Proses Rayuan Selesai Najib Berharap Keadilan Akan Timbul


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 18 May 2021, 4:00 pm
Dikemaskini 5:06 pm
Selepas pasukan pembelaan selesai memberikan hujahan mereka untuk merayu sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atasnya, Najib Razak hari ini berharap agar keadilan dapat ditegakkan

Bercakap kepada media selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di Putrajaya itu berakhir bekas perdana menteri terbabit juga yakin dia diberikan peluang untuk membersihkan namanya.

"Saya mendoakan keadilan akan timbul dan saya dapat peluang untuk membersihkan nama saya.

"Sudah tentu tempoh sekarang ini amat menguji kepada saya dan keluarga saya, dan saya berdoa ke hadrat Ilahi, insya-Allah apa yang kita harapkan akan jadi kenyataan," katanya.

Terdahulu pasukan pembelaan Najib yang diketuai peguam Muhammad Shafee Abdullah selesai mengemukakan penghujahan di depan tiga hakim diketuai hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil.

Dua hakim lain yang bersidang bersama ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Najib sebelum ini disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dilanjutkan dua kali

Perbicaraan rayuan itu berlangsung selama 15 hari dah hakim akan menetapkan keputusan berhubung kes itu pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

"Ini antara rayuan yang memakan waktu lama jika dibandingkan dengan rayuan lain.

"Oleh kerana rayuan ini melibatkan isu penting, kami memerlukan waktu untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai rayuan tersebut.

"Kami akan memberitahu pihak-pihak terlibat mengenai tarikh keputusan sehingga kami bersedia dengan keputusan mengenai rayuan ini," kata Abdul Karim.

Selain merupakan bekas perdana menteri, perayu juga pernah menjadi menteri kewangan, penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Sebelum dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), SRC adalah anak syarikat dana 1MDB yang bermasalah.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman ke atas Najib atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan CBT dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.

Hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Mahkamah tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan hukuman, sementara menunggu rayuannya dibatalkan.

Mahkamah Rayuan pada mulanya menetapkan 12 hari dari 5 hingga 22 April untuk mendengar penghujahan dari pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan Najib.

Bagaimanapun, perbicaraan dibenarkan untuk dilanjutkan sebanyak dua kali: kali pertama dengan dua hari tambahan pada 27 dan 28 April; dan kali kedua melalui tambahan satu hari pada 6 Mei.

Tarikh 6 Mei ditetapkan untuk pasukan pembelaan Najib membalas hujah pihak pendakwaan agar Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut.

Namun, disebabkan peguam bekas perdana menteri itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, tarikh perbicaraan pada 6 Mei ditangguhkan ke hari ini.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Rayuan hari ini, Shafee berhujah mengenai tuduhan penyalaharahan (misdirection) oleh Nazlan berhubung keputusan bersalah terhadap Najib.

Peguam bersama Harvinderjit Singh hari ini juga mengemukakan hujah berhubung tiga tuduhan CBT terhadap Najib.

Semasa perbicaraan rayuan, pasukan pembelaan berhujah antara lain, bahawa hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi yang berpengalaman yang patut mendengar kes SRC; bahawa keterangan oleh seorang bekas pengarah SRC tidak boleh dipercayai; dan bahawa perayu tidak pernah menjadi 'pengarah bayangan' SRC.

Namun, pihak pendakwaan membalas dengan hujah antara lain bahawa semasa perbicaraan Mahkamah Tinggi, Najib telah memberikan jawapan mengelak mengenai dana SRC yang dibekukan di Switzerland; bahawa keterangan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali tidak membantu pembelaan Najib dan bahawa pergantungan pihak pembelaan terhadap perbualan menerusi Blackberry BBM yang melibatkan Low Taek Jho atau Jho Low adalah sama seperti mereka 'menjaringkan gol sendiri'.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/proses-rayuan-selesai-najib-berharap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Situasi Covid 19 Sarawak Buruk Percepatkan Proses Vaksinasi Keadilan Sarawak

Situasi Covid 19 Sarawak Buruk Percepatkan Proses Vaksinasi Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 191 hits
KEADILAN Sarawak menyifatkan peningkatan kes positif dan kematian meningkat secara mendadak akibat Covid 19 di negeri itu jelas berada pada tahap membimbangkan Dalam kenyataan bersama peningkatan kes Covid yang mendadak itu menunjukkan pend...
Saman Rm97 Bilion Untuk Mufliskan Saya Najib

Saman Rm97 Bilion Untuk Mufliskan Saya Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 178 hits
CYBERJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tuntutan ganti rugi sebanyak RM97 bilion yang dikemukakan kerajaan terhadap beliau dan 21 individu lain bertujuan membuatkannya muflis Bekas Perdana Menteri itu berkata ini susulan cubaan meng...
Ibrahim Ali Mengaku Terima Cek Najib

Ibrahim Ali Mengaku Terima Cek Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 201 hits
Malaysiakini Ahli politik veteran Ibrahim Ali mengaku menerima cek daripada Najib Razak tetapi berkata dia tidak sedar ia mempunyai kaitan dengan wang 1MDB atau SRC International Saya mengaku telah menerima sekeping cek personal Datuk Seri ...
Macai No 1 Najib Ditahan Polis Lagi

Macai No 1 Najib Ditahan Polis Lagi

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 223 hits
Lokman Adam ditahan polis lagi May 12 2021 Lokman Adam berkata beliau ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam sekali la...
Najib Sedih Rindukan Makcik Kiah

Najib Sedih Rindukan Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 359 hits
Siapa rindu makcik kiah macam najib Makcik kiah sekarang kayo atau kuyup dah
Mco Must Be Strict And Short With Clear Goals Says Najib

Mco Must Be Strict And Short With Clear Goals Says Najib

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 288 hits
Former prime minister Najib Razak visiting a Ramadan bazaar last week PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak said the government needs to have clear objectives in implementing movement restrictions without bowing down to various bu...
Najib Bakal Muflis Hilang Kerusi Parlimen Pekan

Najib Bakal Muflis Hilang Kerusi Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 192 hits
FAZLI RADZIBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat hampir sahih akan muflis dan kerusi Pekan disandangnya bakal diisytiharkan kosong Kemungkinan tersebut wujud susulan tular notis kebankrapan Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap...
Tajuddin Tak Payah Kelentong Mengaku Sahaja Zahid Najib Cuba Runding Dengan Muhyiddin

Tajuddin Tak Payah Kelentong Mengaku Sahaja Zahid Najib Cuba Runding Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 331 hits
Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Sumber Fail TTF Kepimpinan UMNO hanya bersandiwara dan memang tidak ingin kerajaan tumbang dalam masa terdekat selagi Muhyiddin masih belum berunding dengan Datuk Seri Najib Tun Ra...
Tiada Pemimpin Pas Nafi Najib Biayai Muktamar Pas

Tiada Pemimpin Pas Nafi Najib Biayai Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 205 hits
MALAYSIA DATELINESehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang tampil ke hadapan menafikan perbelanjaan satu Muktamar Pas dibiayai oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau adalah perdana menteri Dakwaan itu dibuat oleh orang kanan ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku