Jika Undi Atas Pagar Kembali Ph Menang


 
jika undi Atas Pagar kembali, PH menangPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: April 04 , 2022 ShareKelemahan dan kekalahan Pakatan Harapan (PH) terutama di kawasan Melayu dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri (PRN) kebelakangan ini dirumuskan kepada hilangnya sokongan pengundi Atas Pagar yang enggan keluar mengundi.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, sekiranya PH berjaya mengembalikan sokongan pengundi Atas Pagar maka strategi untuk menentukan pemenang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan menjadi lebih mudah.
“Dari PRN lepas nampak seperti pengundi Atas Pagar terutama Melayu, yang mana pengundi ini pada 2018 mengundi PH, tidak ada tanda tanda mereka beralih kepada BN, kerana undi BN tidak meningkat. Dalam semua PRN undi BN kekal 40%. Hampir sama dengan 2018.
“Cuma dalam PN, lepas Bersatu bergabung dengan Pas, walaupun jumlah pengundi tegar mereka kecil tetapi atas kelemahan PH rentetan perebutan politik, saya nampak ada peralihan pengundi Atas Pagar ke arah PN. Jadi ini mewujudkan 3 gabungan yang dikatakan sama kuat. Dalam keadaan ini, kalau PH tidak berhati hati persaingan itu ada kemungkinan di kawasan pengundi Melayu tinggi, perebutan itu hanya terjadi antara BN dan PN.
“Itu menyebabkan PH di tempat ketiga. Kalau PH ketiga dalam dinamik politik di UK, Australia atau di mana mana, parti ketiga itu kurang mendapat tempat kerana pengundi Atas Pagar yang tentukan menang, bukan penyokong tegar,” katanya.
Justeru, Rafizi mengimbau sokongan lumayan yang dinikmati PH dalam PRU 2018 lalu berikutan ketekadan pengundi Atas Pagar yang mahu membuat perubahan.
Katanya, beliau paling banyak berkempen kepada segmen pengundi sedemikian dan mendapati arus Atas Pagar itu membawa perubahan yang real di atas kertas undi.
“Dulu saya yang banyak menjalankan kempen kepada pengundi pengundi begini. Saya kurang berminat soal dalaman parti. Kempen saya ialah dengan rakyat dan pengundi Atas Pagar. Itu peranan dan ruang yang boleh saya ambil sekarang.
“Kita kembali dekati pengundi Atas Pagar, bawa isu mereka supaya imbangan itu boleh diperbetulkan semula.
“Bagi saya negara perlu ada persaingan alternatif politik kepada rakyat. Kalau sau pihak seperti Umno gunakan politik perkauman yang telah dijalankan Umno selama ini, alternatif mestilah politik idea dan perubahan sistem.
“Masalah kita sekarang kerana politik yang dibangunkan Umno selama 60 tahun, dan kita sampai ke peringkat teruk dan kronik kalau sistem itu tidak diubah,” katanya.
Bagi mantan Ahli Parlimen Pandan itu, pendekatan yang digunakan PH dalam mendekati Atas Pagar sejak 2 tahun lalu didapati tidak tepat sehingga tidak menarik minat golongan berkenaan.
Katanya, harus ada pendekatan menyerang Umno dan polisi kerajaan secara mendasar dan serangan itu akan menarik perhatian Atas Pagar kerana mereka boleh membuat perbandingan apa yang mereka akan dapat dalam proses politik dan pilihan raya.
“Seperti biasa dalam KEADILAN lebih kepada strategi untuk membawa parti ke hadapan. Dalam KEADILAN ada dua pemikiran selepas kalah 3 PRN.
“Di satu pihak seperti saya, Nurul Izzah, pimpinan yang lebih muda, kita lebih tertumpu kepada bagaimana mendekati pengundi dan rakyat di luar. Pandangan kami ialah untuk melonjakkan KEADILAN dan membantu PH dalam PRU akan datang, kita kena kembali kepada asas yang meletakkan KEADILAN dekat dengan rakyat.
“Maksudnya kita sentiasa mengambil berat dan peka kepada isu yang menjadi isu harian rkayat. Kita kena membentangkan idea yang radikal.
“Mungkin lawan kami seperti Umno tak suka kerana idea radikal ini menyebabkan mereka kena jawab balik. Tetapi itulah yang membantu meletakkan politik negara, ada percambahan idea.
“Pengundi Atas Pagar suka perkara ini kerana mereka kenal siapa yang boleh membantu hidup mereka,” katanya.
Rafizi percaya dengan kepimpinan yang cekap dan berpengetahuan, hal itu lebih penting daripada berkerjasama dengan sesiapa sahaja demi mendapatkan kuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jika-undi-atas-pagar-kembali-ph-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 188 hits
Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak saya dan sahabat sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 Ke...
Pedagang Di Banyuwangi Minta Pasar Ramadan Kembali Digelar Tahun Ini

Pedagang Di Banyuwangi Minta Pasar Ramadan Kembali Digelar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 193 hits
Menanggapi permintaan pedagang Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani mengaku masih melakukan evaluasi adanya pasar Ramadan Hingga kini Pemkab belum memutuskan kegiatan tersebut bisa digelar atau tidak
Rafizi Kembali Cetus Semangat Juang Ahli

Rafizi Kembali Cetus Semangat Juang Ahli

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 159 hits
MUAMMAR GHADAFI MOHD NASIR Comeback atau kembalinya Sdr Rafizi Ramli ke pentas politik ternyata menyuntik semangat baharu terutama kepada pendokong parti KEADILAN setelah nasib buruk menimpa parti terbabit dan Pakatan Harapan dalam beberapa...
Raffa Affar Ceritakan Kembali Chord

Raffa Affar Ceritakan Kembali Chord

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 192 hits
G Em Am D CBm Em Am D Gteringat saat dulu aku Cberusaha setengah mati mendapatkanmu Am Dmasih tersimpan di fikiranku Gkala hati yang berbunga menghantam Ckeras ke relung hati yang terdalam Am D bisikan mautmu menuntun Gkedalam hatimu Am wal...
Sri Mulyani Waspadai Dampak Perang Rusia Ukraina Dan Covid 19 Yang Kembali Menyebar

Sri Mulyani Waspadai Dampak Perang Rusia Ukraina Dan Covid 19 Yang Kembali Menyebar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 165 hits
Kenaikan harga komoditas ini juga perlu diwaspadai dampaknya ke Tanah Air Apalagi dari sisi kebijakan global The Fed mulai melakukan tapering
Kendari Kembali Diguncang Gempa Warga Panik Dan Berhamburan

Kendari Kembali Diguncang Gempa Warga Panik Dan Berhamburan

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 123 hits
Kota Kendari Sulawesi Tenggara kembali diguncang gempa yang getarannya terasa sangat keras Warga panik dan berhamburan keluar gedung Sabtu malam
Ingatkan Bertambah Baik Tetapi Kembali Nya Melingkup

Ingatkan Bertambah Baik Tetapi Kembali Nya Melingkup

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 206 hits
Tidak ukur baju di badan sendiri lupa nak cermin diri akhirnya Rafizi akan kembali ke politik untuk melingkupkan lagi Pembangkang Semasa Pembangkang kekurangan undi Melayu 5 10 di PRU14 Mahathir menjadi faktor membantu khususnya undi Melayu...
Taman Hutan Eko Kanching Rawang Kembali Beroperasi 26 Mac 2022

Taman Hutan Eko Kanching Rawang Kembali Beroperasi 26 Mac 2022

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 211 hits
Taman Hutan Eko Kanching Rawang akan kembali beroperasi 26 Mac 2022 Taman Hutan ini terletak di Rawang dan kira kira 21 km dari Kuala Lumpur Jika anda mencari beberapa jam daripada rutin biasa anda singgahlah ke hutan hujan tropika ini dan ...
Setahun Yang Memeritkan Terpisah Dek Keluarga Kembar Viral Bersatu Kembali

Setahun Yang Memeritkan Terpisah Dek Keluarga Kembar Viral Bersatu Kembali

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 199 hits
Tidak dinafikan jika dinamakan adik beradik berg4duh atau menjauh berapa lama sekalipun mesti akan bertemu jua kembali kerana bak kata pepatah air yang dicincing tidak akan putus Begitulah jua hubungan adik beradik yang takkan terputus wala...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina