Pru Ketika Banjir Kuasa Budi Bicara Agong


malaysiakini.com
Kow Gah Chie
Diterbitkan: Sep 29, 2022 8:59 AM
Spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam musim tengkujuh menimbulkan persoalan sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh menolak perkenan baginda untuk membubarkan parlimen.

Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya untuk tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan parlimen.

Bagaimanapun, oleh kerana tiada syarat khusus yang dinyatakan, terdapat pandangan berbeza mengenai bilakah seri paduka baginda boleh menggunakan kuasa tersebut.

Tiga daripada empat peguam yang dihubungi Malaysiakini, memberikan jawapan yang agak mudah bahawa baginda mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk menolak permintaan bagi membubarkan parlimen.

Pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata walaupun secara umumnya Agong mesti bertindak atas nasihat kabinet seperti dalam Perkara 40(1), baginda bebas daripada halangan itu terhadap perkara yang diliputi oleh Perkara 40(2).
“Perlembagaan Persekutuan senyap tentang perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Agong dalam membuat keputusan mengenai isu ini (tidak memperkenankan membubarkan parlimen).

“Tetapi sudah tentu memudahkan atau kesukaran rakyat untuk melaksanakan tugas perlembagaan mereka dalam pilihan raya umum mungkin menjadi salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan,” tambahnya.

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa berkongsi pandangan yang sama bahawa budi bicara agong di bawah Perkara 40(2) adalah mutlak.

Perlembagaan memaksa

Bagaimanapun, peguam New Sin Yew mengemukakan pendapat berbeza, berdasarkan perkataan tertentu dalam perlembagaan.

Meneliti Perkara 40(2)(b), New berkata budi bicara agong adalah dengan syarat ia adalah “permintaan” untuk membubarkan parlimen.
Dia berkata keadaan ini hanya terpakai apabila melibatkan Perkara 43(4) - yang secara khusus menyatakan bahawa perdana menteri yang hilang keyakinan di Dewan Rakyat, boleh "meminta" parlimen dibubarkan.

Dalam keadaan lain, New berkata, seruan agar parlimen dibubarkan lebih awal akan dianggap sebagai "nasihat" kabinet kepada Agong - yang menurut perlembagaan terpaksa diterima oleh baginda.

“Jika kabinet menasihatkan Agong untuk membubarkan Parlimen, ia bukan permintaan yang dibuat oleh perdana menteri di bawah Perkara 43(4).

“Oleh itu, Agong tidak boleh menahan perkenan untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b) jika kabinet menasihati baginda, walaupun ketika banjir.

“Baginda mesti menerima dan bertindak mengikut nasihat di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A),” tambah peguam itu.

New berkata insiden di Perak pada 2007 dan di Sabah pada 2018 di mana permintaan untuk membubarkan dewan undangan negeri (DUN) ditolak, berlaku dalam senario hilang keyakinan dalam DUN.

Tekanan untuk mengadakan pilihan raya

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima tekanan daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan parlimen tahun ini.

Dengan hanya tiga bulan lagi dan musim tengkujuh semakin hampir, ia menimbulkan kebimbangan besar bahawa pilihan raya akan diadakan semasa musim banjir.

Ahmad Zahid berkata, BN bersedia mengharungi air bah semasa kempen PRU15.

Dia juga mendakwa pembangkang menggunakan isu banjir untuk melengakan PRU.

Ketika presiden Umno dan penyokongnya memberi tekanan kepada Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen - New berkata perdana menteri tidak boleh bertindak bersendirian.

“Saya perlu tegaskan bahawa (di bawah Perlembagaan) kabinetlah yang menasihati Agong.

"Perdana menteri boleh bertindak di bawah kuasa am kabinet tetapi jika kabinet tidak meluluskan maka perdana menteri tidak boleh menasihati Agong secara unilateral," katanya.

Beberapa menteri menolak gesaan PRU diadakan pada tahun ini, termasuk daripada Umno.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/pru-ketika-banjir-kuasa-budi-bicara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang D Pertuan Agong Ada Kuasa Pru Di Musim Tengkujuh

Yang D Pertuan Agong Ada Kuasa Pru Di Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 211 hits
Yang D Pertuan Agong Ada Kuasa PRU Di Musim Tengkujuh Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk menyekat pilihan raya umum akan datang jika ia diadakan semasa musim tengkujuh kerana i...
Pru Banjir Lawan Ahli Politik Gila Kuasa

Pru Banjir Lawan Ahli Politik Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 164 hits
PRU banjir Lawan ahli politik gila kuasaPosted By on October 03 2022Kegilaan pemimpin Umno untuk meneruskan perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke 15 di musim tengkujuh perlu ditentang oleh rakyat Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Shah Al...
Pru15 Tidak Sesuai Diadakan Ketika Musim Banjir Khairy

Pru15 Tidak Sesuai Diadakan Ketika Musim Banjir Khairy

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 197 hits
PUTRAJAYA 21 Sept Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata selain faktor kesihatan Kementerian Kesihatan berpandangan b...
Pru Banjir Susahkan Rakyat Penjawat Awam

Pru Banjir Susahkan Rakyat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 177 hits
PRU banjir Susahkan rakyat penjawat awamPosted By on September 20 2022Kenyataan pemimpin Umno yang gila kuasa mahu meneruskan Pilihan Raya Umum pada hujung 2022 meski pun ketika banjir melanda amat mengguris hati rakyat terutama di kawasan ...
Banjir Kilat Johor Amaran Pru 15 Musim Tengkujuh

Banjir Kilat Johor Amaran Pru 15 Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 176 hits
Banjir kilat Johor amaran PRU 15 musim tengkujuhPosted By on September 28 2022Kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Johor Bahru baru baru ini memberi gambaran awal bahawa musim tengkujuh tahun ini pasti akan berlaku banjir meskipun m...
Pru Musim Banjir Pm Zahid Bertanggungjawabkah Jika Nyawa Hilang

Pru Musim Banjir Pm Zahid Bertanggungjawabkah Jika Nyawa Hilang

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 228 hits
Adakah Ismail Sabri dan Ahmad Zahid bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya nyawa terkorban dan harta benda rosak jika PRU akan datang diadakan pada musim tengkujuh kata Lim Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini meminta Perdana Menter...
Di Sebalik Teka Teki Kian Memberahi Ramai Berharap Agong Tolak Pru15 Di Musim Banjir

Di Sebalik Teka Teki Kian Memberahi Ramai Berharap Agong Tolak Pru15 Di Musim Banjir

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 136 hits
Susulan majlis taklimat UMNO Isnin lepas teka teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen kian menjadi topik yang semakin memberahikan ramai orang Semua parti politik orang politik dan rakyat kebanyakan ghairah bercakap mengenainya Pelbagai ta...
Ku Li Bidas Keputusan Umno Mahu Pru 15 Semasa Banjir Ikut Nafsu Semata Mata

Ku Li Bidas Keputusan Umno Mahu Pru 15 Semasa Banjir Ikut Nafsu Semata Mata

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 212 hits
agendaily com1 10 2022Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan UMNO mahu juga mengadakan pilihan raya umum ke 15 semasa musim banjir sebagai mengikut nafsu pol...
Rafizi Akan Mulakan Referendum Rakyat Tolak Pru15 Ketika Banjir

Rafizi Akan Mulakan Referendum Rakyat Tolak Pru15 Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 162 hits
Kenyataan Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi yang memperlekehkan risiko dan kesengsaraan rakyat sekiranya PRU15 dipanggil di musim tengkujuh menunjukkan terpisahnya beliau dan UMNO dari realiti kehidupan rakyat Semasa berucap semalam beli...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu