Program Tmj Bersama Anak Muda Bangsa Johor 2018 Daerah Kota Tinggi
Program TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota Tinggi
Tempat : Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi, JohorTarikh : 28 Disember 2018Penganjur : Majlis Belia Negeri Johor
Kerjasama : Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
Perasmi :
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail
Butiran Program TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota Tinggi Sebagai penutup kalendar 2018, seramai 9 pelajar program elektrik dan 16 kakitangan Institut Kemahiran MARA Johor Bahru (IKM JB) telah terlibat dalam Program Anak Muda Bangsa Johor TEMASHOR 2018 Daerah Kota Tinggi.
Program kemasyarakatan selama sehari itu adalah anjuran Majlis Belia Negeri Johor dan merupakan kerjasama kedua IKM JB bersama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi. Sebelum ini, pada November 2018 IKM JB telah menjalankan satu program khidmat masyarakat di Jeti Awam Sedili Besar bersama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi dan pelbagai agensi lain.
Sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal terunggul, IKM JB telah diberi kepercayaan untuk menjalankan kerja kerja berkaitan pendawaian dan baikpulih pepasangan elektrik di dua buah rumah penduduk terpilih. Antara kerja berkaiatan elektrik yang dijalankan adalah seperti menaik taraf sistem pendawaian eletrik, menukar lampu dan kipas, memasang soket serta memeriksa sistem pendawaian eletrik di dua rumah tersebut.
Selain itu, pasukan khidmat masyarakat IKM JB turut terlibat dalam kerja lain seperti gotong royong membersihkan bahagian dalam dan luar rumah , mengecat, serta membaik pulih sistem perpaipan di bilik air dan tandas.
Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail, mencemar duli berangkat ke tapak program. Baginda turut serta beramah mesra bersama penduduk setempat dan diberi penerangan berkaitan program oleh Pengerusi Majlis Belia Kota Tinggi, Encik Mohd Fauzan Bin Sebalas.
Pasukan Khidmat Masyarakat IKMJB amat berharap agar projek usahasama begini dapat diperluas dan diteruskan pada masa akan datang.
Peserta-peserta yang teribat terdiri daripada :
16 orang staf IKM Johor Bahru9 orang pelajar Program SEP, IKM Johor BahruAhli Majlis Belia Daerah Kota Tinggi
Objektif Program TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota Tinggi1. Membaik pulih dan meningkatkan tahap keselamatan sistem eletrik.
2. Menceriakan suasana dengan mengecat ruang luar dan dalam rumah tersebut.
3. Menambah baik kemudahan sedia ada seperti sistem paip dan lain lain.
4. Mendekatkan AJK dan sukarelawan pasukan khidmat masyarakat IKMJB dengan masyarakat sekitar dan orang awam.
Hasil Yang Didapati Dari Program TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota TinggiProgram TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota Tinggi ini diyakini mampu menjadi penghubung antara MARA secara amnya dan IKMJB secara khasnya dengan pertubuhan-pertubuhan NGO, masyarakat awam dan orang perseorangan serta memberi banyak manfaat kepada masyarakat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.
Gambar-Gambar Semasa Program TMJ Bersama Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) 2018 Daerah Kota Tinggi
Sumber : En. Shamshul Annuar Bin Ruslan & Team CSR IKM Johor Bahru
.
#ikmjohorbahru
#ikmjb
#ikm
#kktm
#mjii
#mara
#tvet
#csr
HEA PUAKA WROTE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ikmjb.blogspot.com/2019/01/program-tmj-bersama-anak-muda-bangsa.html