Projek Kabel Google Fb Sisihkan Malaysia Pelaburan Selektif Berjaya



Kebijaksanaan polisi pelaburan selektif Malaysia menjadi kenyataan apabila syarikat Google dan Facebook secara ‘selektif’ meminggirkan Malaysia daripada projek kabel dasar laut terbaharu kedua-dua syarikat terbabit.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek membangunkan dua kabel dasar laut, iaitu Echo dan Bifrost bagi meningkatkan keupayaan capaian internet antara Singapura, Indonesia dan benua Amerika Utara itu amat penting bagi kemajuan Malaysia pada masa hadapan dan tidak wajar negara ini ditinggalkan.
“Malaysia sekali lagi disisihkan, dan mungkin inilah matlamat yang ingin dicapai pemerintah melalui strategi selektif untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan keupayaan digital kita.
“Kebijakan dan ‘strategi’ ini ternyata gagal, jika melihat bagaimana syarikat-syarikat gergasi digital mengelak dan menyisihkan Malaysia.
“Gejala wabak Covid-19 telah menyebabkan penurunan mutu capaian internet di Malaysia tatkala kadar penggunaannya terus melonjak naik di pelbagai sektor.
“Berita seperti ini ternyata sesuatu yang membimbangkan dan ia adalah kehilangan besar pada negara dan juga memberi kesan pada keupayaan kita mendukung pendigitalan pesat ekonomi,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tanpa projek besar menaiktaraf capaian data maka rakyat Malaysia akan membayar yuran internet yang tinggi dengan kadar kelajuan yang rendah.
Katanya, terdapat beberapa laporan menunjukkan bahawa kehilangan peluang besar seperti ini akan memberi kesan negatif pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekurang-kurangnya 6.9%.
“Sebab mengapa Malaysia tidak diikutsertakan dalam projek mega seperti ini menurut Malaysia Internet Exchange adalah kerana kebijakan kerajaan PN yang melarang kapal-kapal asing untuk melayani dan membaiki kabel dasar laut di Malaysia.
“Pada bulan November 2020 Menteri Pengangkutan sekarang telah membatalkan keputusan yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi pengecualian pada kapal-kapal asing untuk menjalankan kerja ini. Beberapa syarikat teknologi langsung menyatakan ketidaksetujuan dengan langkah itu.
“Langkah kerajaan PN ini telah mewujudkan monopoli maya di mana Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk meningkatkan capaian telekomunikasi secara besar-besaran yang kini sangat diperlukan untuk membangunkan ekonomi digital,” katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi PH itu tidak menolak keperluan Malaysia membangunkan keupayaan tempatan dalam insdustri telekomunikasi, terutamanya yang berkait dengan keselamatan negara.
Namun beliau menentang monopoli di mana ia akan menutup persaingan dan memberi kesan pada keupayaan negara dalam memacu transformasi digital.
“Kebijakan kerajaan terkait isu kabotaj memberi dampak yang amat negatif pada negara, dan meletakkan negara ini dalam keadaan yang lemah, termasuk aspek keselamatan negara.
“Dasar dan kebijakan pemerintah saat ini sangat tidak produktif lagi lemah, dan ia akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi serta kebersaingan negara.
“Pendekatan yang tidak ortodoks dalam membina capaian 5G (internet berkelajuan tinggi) berkemungkinan akan mengalami masalah yang sama dalam hal terkait pelaburan asing,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar mengulangi gesaan agar Parlimen dibuka secepat mungkin selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong bertarikh 24 Februari lalu, agar polisi-polisi negara dapat dibahas dan dikaji semula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31883

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabel Dasar Laut Strategi Selektif Kerajaan Punca Malaysia Disisihkan Anwar

Kabel Dasar Laut Strategi Selektif Kerajaan Punca Malaysia Disisihkan Anwar

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan strategi kerajaan yang selektif untuk menarik pelaburan asing sebagai satu kegagalan Ia selepas Facebook mengumumkan tentang perancangannya memasang dua kabel dasar laut ba...
Minister Fb Google Skipping Malaysia Not Related To Cabotage Policy

Minister Fb Google Skipping Malaysia Not Related To Cabotage Policy

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 393 hits
Transport Minister Wee Ka Siong said Facebook and Google s decision to skip Malaysia for their undersea internet cable had nothing to do with the PN government s cabotage policy on foreign ships repairing them This was in relation to the Ec...
Johari Kepala Otak Dia Pelaburan Boleh Selektif

Johari Kepala Otak Dia Pelaburan Boleh Selektif

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 241 hits
Bekas Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali bahawa negara bersikap lebih selektif dalam menarik pelaburan asing Ada seorang menteri ini lagi dahsyat jatuh s...
Malaysia Pilih Pelaburan Tetapi Kenapa Pelabur Sedia Ada Angkat Kaki

Malaysia Pilih Pelaburan Tetapi Kenapa Pelabur Sedia Ada Angkat Kaki

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 338 hits
Penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali terhadap kekurangan pelaburan langsung asing ke Malaysia pada 2020 dianggap tidak masuk akal Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung alasan Azmin kononnya Malaysia ...
Disebabkan Sop Covid 19 Harga Tiket Liga Malaysia Dijangka Akan Naik

Disebabkan Sop Covid 19 Harga Tiket Liga Malaysia Dijangka Akan Naik

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 367 hits
Harga Tiket Perlawanan Liga Malaysia 2021 Mungkin Dinaikkan Disebabkan SOP Covid 19 harga tiket Liga Malaysia akan naik Harga tiket bagi perlawanan Liga Malaysia kemungkinan besar akan menjadi lebih mahal berbanding musim musim lepas apabil...
Tidak Dapat Diekstradisi Ke Malaysia

Tidak Dapat Diekstradisi Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 193 hits
Oleh NUR NAZLINA NADZARI SEORANG anggota PGA menunjukan lokasi kejadian tembakan anggota pasukan tersebut iaitu kira 600 meter dari Tembok Sempadan Padang Besar Perlis November tahun lalu UTUSAN SHAHIR NOORDINKANGAR Polis negeri mendedahkan...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord