Pakaian Ada Tahi Lalat Jangan Buang Cuba 5 Tips Berkesan Ini Pakaian Kembali Bersih





Apabila baju kesayangan atau fabrik milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa. Dah sental banyak kali pun tak keluar juga Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor sebab ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya. Ini caranya. 


1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi. Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan. Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.


2. BAKING SODA 
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat. Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa. Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu! 


3. JUS LEMON DAN GARAM 
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes. Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa. 


4. PELUNTUR 
Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya! Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal. Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk. 


5. VANISH 
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna. Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.


JEMURKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI 
Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif. Untuk mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kotoran lebih senang ditanggalkan. Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!


Kredit : Pesan Bonda
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/03/pakaian-ada-tahi-lalat-jangan-buang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lobak Merah Dah Lembik Dalam Peti Ais Jangan Buang Cuba Langkah Ni Berkesan

Lobak Merah Dah Lembik Dalam Peti Ais Jangan Buang Cuba Langkah Ni Berkesan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 197 hits
Selain sayuran hijau lain lobak merah atau carrot antara sayur yang paling mudah terkesan lembik jika lambat dimasak Jangan dibuang terus sebaik lobak merah ini menjadi lembik dan kehitaman sebaiknya cuba tip dan petua mudah ini Tip dan per...
Tak Perlu Sental Begini Cara Cuci Kain Lap Kotor Kembali Bersih Cantik Memang Macam Baru

Tak Perlu Sental Begini Cara Cuci Kain Lap Kotor Kembali Bersih Cantik Memang Macam Baru

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 176 hits
Selain tisu kain pengelap kotor antara kelengkapan yang cukup penting ketika di dapur Tanpanya mood memasak boleh jadi suram Begitu juga dengan kesan tumpahan makanan anak kain pengelap tetap jadi pilihan Pun begitu adakalanya kain lap yang...
Hiburan Kena Buang Sesuka Hati Bos Tak Mampu Bayar Gaji Minimum Peguam Ini Beri Tips Report Ke Jpp

Hiburan Kena Buang Sesuka Hati Bos Tak Mampu Bayar Gaji Minimum Peguam Ini Beri Tips Report Ke Jpp

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 277 hits
Susulan daripada keputusan kerajaan meluluskan perlaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1 500 sebulan bermula 1 Mei ini ianya telah menimbulkan perdebatan dan juga pendapat yang berbeza dalam kalangan netizen Dalam pengumuman itu Perdana Me...
5 Tips Membersihkan Botol Kaca Noda Hilang Botol Bersih Bersinar

5 Tips Membersihkan Botol Kaca Noda Hilang Botol Bersih Bersinar

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 145 hits
Percuma kalau yang kinclong cuma luarnya doang padahal dalamnya masih banyak kotoran
Jangan Buang Masa Dengan Rundingan Jika Nak Kuatkan Pembangkang

Jangan Buang Masa Dengan Rundingan Jika Nak Kuatkan Pembangkang

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 145 hits
NS RamliUsaha menguatkan gabungan pembangkang tidak akan berhasil menerusi rundingan yang tidak berkesudahan kata Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir Akmal sebaliknya berkata pembangkang boleh kembali kuat dengan membawa isu isu yang dekat dengan ...
Tips Keamanan Buat Cewek Yang Tinggal Sendiri Harus Tetap Terlindungi

Tips Keamanan Buat Cewek Yang Tinggal Sendiri Harus Tetap Terlindungi

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 164 hits
Cewek yang tinggal sendiri biasanya jadi mangsa yang mudah sehingga risikonya lebih tinggi untuk dirampok
Tips Ketika Anda Positif Covid19 Ini Petuanya

Tips Ketika Anda Positif Covid19 Ini Petuanya

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 171 hits
Tips Ketika Anda Positif Covid19 Ini Petuanya Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas