Pru 15 Wajar Disegerakan Tapi Kerajaan Sekarang Bukan Satu Parti Annuar


agendaily.com13/3/2022
Tarikh pembubaran Parlimen mesti menjadi rahsia besar parti memerintah dan hak budi bicara PM.

Veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar disegerakan sekiranya parti itu dan Barisan Nasional (BN) telah bersedia, namun terpulang kepada Perdana Menteri (PM) menentukan tarikhnya.

Pendapatnya bertentangan dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang tidak bersetuju PRU-15 diadakan dalam masa terdekat selagi keadaan kesihatan rakyat belum stabil sepenuhnya akibat pandemik Covid-19. Berita berkaitan

Bagaimanapun, Annuar menegaskan bahawa apa yang perlu difahami sekarang ini ialah kerajaan sedia ada bukan kerajaan satu parti.

“Justeru, perbincangan dalam kerajaan juga wajib diambil kira selain peraturan dan peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya mengulas desakan sekelompok ahli UMNO supaya PM membubarkan Parlimen setelah BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Semalam, laungan ‘bubar Parlimen’ bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas BN menang lebih dua pertiga kerusi pada PRN Johor, sekali gus membentuk kerajaan baharu tanpa Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti berunding dengan gabungan itu sekiranya hendak membubar Parlimen.

“Secara umumnya PN mempunyai 72 Ahli Parliman (MP) manakala UMNO 42 MP,” katanya malam semalam sebagai mengulas desakan kelompok UMNO supaya PRU-15 diadakan.

Untuk rekod, Ismail Sabri mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen untuk dilantik menjadi PM, tetapi daripada jumlah itu hanya 42 MP terdiri daripada gabungan UMNO/BN, sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam PN, antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa sokongan MP Bebas lain.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata PRU bukan suatu perkara kecil, apa lagi untuk membubarkan sebuah kerajaan yang sedang memerintah dengan mandat daripada hampir seluruh anggota Dewan Rakyat.

“Kebetulan pula PM mewakili parti minoriti (42/116 dalam Parlimen dianggotai 222 ahli) dalam gabungan pelbagai parti,” katanya menjelaskan PRU tidak boleh diadakan hanya untuk mengikut jerit pekik sekumpulan kecil yang sedang dalam euphoria kemenangan PRN.

Menurutnya apa yang lebih penting ialah tarikh pembubaran Parlimen itu mesti menjadi rahsia besar parti memerintah dan hak budi bicara PM.

“Lebih penting lagi, tarikh pembubaran mesti menjadi rahsia besar parti memerintah. Tidak pernah tarikh pilihan raya dan pembubaran kerajaan nak ditentukan melalui desakan terancang dan terbuka. Ia umpama memasang jerat di kepala sendiri. Ia harus kekal rahsia dan sebagai hak budi bicara PM.

“Pucuk pimpinan tertinggi parti harus berbincang dengan teliti, dan boleh memberi pandangan kepada Perdana Menteri,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/pru-15-wajar-disegerakan-tapi-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 287 hits
Sama ada PRU15 akan diadakan lebih awal atau dilangsungkan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen pada Jun 2023 segala galanya terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menentukannya Walau dilaporkan akan ada desakan berterusan t...
Mat Hasan Ulangi Gesaan Pru Perlu Disegerakan Selepas Prn Johor

Mat Hasan Ulangi Gesaan Pru Perlu Disegerakan Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com6 3 2022Ahli Parlimen Pasir Salak membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang juga ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Rakyat hari ini 2 Mac 2022 Pilihan Raya Umum perlu diadakan dengan segera kata Datuk Seri Moham...
Annuar Musa Gesa Adakan Pru 15 Jika Bn Sudah Sedia

Annuar Musa Gesa Adakan Pru 15 Jika Bn Sudah Sedia

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional perlu benar benar sudah bersedia selain mendapat sokongan majoriti rakyat untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan Menteri Komu...
Desakan Disegerakan Pru 15 Umno Begitu Pasti Mampu Menang

Desakan Disegerakan Pru 15 Umno Begitu Pasti Mampu Menang

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 240 hits
SHAHBUDIN HUSINBerdasarkan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno bagi sayap Wanita Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan malam semalam sebagaimana dijangka adalah jelas bahawa desakan disegerakan PRU 15 akan menjadi agend...
Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 306 hits
Apa function aku datang tapi tak dapat apa Pengundi luar bengang parti politik mungkir janji nak bagi duitVideo Viral di TwitterPilihan Raya Negeri Johor baru saja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan...
Dulu Tak Setuju Luahkan Kekecewaan Bila Ibu Pilih Duit Tapi Sekarang Abang Tangmo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan

Dulu Tak Setuju Luahkan Kekecewaan Bila Ibu Pilih Duit Tapi Sekarang Abang Tangmo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 297 hits
Melihat perkembangan siasatan serta penemuan bukti baru di Sungai Chao Phraya oleh pasukan penyelam nampaknya kebenaran tentang kehilangan Mo dipercayai semakin menghampiri penghujung Terdahulu Panida Siriyudthayothin iaitu ibu kepada mendi...
Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Tun Dr Mahathir Pertikai Tindakan Kerajaan Beri Hadiah Rm70 Juta Kepada Bekas Pm Ke 5

Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Tun Dr Mahathir Pertikai Tindakan Kerajaan Beri Hadiah Rm70 Juta Kepada Bekas Pm Ke 5

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 779 hits
Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin 7 Mac 2022 Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memberi hadiah bernilai RM70 juta kepada bekas perdana menteri kelima Tun Abdullah...
Ph Wajar Pertimbangkan Kerjasama Dengan Pejuang Untuk Lawan Bn Pada Pru 15 Nanti

Ph Wajar Pertimbangkan Kerjasama Dengan Pejuang Untuk Lawan Bn Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 195 hits
SHAH ALAM Pakatan Harapan wajar mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air dalam usaha melawan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kenyataan Pe...
Pau 2021 Dakwaan Umno Dalam Kerajaan Tidak Memuaskan Itu Heavy Annuar Musa

Pau 2021 Dakwaan Umno Dalam Kerajaan Tidak Memuaskan Itu Heavy Annuar Musa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Tidak pernah sekalipun ketetapan Pilihan Raya Umum Ke 15 dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO Malah Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa turut menyifatkan isi kandungan ucapan disampaikan Timbalan Presiden UMNO Datuk ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej

Pengharaman Vape Kekal Memorandum Jemaah Menteri Dibentang Awal Tahun

Joannes Johnny Aman Sebulan Sarak Setaun Nyabak Chord