Program Tour Melaka 2018 Bersama Fast Bikes Club




Tour Melaka 2018 - Program Tour Melaka 2018 adalah hasil idea Fast Bikes Club (F.B.C) - Pengerusinya Fadzlaini Ibrahim dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka.

Program Tour Melaka 2018 yang bermula pada 14 - 16 Disember 2018 lepas bersama konvoi motosikal berkuasa besar - Fast Bikes Club yang melibatkan peserta dari Malaysia, Thailan dan Singapura yang mana para peserta telah menjelajahi seluruh Negeri Melaka dan melakukan pelbagai aktiviti CSR seperti bergotong-royong membersihkan Masjid Lama Rembia, meraikan anak-anak tahfiz dan juga menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal. Konvoi Tour Melaka disertai terdiri dari penunggang motorsikal, marshall dan pengamal media yang terdiri dari wartawan TV, akhbar, majalah dan blogger.

Untuk makluman uoll tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka dan dengan itu tarian Don Dang Sayang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO, oleh utu tidak secara langsung dapat mempromosikan negeri Melaka, adat kebudayaan negeri Melaka, makanan dan tempat-tempat yang menarik di negeri Melaka
TUJUAN PROGRAM TOUR MELAKA 2018 
1.  Program Tour Melaka 2018 dianjurkan untuk membantu Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka bagi mempromosikan setiap daerah di Negeri Melaka kepada masyarakat dengan cara berkonvoi menggunakan motorsikal menjelajahi negeri Melaka.
2.  Selain itu ianya dapat mempromosikan dan memperkenalkan akan kebudayaan tradisi melayu di negeri Melaka, asal usul makanan tradisi masyarakat Melaka dan cara kehidupan masyarakat melayu melaka kepada golongan belia masa kini dan kepada peserta dan seluruh Malaysia serta kepada dunia luar.
3.  Satu usaha yang patut diberi pujian untuk menjadikan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul bertaraf dunia sekaligus sebagai penyumbang pembangunan sosio-ekonomi negara. 
4.  Program ini juga dapat membentuk minda, fizikal, sikap jati diri dan dapat memberi semangat silatulrahim dalam diri setiap peserta ketika menyertai aktiviti kebajikan SCR yang diadakan dalam program tersebut. 
Peserta Konvoi Fast Bikes Club (kredit photo: Taha Khusaimi)
PROGRAM AKTIVITI TOUR MELAKA 2018

Pengerusi Fast Bikes Club - Fadzlaini Ibrahim
DAY 1 - Pelepasan Konvoi Tour Melaka 2018
First time Seri Wangi dapat menyertai Tour Melaka 2018 anjuran Fast Bikes Club, bukan senang tau dapat berkonvoi ke Negeri Melaka selama 3 Hari 2 Malam bersama dengan brother-brother Mat Motor yang berkuasa besar 500cc, apatah lagi mereka semua datangnya dari Thailand, Singapura dan Malaysia untuk menjelajah seluruh negeri Melaka sambil membuat amal serta menyertai pelbagai program yang telah diaturkan oleh penganjur.
Kami semua telah berkumpul di The Gasket Alley - Harley Davidson of Petaling Jaya. Sebelum pelepasan ke Melaka kami terlebih dahulu diberi penerangan oleh Marshall yang mengiringi konvoi Fast Bikes Club - Tour Melaka 2018 tentang keselamatan konvoi tersebut memandangkan ketika itu hujan sangat lebat, perjalanan tetap ditruskan seperti mana dijadualkan. Seri Wangi dengan media lain menaiki van mengikuti konvoi tersebut.




kredit photo: Taha Khusaimi
Bermalam di Hotel Mudzaffar MITC
Alhamdulillah perjalanan konvoi Tour Melaka 2018 berjalan dengan lancar walaupun konvoi Fast Bikes Club terpaksa menempuhi hujan lebat sepanjang perjalanan ke Melaka dengan diiring oleh Marshall. Dalam lebih kurang pukul 6pm konvoi kami selamat tiba  di Hotel Mudzaffar Melaka. Bestnya bila Seri Wangi melihat Hotel Mudzaffar yang tersergam indah seni binaannya, belum lagi meninjau di dalam hotelnya lagi, faham-fahamlah masing-masing tentulah keletihan. Apa-apa pun masing-masing kena chek-in dulu sebelum meneruskan aktiviti di sebelah malam pulak.





Majlis Makan Malam di Restoran Queyside 
Program seterusnya time dinner, pastinya semua dah kelaparan termasuklah Seri Wangi, lebih-lebih hujan dan kesejukan. Lokasi tempat kami makan malam memang best sebabnya makan tepi sungai, kalau abang ada feeling gitu...kan?Restoren Queyside Melaka memang terkenal lagipun ianya lokasi ikan bakar yang dikenali ramai sambil kita dapat menikmati suasana malam yang hening. Lagi best sambil menikmati makan malam hidangan utamanya mestilah lauk asam pedaskan? kami dipersembahkan dengan tarian kebudayaan Melaka terutamanya joget lambak yang memang sudah senonim di Negeri Melaka. Apa lagi dorang pun tumpang sekaki berjoget lambak.
kredit photo: Taha Khusaimi



Jelajah Sungai Melaka dengan Cruise Melaka
Serusnya yang ditunggu-tunggu ialah menyusuri sungai Melaka dengan menaiki Cruise Melaka. First time Seri Wangi dapat merasa naik Cruise Melaka ni, walaupun Seri Wangi selalu balik kampung di Melaka. Sempena tahun melawat Melaka 2019 pihak tourism Melaka akan menambaik kawasan sepanjang sungai Melaka dengan mencantikkan lagi bangunan dan rumah tersebut dengan lampu berwarna-warni. Memang cantik pemandangan di waktu malam kerana sepanjang menurusuri sungai Melaka kita dapat melihat setiap bangunan dan rumah-rumah dipasang lampu dan dihias indah.


kredit photo: Taha Khusaimi


DAY 2 -  Aktiviti CSR
Acara Pelancaran Asam Pedas Mudzaffar -  Selepas menikmati sarapan pagi, kami berkumpul untuk acara pelancaran Asam Pedas Mudzaffar Hotel Melaka sempena khas untuk kehadiran kami yang menginap di hotel tersebut. Pelbagai menu-menu asam pedas yang disediakan seperti Asam Pedas Ikan Siakap, Asam Pedas Ikan Pari my favaurite, Asam Pedas Daging Tetal dan Asam Pedas Telur Ikan...haaa...yang ni paling l suka. Memanglah menggoda anak tekak sebab semuanya sedap belaka. 








Aktiviti CSR -  Program CSR kali ini ialah Gotong Royong membersih Masjid Lama Rembia yang berusia 160 dan masih untuh hingga kini.  Peserta konvoi bersama penduduk kampung Rembia bersama-sama membersih kawasan masjid lama tersebut dan memberi sumbangan kepada pihak masjid tersebut.







Makan Tenghari Di Restoran Zahrin Asam Pedas -  Ok...time makan tengahari pulak, kali ini kami dibawa makan di sebuah restoran popular dengan menu-menu asam pedasnya, Kami ke Restoran Zahrin Asam Pedas yang terletak di Lingkaran MITC, Melaka. Seri Wangi dapat melihat dan menjamu selera lauk-lauk asam pedasnya yang pelbagai menu, bukan saja lauk asam sahaja dihidangkan malah banyak pilihan lain untuk kita pilih...memang menyelerakan dan kelabu mata memandangnya haaaa,,,




Coconut Shske Klebang  -  Seterusnya perjalanan kami selepas selesai makan tengahari ialah merasai betapa sedapnya coconut shake Klebang Original yang sangat popular dan viral sekarang ini. Kalau uoll nak tau Coconut Shake Klebang Original memang sangat popular di Melaka, tempatnya terletak di Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka. Seri Wangi nak bagi nasihatlah...kalau uoll nak rasa coconut shake ni...janganlah datang time cuti sekolah sebabnya ramai giler you,,,!!terpaksa beratur panjang, entah dari mana datangnya dorang ni Seri Wangi pun tak tau...haaaa. Memang sedap sebab ada aiscream dan lemak-lemak manis...



Menaiki Menara Taming Sari -  Okay...jom kita round pulak bandar Melaka...pi naik Menara Taming Sari yamg ketinggiannya dalam 80 meter dan 360 degree dengan pemandangannya yang sangat menarik dan indah keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia  UNESCO seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Pastinya keangan manis di sanubari lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali Seri Wangi dapat menaiki Menara Taming Sari bersama Fast Bikes Club. Paling best kedatangan uoll akan disambut oleh Spider Man...haaaa...




DAY 3  -   Aktiviti CSR - Ziarah Kasih dan Sukan Rakyat
Wah...kejapnya masa berjalan, pejam celik..pejam celik...dah 3 hari 2 malam kami berada di Melaka.  Program aktiviti CSR kali ini adalah aktiviti Ziarah Kasih dan Sukan Rakyat bersama penduduk Kampung Rembia. Seronok juga dapat bergaul dan bermesra dengan penduduk kampung Rembia yang peramah belaka, segala aktiviti yang dijalankan melibatkan penyertaaan bersama penduduk Kampung Rembia, Alor Gajah, Melaka.


Aktiviti Sukan Rakyat -  Aktiviti CSR kali ini ialah Sukan Rakyat yang melibatkan peserta Fast Bikes Club dari Malaysia, Singapura dan Thailand, para media dan juga penduduk kampung Rembia. Paling lawak bila melihat brother-brother motor kita ini join sukan rakyat seperti Tarik Upih, Bowling Padang, Lari Ikat Kaki, Cari duit syiling dalam tepung, Kerusi Beracun dan Bola Sepak Kain Pelikat.
Tarik Upih
Bowling Padang
Cari duit syiling dalam tepungLari Ikat Kaki
Kerusi BeracunBola Sepak Kain Pelikat.
Sumbangan Untuk Golongan Asnaf, Ibu Tunggal dan Anak Yatim  -  Program SCR seterusnya adalah menyamikan sumbangan kepada golongan asnaf ibu tunggal dan juga anak yatim serta penyampaian hadiah kepada pemenang sukan rakyat dan juga cabutan bertuah (uoll jangan jelous makcik Rembia menang Jaket berharga RM1xxx).





Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah
Selesailah sudah Program Your Melaka 2018 bersama Fast Bikes Club (F.B.C) - Pengerusinya Fadzlaini Ibrahim dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka. Seri Wangi ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput Seri Wangi dan juga para media lain mengikuti konvoi tersebut yang penuh dengan kenangan manis, diharap jangan serik lagi menjemput Seri Wangi dan yang lain-lain dan juga kepada marshall yang mengiringi konvoi tersebut. Terima kasih kepada Taha Khusaimi yang sudi berkongsi gambar-gambar yang menarik.
Penaja:
Tourism Melaka
MBMB
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Menara Taming Sari
Hotel Mudzaffar MITC
AADK
Financial Genius Group
Harley Davidson of Petaling Jaya
Toyo Lube
KTM Malaysia
Adabi
Az Fadz
Annona CoffeeNayla Beauty @ Malacca




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2018/12/program-tour-melaka-2018-bersama-fast.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karnival Year End Zakat 2018 Di Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju

Karnival Year End Zakat 2018 Di Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 436 hits
PPZ MAIWP Memudahkan Anda Berzakat Karnival Year End ZAKAT 2018 yang diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju bermula pada 1 2 Disember 2018 bermula pukul 9 pagi hingga 9 mlm yang dianjurkan oleh PPZ MAIWP Ianya merupakan ...
Sunway Chillax Media Nite 2018 Chill Lah With Us Tonight

Sunway Chillax Media Nite 2018 Chill Lah With Us Tonight

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 379 hits
CHILL LAH WITH US TONIGHTChillax memang chill lah malam yang penuh gilang gemilang meriah happening and santai malam untuk sambutan para media seramai 400 media tahun ini oleh Sunway Group di Sunway Resort Hotel Spa untuk malam SUNWAY Chill...
Indeks Ekonomi Malaysia Menjunam Sejak Jun 2018

Indeks Ekonomi Malaysia Menjunam Sejak Jun 2018

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 381 hits
Hari ini Jabatan Perangkaan Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor yang dikumpul untuk bulan Disember 2018 Indeks ini memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun l...
23 11 2018 Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar

23 11 2018 Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 458 hits
Hello Readers Harini nak buat entri kenangan je Entri throwback beberapa bulan lepas punya Ambik mood betul nak mengarang Sebab kadang mood nak mengadap skrin lelama tu takde Buat separuh cerita pastu draf dulu So harini kita simpan kat blo...
2 5 Juta Jumlah Pageviews 2018

2 5 Juta Jumlah Pageviews 2018

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 371 hits
Tahun 2018 dah berlalu malah sudah hampir 2 bulan ianya menjadi sejarah dalam kehidupan Dalam kesempatan ini saya sudi nak berkongsi jumlah trafik atau pageviews yang telah diperoleh blog ini dalam tahun tersebut Ia mungkin agak basi untuk ...
Dokter Dan Perawat Protes Mogok Kerja Gaji Tak Dibayar Sejak 2018

Dokter Dan Perawat Protes Mogok Kerja Gaji Tak Dibayar Sejak 2018

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 420 hits
Senyumperawat com Dokter dan perawat di Rumah Sakit Umum Daerah Dabosingkep Kabupaten Lingga Kepulauan Riau mengancam akan menghentikan pelayanan umum maupun pasien Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Hal itu karena mereka tidak mendapat bay...
Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji Sehingga 2018

Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji Sehingga 2018

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 378 hits
Kadar dividen dan bonus Tabung Haji 2019 dan tahun tahun terdahulu Pendeposit Lembaga Tabung Haji menikmati pendapatan keuntungan tahunan untuk simpanan di dalam akaun Tabung Haji mereka Pendapatan ini dikenali sebagai Hibah Pendeposit dan ...
Azamku 2018

Azamku 2018

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 286 hits
Usahlah melihat seseorang dari masa lalunya Berilah kesempatan seseorang untuk berubah Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah pun kini terbaring di sebelah makam Baginda Beliau adalah Saidina Umar Al Khattab Usahlah melihat seseorang dar...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1