Pru 15 Bersatu Umno Dan Pas Mampu Menang Selesa Jika Bergabung


utusantv.com
Oleh UtusanTV
-September 3, 2021

Oleh MUHAMMAD ADI PUTERA

DALAM kalangan pengamal politik, ramai yang menggesa dan menuntut agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Majoriti rakyat pula penuh resah, muak dan meluat dengan kemelut politik yang tiada berkesudahan. Mereka masih tertekan dan terkesan dalam meneruskan kelangsungan hidup akibat Covid-19.

Adakah Malaysia sudah bersedia terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan PRU-15? Bagaimana pula dengan pelaksanaan Undi 18?

Menurut kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, undi 18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Setakat bulan Mac 2021, warganegara berusia 18 hingga 20 tahun adalah seramai 1.2 juta namun individu berusia 21 tahun ke atas tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih sekitar 4.4 juta.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya Malaysia undi 18 bakal direalisasikan pada PRU-15 berpandukan Perkara 55 (3) Perlembagaan.

Untuk rekod, pada 16 Julai lalu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dengan mendapat lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan.

Pada 25 Julai lalu pula, Rang Undang-Undang ini telah diluluskan di Dewan Negara dengan turut memperoleh majoriti dua pertiga.

Menerusi lensa berasaskan analisis awal, tiada satu parti pun yang berpotensi untuk memenangi secara solo dan membentuk kerajaan dalam PRU-15 nanti. Solidariti terkuat adalah gabungan parti Bersatu, Barisan Nasional-UMNO dan Pas di Semenanjung dengan ‘political marriage of convenient’ bersama GPS serta GRS.

Rekod PRU-14 mempamerkan bahawa terdapat 28 kerusi Parlimen di mana perolehan campuran undi UMNO dan Pas melebihi undi yang dimenangi oleh calon PH.

Terdapat 165 kerusi Parlimen di Semenanjung dengan 120 kerusi Parlimen adalah kawasan majoriti Melayu. Sekiranya gabungan tersebut dapat direalisasikan, adalah diyakini gabungan ini berpeluang memenangi PRU-15 dengan selesa sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.

Teras gabungan tersebut juga dilihat amat dibimbangi dan digeruni serta menjadi mimpi ngeri kepada PH dalam saingan merebut kerusi Parlimen kelak.

Meninjau gabungan PH pula, magnitude tertinggi kekuatan DAP adalah sekitar 40 ke 45 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung yang merupakan kawasan majoriti bukan Melayu. PKR dan Amanah pula tidak ada banyak pilihan melainkan bertanding di kerusi Parlimen majoriti Melayu menentang UMNO, Bersat atau Pas.

Kekuatan gabungan PH hanya ada pada DAP dan PKR manakala Amanah, pencapaian dijangka akan merosot berbanding PRU-14. Calon daripada Pejuang, Muda, PUTRA, Bebas dan lain-lain parti yang kurang dominan bakal menghadapi laluan steep uphill task pada PRU-15 malah ramai yang akan hilang wang pertaruhan.

Dari sudut yang lain, senario PRU-15 nanti akan dipenuhi dengan lambakan maklumat meliputi propaganda putih, kelabu dan hitam tidak terkecuali pembohongan melampau serta fitnah sebagai content perang persepsi dalam medan war of ideas dalam usaha meraih sokongan undi melalui pelbagai media terutamanya media sosial.

Secara lazimnya, budaya politik dalam kalangan pemilih berdaftar tergolong dalam tiga kategori meliputi politik parokial (masyarakat yang tidak ambil tahu tentang politik dan mereka lebih mengutamakan urusan peribadi dan keluarga), politik subjek (mereka yang menerima output daripada sebelah pihak tanpa mempersoalkan apa, bagaimana dan mengapa – Ketaksuban) dan politik patisipan (masyarakat yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi – masyarakat sivil).

PRU-15 pasti akan diadakan dalam suasana norma baharu dan setelah negara mencapai imuniti kelompok.

Dalam hal ini, SPR boleh merangka SOP untuk melanjutkan tempoh mengundi melebihi tempoh biasa yang diamalkan demi keselamatan para calon yang bertanding dan pengundi.

Justeru, untuk sementara waktu, marilah kita memberi fokus kepada usaha membantu kerajaan memerangi penularan pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara. Lupakan sebentar isu-isu politik dan semangat kepartian kerana negara kini memerlukan semangat kenegaraan demi keselamatan negara dan rakyat.
Penulis adalah penganalisis keselamatan dan sosial

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/pru-15-bersatu-umno-dan-pas-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Hilang Kerusi Pru 15 Semua Diambil Umno

Bersatu Hilang Kerusi Pru 15 Semua Diambil Umno

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 324 hits
Parti Bersatu mungkin masih kelihatan gah selepas dikhianati Umno sehingga tergulingnya Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin baru baru ini PM baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memberi muka kepada beberapa pemimpin daripada part...
Gabungan Tiga Parti Pas Umno Dan Bersatu Berterusan Hingga Pilihan Raya Umum Ke 15

Gabungan Tiga Parti Pas Umno Dan Bersatu Berterusan Hingga Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 238 hits
KUALA TERENGGANU Gabungan tiga parti iaitu PAS UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan terus kekal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hubungan UMNO dan PAS dalam Muafak...
Pru 15 Indera Mahkota Kerusi Panas Yang Menjadi Perebutan Umno Bersatu Di Pahang

Pru 15 Indera Mahkota Kerusi Panas Yang Menjadi Perebutan Umno Bersatu Di Pahang

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 298 hits
KUANTAN Antara kerusi panas yang akan menjadi perebutan pada pilihan raya umum ke 15 nanti di Pahang ialah Parlimen Indera Mahkota Ini berikutan terdapat desas desus masih lagi berlaku pertikaian dan perebutan kerusi tersebut antara parti d...
Bersatu Menang Umno G15 Tewas

Bersatu Menang Umno G15 Tewas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 183 hits
Menggunakan Menteri yang sama untuk perubahan KABINET MAIL UNTUK PEMILIHAN PAU Sungguh mengejutkan apabila lantikan Menteri oleh PM Mail ibarat tayar celup atau sampah kitar semula Pengumuman ini bukan mengejutkan PH tetapi mengejutkan team...
Kerusi Umno Menang Umno Punya Pas Menang Pas Punya

Kerusi Umno Menang Umno Punya Pas Menang Pas Punya

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 256 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 Sep 2021 6 10 pmPersefahaman antara UMNO dan PAS mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke 15 sudah mencapai 70 peratus menerusi beberapa mesyuarat Muafakat Nasional yang diadakan sebelum ini Timbal...
Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 244 hits
August 20 2021 PARTI Islam Se Malaysia menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Bil...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid