Tidak Dapat Diekstradisi Ke Malaysia


Oleh NUR NAZLINA NADZARI SEORANG anggota PGA menunjukan lokasi kejadian tembakan anggota pasukan tersebut iaitu kira 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis November tahun lalu. – UTUSAN/SHAHIR NOORDINKANGAR: Polis negeri mendedahkan mereka mempunyai bukti kukuh tiga suspek utama warga Thailand terlibat dengan pembunuhan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam kes berbalas tembakan dengan penyeludup dalam kejadian di kawasan berhampiran Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, November tahun lalu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek tersebut tidak dapat diekstradisi ke negara ini untuk ditangkap serta didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Thailand, jadi negara jiran itu tidak menyerahkan mereka ke sini.
Surina berkata, pihaknya telah memasukkan data mereka ke dalam nama orang yang dikehendaki dan akan ditangkap serta dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Data mereka semua kita sudah ada, masuk jalan betul pun kita sudah ada senarai red alert, kalau masuk jalan tikus pun kita akan tangkap. Kita perlu bersabar, bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, pada masa ini, dua warga Thailand dan seorang tempatan berkaitan kes sama telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan dipenjara selama dua tahun.
“Dua warga Thailand tersebut kini ditempatkan di Pusat Pemulihan Khas Bentong, Pahang manakala warga tempatan itu berada di Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor,” ujarnya.
Pada 24 November tahun lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, cedera dalam pertempuran dengan 13 penyeludup kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar.
Rentetan itu, polis giat memburu suspek bagi membantu siasatan kes terbabit dengan jumlah keseluruhan yang ditahan sebelum ini adalah seramai 52 suspek termasuk empat warga Thailand.
Mengenai pergerakan aktiviti penyeludupan ketum di sempadan negara, beliau berkata, kebanyakan rampasan ketika ini beralih ke jalan laut.
“Oleh itu, banyak rampasan dibuat di Kuala Perlis berbanding Padang Besar yang agak berkurangan.
“Disebabkan penggunaan ketum sudah dibenarkan oleh kerajaan Thailand, maka permintaan di sana semakin meningkat untuk pasaran negara itu,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/tidak-dapat-diekstradisi-ke-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

Korea Utara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia Karena Kasus Ekstradisi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 308 hits
Kementerian Luar Negeri Korut juga menyatakan dengan ini kami mengumumkan pemutusan hubungan dengan Malaysia dan menyebut tindakan Malaysia itu permusuhan terhadap Pyongyang karena tunduk dengan tekanan AS
Masjid Temerloh Jaya Terima Anugerah Masjid Malaysia 2020 Anjuran Stesen Tv Al Hijrah

Masjid Temerloh Jaya Terima Anugerah Masjid Malaysia 2020 Anjuran Stesen Tv Al Hijrah

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 393 hits
TEMERLOH Kesungguhan pihak berkuasa Masjid Temerloh Jaya yang berusaha mengimarahkan masjid berkenaan dan mereka bentuknya menjadi ala Dataran Madinah menerima pengiktirafan Pengerusi masjid Dr Abdullah Ismail memberitahu masjid berkenaan m...
Malaysia Catat 1 213 Kes Baru Dengan 3 Kematian

Malaysia Catat 1 213 Kes Baru Dengan 3 Kematian

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 358 hits
MALAYSIA NOW Kes sembuh terus mengatasi kes baru dengan mencatatkan 1 503 pesakit dibenarkan pulang Barisan hadapan akan menjadi kumpulan pertama mendapat suntikan vaksin Gambar BernamaMalaysia mencatatkan 1 213 kes baru Covid 19 hari menja...
Pemilik Fb Mujahidah Malaysia Didakwa Menghasut Sudah Dikesan

Pemilik Fb Mujahidah Malaysia Didakwa Menghasut Sudah Dikesan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 300 hits
Ekhwan Haque Fazlul Haque Kuala Lumpur Bukit Aman sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia yang didakwa menghasut masyarakat mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Mcdonald S Malaysia Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan

Mcdonald S Malaysia Makanannya Tidak Pernah Mengecewakan

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 313 hits
Dalam banyak banyak makanan antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah fast food Salah satu daripada McDonald s Semua orang kenal apa itu McD Baik dewasa remaja kanak kanak dan warga emas ada yang sangat gemar dengan McDonald s Sudah t...
Samsung Galaxy A32 5g Turut Akan Dipasarkan Di Malaysia

Samsung Galaxy A32 5g Turut Akan Dipasarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 332 hits
Semalam Samsung Malaysia memberikan bayangan hanya Galaxy A32 4G A52 4G dan A72 akan dipasarkan di Malaysia Tetapi hari ini Samsung Galaxy A32 5G telah disenaraikan untuk dijual di laman rasmi mereka Peranti ini walaupun boleh dikategorikan...
N Korea Breaks Ties With Malaysia Over Citizen S Extradition To Us

N Korea Breaks Ties With Malaysia Over Citizen S Extradition To Us

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 247 hits
Mohd RASFAN North Korea broke ties with Malaysia after one of its citizens was extradited to the United States Pyongyang announced Friday that it broke diplomatic ties with Malaysia after that country extradited a North Korean citizen to th...
Cara Tebus Koleksi Tin Hello Kitty Visit Malaysia Yang Comel Di 7 Eleven

Cara Tebus Koleksi Tin Hello Kitty Visit Malaysia Yang Comel Di 7 Eleven

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 687 hits
Siapa kat sini peminat Hello Kitty HCL ada berita baik nak share bagi korang ni Sekarang korang boleh dapatkan tin koleksi Hello Kitty Visit Malaysia yang comel ni di 7 Eleven berhampiran tau Caranya senang je korang hanya perlu belanja min...
Tourism Selangor Collaborates With Tourism Malaysia Dubai On Malaysia Specialist Certified Programme 2021

Tourism Selangor Collaborates With Tourism Malaysia Dubai On Malaysia Specialist Certified Programme 2021

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 407 hits
Webinar Session as One of theInsights to the 1 day Programme Showcases Selangor to Travel Professionals Based in DubaiIt is all virtual at least for now In gearing up initiatives leading up to when the borders are finally open Tourism Selan...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto