23 11 2018 Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar
Hello Readers..
Harini nak buat entri kenangan je.. Entri throwback beberapa bulan lepas punya. Ambik mood betul nak mengarang. Sebab kadang mood nak mengadap skrin lelama tu takde. Buat separuh cerita, pastu draf dulu. So harini kita simpan kat blog. Dah 3bulan genap baru nak share. Hehe
Kejam betul.
Kisahnya bulan November tahun lepas, ddy dorang salah sorang antara yang dijemput untuk ke Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar. Sebab ddy dorang kan kena posting out bulan Julai 2018 haritu.
So, memikirkan Majlis macam ni bukan diraikan selalu, dan kira majlis special, so kitorg pun pergi la. Nak kata tak jauh, mersing ke gemas dalam 4jam la. Takpe, redah je. Sebab bukan senang orang nak raikan kita kan? Majlis tu diadakan di Restoran Altaf Tomyam, Pasir Besar, Gemas.
Majlis macam ni rugi tak pergi. Bukan sebab bakal disajikan dengan makanan yang sedap-sedap. Tapi kita fikirkan juga nilai persahabatan yang terjalin masa berada di Unit lama tu kan.. Betul tak? Pergi sebab boleh jumpa kawan-kawan juga.
Untuk anggota bersara ramai juga. 10orang kot. Yang bertukar keluar dalam 3 orang. Tapi ddy dorang je yang hadir. Yang lain tak dapat hadir. So cakap juga kat ddy dorang. Kalau la kita pun tak pergi, makanya yang diraikan untuk anggota posting out takde la.. Kan tak seronok.
Tapi memang best Majlis malam tu. Rasa sedih bila pikir balik beberapa jam je berada disana. Kalau boleh rasa nak berpindah je ke Gemas balik tau. Sebab 4tahun kan kitorang duduk sana. Seronok sangat.
Kalau korang pergi ke Gemas ke, tiba-tiba nak makan di Restoran tu, try la cari guna Maps. Dia bertempat di Pasir Besar. Nak kata susah cari tak juga. Sebab dia tepi jalan je. Antara menu malam tu yang disajikan :
MENU MAKANAN
- Nasi putih
- Ikan Siakap 3 rasa
- Ikan Siakap masak Stim
Limau
- Daging Masak Merah
- Sayur Kailan Ikan Masin
- Tomyam Seafood
- Telur Dadar
- Ulam/ Sambal belacan
- Buah Tembikai
- Air Tembikai
Memang puas makan tau. Sedap pun sedap. Tapi kita tak makan banyak masa tu. Sebab kebetulan sampai gemas lewat petang. Perut dah lapar sangat. So singgah makan Nasi Ayam Gemas. Merasa la malam tu tengok orang yang makan sesedap. Hehe..
Majlis malam tu bukan sekadar makan makan je. Tapi ada juga cabutan nombor bertuah. Ucapan dari yang bersara, siap diberi peluang siapa yang nak berkaraoke dan last ada acara potong kek harijadi..
Yang penting malam tu buatkan kita masih teringatkan gemas dan rindu bertandang lagi.. 💕
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2019/02/23112018-majlis-meraikan-anggota.html