Pru 15 Bersih Cadang Mudahkan Pendaftaran Undi Pos




 
Pengalaman kesukaran pengundi yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru baru ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperbaiki sistem pendaftaran pengundian secara pos.





Sehubungan itu, pertubuhan pemantau pilihan raya BERSIH menyarakan agar SPR memperbaiki sistem pendaftaran agar tidak berulang peristiwa PRN Johor, yang mana hanya 7,814 pengundi daripada 200,000 anak Johor yang tinggal di luar negara, atau 4% daripada mereka mengundi secara pos.





Menurut pertubuhan itu, pemprosesan dan pengurusan undi pos oleh SPR kini yang terlalu bergantung kepada proses manual dan mempunyai keupayaan terhad, serta membawa kepada kesalahan manusia menjadi punca kegagalan SPR melaksanakan tugasnya.





"Kami menganggarkan proses yang sedia ada, SPR tidak dapat menguruskan permohonan undi pos lebih daripada 10,000 tanpa berhadapan dengan tunggakan dan penangguhan yang serius.





"Perkara ini akan mencerut pengurusan dan boleh menafikan ratusan ribu pengundi yang berpotensi. Seluruh proses ini perlu dirombak sebelum PRU 15," kata BERSIH dalam kenyataan mereka.





Justeru, BESIH mencadangkan agar SPR menghapuskan keperluan untuk mencetak kertas undi, Borang 2 dan sampul dengan membenarkan pengundi pos yang telah lulus untuk memuat turun dokumen versi PDF daripada akaun MySPR mereka dari atas talian.





"Ini akan menjimatkan 5 hingga 14 hari untuk mencetak, memasukkan sampul dan masa untuk penghantaran.





"Ini juga akan menjimatkan kos yang diperlukan untuk menggaji pekerja untuk melakukan tugas secara manual, kos material dan menghapuskan kesalahan pengurusan manusia seperti memasukkan kertas undi ke sampul yang salah atau menulis nombor siri yang silap pada Borang 2.





"Untuk memperkukuhkan pengenalan, salinan pasport dan MyKad perlu dilampirkan dengan amaran denda dinyatakan dengan jelas kepada mereka yang ingin melakukan penipuan dan penyamaran atau membuat salinan kertas undi," kata mereka.





Di samping itu, BERSIH juga menyarankan agar beberapa isu lain diperbaiki demi mewujudkan pilihan raya yang lebih demokratik dengan penyertaan pengundi sekitar 70% daripada jumlah pengundi berdaftar.





"Tempoh permohonan menjadi pengundi pos luar negara perlu dipanjangkan sebaik sahaja Dewan dibubarkan dan ditutup sejurus sebelum Hari Penamaan.





"Tempoh kempen minimum 21 hari untuk memberikan masa yang mencukupi bagi kertas undi dikembalikan sebelum Hari Pengundian.





"Semua arahan, sama ada atas talian atau luar talian (offline), perlu dwibahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.





"Saksi yang menandatangan Borang 2 tidak semestinya rakyat Malaysia, memandangkan ada situasi di mana pengundi tersebut mungkin satu-satunya rakyat Malaysia di bandar atau kawasan tersebut," kata mereka lagi.





Tambah BERSIH, pembaharuan prosedur tersebut dalam ruang lingkup SPR dan tidak memerlukan pindaan undang-undang yang besar terhadap undang-undang sedia ada serta sempat dilaksanakan sebelum PRU akan datang.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/pru-15-bersih-cadang-mudahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Bantuan Pendaftaran Ke Ipt 2022 Daripada Yayasan Pelajaran Johor

Skim Bantuan Pendaftaran Ke Ipt 2022 Daripada Yayasan Pelajaran Johor

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 249 hits
Berita baik kepada semua anak Johor apabila Yayasan Pelajaran Johor kini telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 bermula 2 April hingga 16 April 2022 Skim SBP ini merupakan Agenda 12 Johor Berkebajikan yang mempun...
Ismail Harap Pembangkang Sokong Undi Perlembagaan

Ismail Harap Pembangkang Sokong Undi Perlembagaan

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 139 hits
Ismail harap pembangkang sokong undi perlembagaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ahli parlimen kerajaan menyokong pindaan perlembagaan esok untuk membolehkan undang undang antilompat parti digubal pada masa hadapan Dalam masa y...
Peralihan Undi Cina Kepada Bn Banyak Dari Kawasan Luar Bandar Kata Penganalisis

Peralihan Undi Cina Kepada Bn Banyak Dari Kawasan Luar Bandar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 187 hits
Sentimen pengundi berubah dari semasa ke semasa justeru ramalan serius mengenai kecenderungan mereka hanya dapat dibuat apabila tarikh pilihan raya ditetapkan kata James Chin GEORGE TOWN Peralihan undi Cina ke arah Barisan Nasional yang dil...
Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 209 hits
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Che Sukri Che Mat berkata notis terhadap perokok itu itu bukan untuk kompaun atau denda sebaliknya satu cara berhemah bagi mengekang perbuatan menjurus kepada ponteng puasa PETALING JAYA Jabatan Agama Isl...
Najib Cadang Semula Gst Kos Haji Meningkat

Najib Cadang Semula Gst Kos Haji Meningkat

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 187 hits
Samada laksana semula atau tidak GST BAGI PEMEGANG EMAS kami dan mereka santai sahaja Bagi yang tiada langsung simpanan atau pelaburan emas anda akan berhadapan kesukaran ekonomi berlipat ganda Kalau sekarang pun sukar ia akan menyukarkan l...
Pakaian Ada Tahi Lalat Jangan Buang Cuba 5 Tips Berkesan Ini Pakaian Kembali Bersih

Pakaian Ada Tahi Lalat Jangan Buang Cuba 5 Tips Berkesan Ini Pakaian Kembali Bersih

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 218 hits
Apabila baju kesayangan atau fabrik milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya pasti kita akan berasa amat kecewa Dah sental banyak kali pun tak keluar juga Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor se...
Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang Wujud Akta Penggal Tetap

Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang Wujud Akta Penggal Tetap

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 170 hits
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mahu kerajaan mewujudkan akta penggal tetap bagi menelak ugutan mempercepatkan pilihan raya KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen pembangkang menyarankan supaya akta penggal tetap diwujudkan bagi memastika...
Jika Undi Atas Pagar Kembali Ph Menang

Jika Undi Atas Pagar Kembali Ph Menang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 124 hits
jika undi Atas Pagar kembali PH menangPosted By on April 04 2022Kelemahan dan kekalahan Pakatan Harapan terutama di kawasan Melayu dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri kebelakangan ini dirumuskan kepada hilangnya sokongan pengundi Atas Pagar ya...
Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

Undi 18 Dan Politik Anak Muda Tak Ambil Pot

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 178 hits
Tajuk artikel ini hakikat yang rasanya ramai sudah tahu Anak muda tak minat tak kisah tak peduli soal dan hal politik Oleh itu Undi 18 tidak dimanfaatkan Undi 18 yang pertama kalinya dilaksanakan pada PRN Johor tempoh hari tidak memberi kes...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu

Senarai Rawatan Hoarding Disorder Atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang Dalam Rumah