Di Sebalik Teka Teki Kian Memberahi Ramai Berharap Agong Tolak Pru15 Di Musim Banjir


 
Susulan majlis taklimat UMNO Isnin lepas, teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen kian menjadi topik yang semakin memberahikan ramai orang.
Semua parti politik, orang politik dan rakyat kebanyakan ghairah bercakap mengenainya.
Pelbagai tarikh dimunculkan sebagai logik bagi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen.
Ada yang berkata esok, 6 Oktober sebagai tarikh Ismail Sabri akan mengadap Agong dan seterusnya beliau akan mengumumkan Parlimen dibubarkan pada keesokannya iaitu 7 Oktober.
Jika itu berlaku, bermakna pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada petang 7 Oktober secara automatik akan ditiadakan.
Begitu pun, majlis mengadap esok bukanlah khusus untuk mencadangkan pembubaran Parlimen, sebaliknya ia adalah rutin mingguan bagi Perdana Menteri kerana sepanjang sesi Parlimen berlangsung, mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat.
Jika tiada sidang Parlimen, mesyuarat kabinet akan diadakan pada hari Rabu dan Perdana Menteri mengadap Agong pada hari Selasa.
Ada pula yang berkata, Ismail Sabri akan mengadap Agong pada Isnin, 10 Oktober sebelum baginda berangkat ke luar negara pada sebelah malamnya.
Seterusnya dikatakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen sama ada pada 10 atau 12 Oktober.
Setakat ini, meski pun ada tarikh-tarikh lain yang diperkatakan, dua tarikh di atas adalah paling banyak sekali diperbualkan sama ada di alam nyata atau di alam maya.
Tetapi, harus diingat, apa jua tarikh yang disebutkan itu, ia hanya akan menjadi kenyataan jika Agong memberi perkenan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.
Bagaimana jika Agong tidak memberi perkenan kepada pembubaran Parlimen dan mahu Ismail Sabri meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Sebenarnya tidak mustahil untuk Agong menolak cadangan pembubaran Parlimen kerana baginda sebelum ini pernah menolak cadangan darurat yang dicadangkan oleh Mahiaddin Md Yasin.
Lagi pula, memang termaktub bahawa Agong mempunyai kuasa untuk menolak cadangan pembubaran Parlimen.
Lebih daripada itu, suasana dalam negara ketika ini seperti ancaman banjir berikutan musim tengkujuh, kemalapan ekonomi dan kesusahan rakyat akibat susutnya nilai ringgit dan pelbagai masalah semasa lainnya adalah dirasakan tidak begitu sesuai untuk ia dijadikan medan bagi ahli-ahli politik untuk berebut kuasa.
Sabarlah dulu, tunggu lima enam bulan lagi sehingga rakyat cukup selesa dan tidak begitu terbeban lagi kehidupan mereka, barulah sesuai ketika itu untuk diadakan PRU.
Lima enam bulan lagi, macam-macam perkara boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.
Mengadakan PRU ketika pengundi tidak selesa dan dibebani dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mungkin akan menyebabkan tidak ramai yang keluar mengundi dan akhirnya kerajaan yang terpilih bukanlah sebuah kerajaan benar-benar telah dipilih oleh rakyat terbanyak.
Sesetengah pihak barangkali gembira dengan peratusan keluar mengundi yang rendah itu kerana peluang mereka untuk menang lebih tinggi, tetapi dari segi keadilan kepada semua parti, ia langsung tidak adil sama sekali.
Semua parti politik, baik pembangkang atau kerajaan, kecuali kluster tertentu dalam UMNO, bahkan secara terbuka menolak PRU15 diadakan pada hujung tahun ini.
Termasuk menolak itu ialah PN dan Pas yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, bahkan bilangan Ahli Parlimen kedua-duanya lebih ramai daripada Ahli Parlimen UMNO.
Jadi, bagaimana kelompok minoriti dalam kerajaan ada hak mahu membubarkan Parlimen jika golongan majoriti tidak bersetuju dengannya?
Di samping itu, meneliti kenyataan Perdana Menteri sendiri kebelakangan ini, kita dengan sendirinya dapat memahami beliau sebenarnya sedang ditekan untuk membubarkan Parlimen.
Sekurang-kurangnya ada tiga kenyataan Perdana Menteri kebelakangan ini yang memberi gambaran beliau pun mahu PRU15 tidak digopoh-gopohkan untuk disegerakan.
Pertama, beliau menyebut – “kalau kita nak buat pilihanraya kena ada asas yang kuat untuk dipercepatkan. Cuma…tarikh tu tunggulah. Kalau dari tahun lepas boleh tunggu, tahun ni pun boleh tunggu.”
Kedua, Ismail Sabri mahu Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat nanti mendapat sokongan untuk diluluskan, termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.
“Saya percaya bajet ini akan diterima kerana ia untuk rakyat. Kalau pembangkang tolak, bermakna mereka tak setuju dengan apa yang diperuntukkan kerajaan untuk rakyat.
“Kalau bajet tak lulus, dari segi emolumen untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak boleh buat. Jadi, bajet perlu diluluskan,” tambah beliau.
Ketiga, Ismail Sabri juga menyebut tiada parti boleh mempengaruhi Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
Walaupun, dalam kenyataan itu beliau merujuk kepada pembangkang, tetapi tidak mustahil ia juga merupakan libasan pukul anak sindir menantu yang ditujukan kepada UMNO yang semua orang tahu sentiasa saja menekan beliau untuk cepat-cepat membubarkan Parlimen.
Berdasarkan semua itu, ia menunjukkan paling awal pun Ismail Sabri mahu membubarkan Parlimen ialah selepas Belanjawan 2023 diluluskan iaitu pada penghujung November nanti.
Sekiranya Agong tidak memberi perkenan pula kepada pembubaran Parlimen – bahkan inilah yang paling menggembirakan rakyat sebenarnya – PRU15 hanya akan diadakan pada penghujung penggal iaitu sebelum Jun 2023 dan Ismail Sabri mungkin pada ketika itu beroleh lebih keselesaan dan kebebasan sebagai seorang Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 05/09/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/di-sebalik-teka-teki-kian-memberahi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Siapapun Mahu Pru15 Musim Banjir Tok Mat Beritahu Pembangkang

Tiada Siapapun Mahu Pru15 Musim Banjir Tok Mat Beritahu Pembangkang

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 127 hits
freemalaysiatoday com September 29 2022 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pembangkang cuba memutarbelit BN mahukan PRU15 ketika musim banjir PETALING JAYA Cadangan Umno supaya pilihan raya umum ke 15 diadakan dengan segera bukan ...
Kehilangan Seseorang Ketika Banjir Amat Memeritkan Dari Itu Baik Tolak Pilihanraya Ketika Musim Banjir

Kehilangan Seseorang Ketika Banjir Amat Memeritkan Dari Itu Baik Tolak Pilihanraya Ketika Musim Banjir

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 214 hits
ZACK ROCKSTARTahun lalu saya telah kehilangan atlet saya yang paling berbakat ketika menghulurkan bantuan beras kepada mangsa banjir di Maran Pahang Kejadian ini sangat mengesankan Arwah lemas depan isteri dan anak2nya Itu sebab saya tolak ...
Rafizi Lancar Petisyen Bantah Pru15 Musim Banjir

Rafizi Lancar Petisyen Bantah Pru15 Musim Banjir

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 131 hits
Rafizi lancar petisyen bantah PRU15 musim banjir BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan petisyen bagi membantah PRU15 diadakan semasa banjir Rafizi menjelaskan hanya suara rakyat yang dapat menghantar...
Agong Bimbang Kesan Pru15 Semasa Musim Tengkujuh Sumber

Agong Bimbang Kesan Pru15 Semasa Musim Tengkujuh Sumber

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comYang di Pertuan Agong bimbang dengan maklumat yang diperoleh pagi ini semasa taklimat mengenai banjir akhir tahun menurut sumber yang berada di dalam bilik taklimat berkenaan Sumber yang enggan namanya disiarkan berkata Sult...
Tiada Krisis Perlembagaan Jika Agong Tolak Bubar Parlimen

Tiada Krisis Perlembagaan Jika Agong Tolak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 183 hits
Adakah Krisis Perlembagaan Akan Berlaku Jika Yang di Pertuan Agong Tolak Permohonan Perdana Menteri Untuk Bubarkan Parlimen Jawapannya tidak Kenapa Pertama jika permohonan Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen ditolak itu bermakna Yang ...
Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 117 hits
PRU BANJIR Tadi sembang2 dengan seorang pengamat politik Best juga info dia Kenapa UMNO nak PRU ketika banjir Pengundi luar tak boleh pulang Harapkan pengundi tegar UMNO yang tinggal di kampung Itu 38 base mereka Itu pada mereka sudah cukup...
Pru15 Rakyat Tak Sabar Parti Politik Tertentu Sahaja Yang Guna Nama Rakyat Dan Alasan Banjir

Pru15 Rakyat Tak Sabar Parti Politik Tertentu Sahaja Yang Guna Nama Rakyat Dan Alasan Banjir

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 148 hits
Oleh Adam MalikSebenarnya yang sibuk bermain isu pilihanraya dalam musim banjir hanyalah parti2 politik tertentu sahaja Mereka sendiri tidak dapat menentukan Tarikh sebenar banjir Hari mengundi boleh di tentukan namun hari banjir yang seben...
Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 159 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYAAkhirnya segala tanda tanya telah dijawab Parlimen telah dibubarkan Kekalutan Umno bagaikan siri drama Jenaka Kampung Kalut siaran di TV3 sembang sembang di kedai Pak Kodi dan mesyuarat di dewan komuniti JKK dalam situas...
Rentasan 1228 Gempar Pru 15 Bakal Diadakan Sebelum Musim Banjir

Rentasan 1228 Gempar Pru 15 Bakal Diadakan Sebelum Musim Banjir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 158 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1228 1 BANJIR DI SANA SINI BUKAN CERITA DONGENG 2 BELANJAWAN LOBAK PADA KAYU RAKYAT BUKAN KELDAI 3 SUNNAH SIAPA YANG DIGUNAKAN PENYOKONG PENCURI 4 ADAKAH SELEPAS LANGKAH SHERATON KITA BAHAGIA Layari kami untuk mendapa...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


8 New Accessibility Updates Across Lookout Google Maps And More

Pasukan Perlukan Masa Untuk Dapatkan Kecergasan Maksimum Datuk Ong Kim Swee

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia