bulan Jun sahaja lebih lima pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan meminta pembubaran. Terdapat suara dari selatan tanah air, dari Pahang diwakili Najib Razak sehinggalah yang terbaharu Mohamad Hasan
Gesaan Mohamad adalah yang paling perlu diberi pertimbangan. Beliau dalam kedudukan timbalan presiden, sekiranya beliau bersuara bermakna Umno pastinya telah mendapat maklumat dari war room bahawa parti itu dan sekutunya Pas bersedia masuk PRU dan menang
Oleh itu, pimpinan Umno diarah melakukan strategi aneh, mereka berteriak ke seluruh dunia mengatakan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang disertai bakal runtuh ketika sebahagian daripada mereka merupakan menteri dalam gabungah berkenaan
Seruan itu bertujuan untuk mengumpul persetujuan rakyat betapa tidak membazirnya PRU mengejut demi membentuk kerajaan yang stabil
Kemenangan atas kelemahan BN, PasDimaklumi kemenangan PH dalam PRU-14 lalu dibantu pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan Pas. Undi popular yang diperolehi PH dan sekutunya sekitar 49 peratus
Sekiranya parti-parti lawan bergabung maka PH sukar untuk menang. Dan itulah yang dilakukan oleh Umno dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional (MN). Di atas kertas undi, MN jika disatukan, menyebabkan PH kehilangan 30 kerusi. Dalam erti kata mudah, PH akan tinggal sekitar 70 kerusi
Dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hasan bahawa usul undi percaya akan dibentang terhadap Muhyiddin pada sesi Parlimen Julai ini, maka teori MN mampu menang PRU-15 dianggap lengkap. Pemimpin Umno berusaha mendapatkan persetujuan rakyat dan pemimpin Pas pula membuka jalan ke arah itu
Adakah usul undi percaya benar-benar mahu memberi keabsahan kepada kerajaan Muhyiddin? Jawapannya boleh diteliti daripada ketakutan Muhyiddin sendiri pada Mei lalu yang enggan melanjutkan sidang Parlimen lebih daripada setengah hari. Beliau amat khuatir sebarang usul perbahasan yang memerlukan undian, kerajaannya tumbang
Jadi, adakah usul undi percaya dibentangkan Pas akan mendapat sokongan majoriti?Kemungkinan Muhyiddin akan kalah adalah besar
Sekiranya pemimpin Umno mahu Parlimen dibubarkan, maka mereka hanya perlu berkecuali ketika undian dan Muhyiddin tersungkur. Dalam adat kebiasaan, Muhyiddin boleh menghadap Agong dan meminta tempoh untuk mencari sekutu baharu
Ketika ini peluang terbuka kepada mana-mana parti mengambilalih kedudukan Umno. Namun, harus diingat Yang di-Pertuan Agong telah pun disulitkan dengan pergolakan politik pada Februari lalu
Adakah Agong akan memberi peluang kedua? Atau baginda akan memilih penyelesaian dengan mengembalikan mandat kepada rakyat
Pilihan kedua kelihatannya lebih mudah. Apatah lagi sekiranya Agong berfikiran kerajaan yang akan dibentuk kemudiannya memiliki majoriti tipis sebagaimana sebelum ini
Dalam hal ini, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Agong tidak perlu mendapatkan nasihat PM (yang telah tumbang) sebelum membubarkan Parlimen
Persediaan PRU-15Sekiranya Parlimen dibubarkan maka ketika itulah perlunya kesatuan PH. Persoalannya, adakah PH bersedia menghadapi PRU
Dengan perpecahan pendapat yang berlaku sekarang PH amat terdedah kepada sabotaj dalam kalangan penyokong sendiri
Tidak banyak kawasan selamat yang tinggal sekiranya penyokong DAP boikot undi calon KEADILAN atau KEADILAN boikot undi AMANAH. Akhirnya peluang untuk menang dan melantik Anwar sebagai PM berakhir dengan kekalahan memalukan
Sebelum hal itu terjadi, maka sebaik-baiknya perpecahan pendapat didamaikan oleh kepimpinan PH. Konsensus harus diambil, bahawa tidak ada pembentukan kerajaan baharu tanpa melibatkan kesemua komponen PH atau dengan memecahkan parti-parti komponen
Dengan cara ini penyokong boleh didamai dan diyakinkan. Sekiranya PH menghadapi PRU maka tidak ada sabotaj
Menang atau kalah ditentukan oleh rakyat. Dan hal itu adalah sebaik-baiknya berbanding kekalahan disebabkan persengketaan sesama sendiri

* REDZUAN SHAMSUDIN merupakan penulis pro PKR. Artikel ini mulanya terbit di portal berita Suara Keadilan dengan tajuk “Kemungkinan PRU mengejut, utamakan kesatuan PH”.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/menjelang-pru-15-damaikan-perpecahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liverpool Kutuk Penyokong Sendiri

Liverpool Kutuk Penyokong Sendiri

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 275 hits
LIVERPOOL secara terbuka mengkritik sebahagian penyokong mereka kerana kelakuan yang tidak boleh diterima apabila berkumpul di bandar untuk meraikan kejayaan kelab memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama selepas 30 tahun...
Pru Lebih Awal Elak Kesan Lebih Buruk Najib

Pru Lebih Awal Elak Kesan Lebih Buruk Najib

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 270 hits
PEKAN Pembubaran Parlimen perlu dilakukan lebih awal bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berbanding tempoh matangnya pada 2023 Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keperluan mengadaka...
Hendak Dipenjarakan Anak Sendiri Ibu Kalsum Sedih Dia Anak Kandung Saya Keluar Dari Rahim Saya

Hendak Dipenjarakan Anak Sendiri Ibu Kalsum Sedih Dia Anak Kandung Saya Keluar Dari Rahim Saya

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 455 hits
Kalsum seorang Ibu yang sudah renta asal Desa Ranggegate Lombok Tengah mengaku sedih karena hendak dilaporkan anaknya M ke polisi hanya karena masalah sepeda motor Kalsum merupakan ibu dari M yang videonya viral Sebelumnya laporan M untuk m...
Cctv Hospital Tunjukkan Rakaman Misteri Wheelchair Bergerak Sendiri Ditolak Ditarik

Cctv Hospital Tunjukkan Rakaman Misteri Wheelchair Bergerak Sendiri Ditolak Ditarik

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 307 hits
Ahh sudah Siapa pula yang main tolak tarik kerusi roda ni Pagi tadi portal The Sun ada kongsikan satu video di Twitter mereka yang menunjukkan sebuah rakaman CCTV yang merakam sebuah kerusi roda yang diletakkan di tepi tangga telah bergerak...
Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 290 hits
Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru baru ini Mengikut cerita mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup Perkongsian pengalaman pahit ini dib...
Nak Bela Rakyat Atau Nak Bela Diri Sendiri Nih

Nak Bela Rakyat Atau Nak Bela Diri Sendiri Nih

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 305 hits
Keputusan keluar Umno pada 2018 satu kesilapan kata Salleh July 1 2020 3 21 PMSalleh Said Keruak membuat permohonan menyertai Umno semula pada 26 Mei lalu KOTA KINABALU Bekas bendahari Umno Salleh Said Keruak mengesahkan beliau memohon untu...
Dilema Generasi Sandwich Ketika Harus Jadi Tulang Punggung Orangtua Sekaligus Keluarga Sendiri

Dilema Generasi Sandwich Ketika Harus Jadi Tulang Punggung Orangtua Sekaligus Keluarga Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 270 hits
Merawat orangtua memang sebuah kewajiban tapi harus sadar batasan biar nggak ada yang dirugikan
Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 403 hits
Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAPMAKA berkatalah Roketkini Com Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAP pada 30 Jun 2020 Antara tokoh DAP yang dikenali sebagai seorang pemidato yang hebat pada zamannya ialah Allahyarham Fadzlan Yahya Beliau merupakan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip