Kerusi Umno Menang Umno Punya Pas Menang Pas Punya


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan 3 Sep 2021, 6:10 pm

Persefahaman antara UMNO dan PAS mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah mencapai 70 peratus menerusi beberapa mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang diadakan sebelum ini

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi persefahaman itu, mana-mana parti memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan kekal bertanding di kawasan berkenaan pada PRU15.

“Memang setiap kali bermesyuarat, kita bincang berkenaan persiapan menghadapi PRU15, di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi. UMNO dan PAS mesyuarat banyak kali, persefahaman hampir 70 peratus dicapai, seperti saya katakan kerusi yang kita menang, kita punya, kerusi PAS menang, adalah PAS punya.

“Formula masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula dipersetujui, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Udangan Negeri Ke-14 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata mesyuarat MN seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu Mohamad berkata tiada sebarang isu berbangkit berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai barisan Kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Beliau berkata tanggungjawab sebagai menteri dalam situasi negara berdepan dengan pandemik COVID-19 bukan satu tugas mudah dan beliau akan terus menyokong kerajaan semasa ini.

“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas, keutamaan sekarang adalah terus berkerja dalam menangani krisis pandemik COVID-19, ekonomi, tiada masa untuk berlengah lagi.

“Saya harap menteri-menteri yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Banyak hikmah tiada dalam kabinet ini, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis ini. Saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/kerusi-umno-menang-umno-punya-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Bersatu Umno Dan Pas Mampu Menang Selesa Jika Bergabung

Pru 15 Bersatu Umno Dan Pas Mampu Menang Selesa Jika Bergabung

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 305 hits
utusantv comOleh September 3 2021Oleh MUHAMMAD ADI PUTERADALAM kalangan pengamal politik ramai yang menggesa dan menuntut agar Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan segera Majoriti rakyat pula penuh resah muak dan meluat dengan kemelut politik y...
Umno King Maker Rupanya Bukan Pas Kata Aktivis Pas Kelantan

Umno King Maker Rupanya Bukan Pas Kata Aktivis Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 198 hits
MALAYSIA DATELINEVeteran dan aktivis Pas di peringkat pertengahan mengaku kini bahawa king maker sebenarnya adalah Umno bukan Pas Abdul Fatah Harun Yang Dipertua Pas Rantau Panjang berkata sebelum ini beliau ingat Pas adalah king maker Umno...
Umno Beri Tekanan Pas Beri Kepercayaan Penuh Kepada Ismail Sabri

Umno Beri Tekanan Pas Beri Kepercayaan Penuh Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 244 hits
By August 28 2021KETIKA UMNO membuat pelbagai tuntutan dan desakan kepada kerajaan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Pas hari ini memilih nada yang lebih lunak apabila menegaskan memberikan sepenuh kepercayaan kepada Perd...
Kah Kah Anak Orang Kaya Raya Mana Tahu Kesusahan Rakyat Letak Lah 122 Kerusi Kita Lihat Berapa Kerusi Boleh Menang

Kah Kah Anak Orang Kaya Raya Mana Tahu Kesusahan Rakyat Letak Lah 122 Kerusi Kita Lihat Berapa Kerusi Boleh Menang

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 230 hits
Panas Mukhriz dicadang ganti Anwar sebagai ketua pembangkangAugust 25 2021 Tok bos for ketua pembangkang Di dalam Parlimen skrg terdapat 3 blok iaitu Kerajaan PH dan Bebas Seperti yang kita sedia maklum jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen...
Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 211 hits
August 20 2021 PARTI Islam Se Malaysia menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Bil...
Umno Nak Cari Penyakit Gabung Dengan Pas Pakatan Rakyat Dah Kena Kencing Di Beberapa Dun Umno Nak Kena Buat Lah

Umno Nak Cari Penyakit Gabung Dengan Pas Pakatan Rakyat Dah Kena Kencing Di Beberapa Dun Umno Nak Kena Buat Lah

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 199 hits
Pembahagian kerusi Pas Umno Mohd Amar tempelak Tok MatSeptember 10 2021 Pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke 15 melibatkan UMNO dan Pas dalam kerjasama Muafakat Nasional masih belum dimuktamadkan walaupun secara dasarnya sudah mencapai t...
Bersatu Menang Umno G15 Tewas

Bersatu Menang Umno G15 Tewas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 143 hits
Menggunakan Menteri yang sama untuk perubahan KABINET MAIL UNTUK PEMILIHAN PAU Sungguh mengejutkan apabila lantikan Menteri oleh PM Mail ibarat tayar celup atau sampah kitar semula Pengumuman ini bukan mengejutkan PH tetapi mengejutkan team...
Rentasan 957 Panas Kini Umno Pertahan Takhta Yang Diduduki Pas

Rentasan 957 Panas Kini Umno Pertahan Takhta Yang Diduduki Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 154 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 957 1 INIKAH PAKAR DALAM KERAJAAN 2 PENGKHIANAT SAMBUNG PENGKHIANATAN 3 SEJAUH MANAKAH KELUARGA MALAYSIA MAMPU PERFORM 4 TUGAS BESAR MENTERI PAS
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11