Bangsa Johor 8979
Thursday, 3 January 2019Sultan Johor Tidak Layak Jadi Agong?!
Tular didalam sosial media yang mengatakan ada gerakan yang mahu menafikan giliran DYMM Tuanku Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia setelah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan. [sumber]
Dan hal ini baru diterima dalam pesanan ringkas whatsapp bertulis:
USAHA MENGHALANG DYMM SULTAN JOHOR MENJADI AGONG MALAYSIA.........................Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.
Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.
Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.
Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.
Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.
Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.
Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.
Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.
Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.
Amin ya rabbal alamin.
Tularan ini dikuatkan dengan beberapa kenyataan Mahathir yang dilihat tidak mesra terhadap institusi Raja? antaranya seperti
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/02/no-one-above-the-law-rulers-included-says-dr-m/
Ditambah pula kenyataan bekas pengerusi MARA Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa yang bertulis dilaman twitter beliau :
StreamHaji Harun Noor Ismail via Google+22 hours ago - Shared publicly Sultan Johor Tidak Layak Jadi Agong?!
Tular didalam sosial media yang mengatakan ada gerakan yang mahu menafikan giliran DYMM Tuanku Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia setelah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berangkat meninggalkan Istana Negara setelah mena..
https://daengselili.blogspot.com/2019/01/sultan-johor-tidak-layak-jadi-agong.html
LUCU !!!.. CERAMAH USTADZ ABDUL SOMAD DI RANTAUPRAPAT LABUHANBATULUCU !!!.. CERAMAH USTADZ ABDUL SOMAD DI RANTAUPRAPAT LABUHANBATU - YouTube
https://www.youtube.com/watch?v=Y8zrnA0nzvc
Yudha winandaDiterbitkan pada 26 Okt 2017rantauprapat rantau prapat labuhanbatu labuhan batu ceramah ustadz abdul somad ceramah ustadz abdul somad ikabinas lapangan ikabina labuhanbatu
Kategori Individu & BlogBudak Darjah Satu Curi Perhatian Speaking English Macam Omputih
JAN 2, 2019
“Dulu abang tahu yes no thank you je” – Budak Darjah Satu Curi Perhatian Speaking English Macam Omputih
Berkemahiran bertuturdalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan yang semua ibu bapa mahu anak-anak mereka kuasai bila belajar di sekolah nanti. Kalau dulu, mungkin kita tahu simple words macam ‘yes, no, thank you atau alright‘ je masa mula-mula masuk darjah satu.
Tapi budak-budak sekarang dah another level. Bukan sekadar pandai perkenalkan diri tapi dah bijak speaking gaya mat salleh!
“Bersepah speaking kau nak. Baru darjah 1”
Menerusi perkongsian video di Facebook, snippet berita TV1 ni menunjukkan temubual bersama budak darjah 1 yang SANGAT fasih berbahasa Inggeris. Bukan speaking biasa-biasa tau! Adik ni ada slanga English yang pekat dan tahu apa yang dia nak sampaikan kepada pemberita.
Tengok video di akhir artikel
Menurut video tersebut, berita ini juga dirakam semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang melawat ke sekolah adik tersebut. Fuh mesti bangga Tun dengar budak tu speaking kan!
“Jangan dengar tang English berhabuk dia tu, tengok tang confident dia bercakap”
Kebijaksanaan adik ini yang petah berbahasa Inggeris membuatkan netizen teruja dan mengakui kelemahan diri ketika dorang masa sekolah rendah dulu. Mana taknya, dulu paling onz pun pandai cakap “Teacher may I go to toilet?” je. Gitewww~
“Mana tak pandai, masuk sekolah Little Caliph tuuu”. Patut Lar Speaking Berhabuk
Kalau korang perasan, adik pintar ni ada sebut kat akhir ayat dia yang dia pergi Little Caliph School sebelum masuk ke Darjah 1. Well menurut netizen, inilah mungkin penyebab adik ni petah berbahasa Inggeris.
Apa-apapun, admin doakan semoga adik comel ni terus sukses dalam pelajaran dan jadi pelajar yang cemerlang kat sekolah.
Ada masa terluang nanti, boleh ajar kawan-kawan lain pulak speaking English kan?
Sumber : lobak merah Budak Darjah Satu Curi Perhatian Speaking English Macam Omputih | Berita Viral MalaysiaBaca Juga:Budak Darjah Satu Curi Perhatian Speaking English Macam OmputihOBJEK GERGASI HAMPIRI BUMI JUMAAT INI, AMARAN ASTEROID DARI NASA
Satu asteroid gergasi yang bergerak pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi dijangka akan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ Jumaat ini, seperti yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan, Amerika Syarikat (NASA).
Objek Gergasi Hampiri Bumi Jumaat Ini, Amaran Asteroid Dari NASA ~ Diberi kod nama Asteroid 2014 AD16, NASA manjangkan asteroid berkenaan akan melintasi kawasan pada jarak yang hampir dengan Bumi pada awal pagi Jumaat. Ini ada kali pertama objek berkenaan menghampiri Bumi dalam tempoh lima tahun sejak NASA mula memantaunya bermula tahun 2014.
NASA juga membuat anggaran bahawa ansteroid berkenaan mempunyai diameter diantara 8.8 sehingga 20 meter, sama dengan meteor yang pernah menghentam Bumi pada 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Dalam insiden berkenaan, meteor tersebut yang meletup di udara telah melepaskan gelombang kejutan yang menyebabkan lebih daripada 7,000 buah bangunan rosak di beberapa bandar selain ribuan turut tercedera, akibat terkena serpihan cermin bangunan yang pecah.
Menurut NASA, impak gelombang kejutan tersebut mempunyai kekuatan 20 sehingga 30 kali ganda daripada letupan bom atom.
Ancaman asteroid sukar dikesan sehinggalah ia mula memasuki fasa kemasukkan ke Bumi, meninggalkan amaran bahaya ‘serangan’ daripada atas.
Sehingga kini, NASA menganggarkan bahawa terdapat sekita 10 juta asteroid yang berlegar pada kedudukan berdekatan dengan Bumi atau Near-Earth Objects (NEOs) yang mempunyai diameter melebihi 20 meter.
Berdasarkan kejadian yang berlaku di Rusia, NASA mengingatkan orang ramai bahawa NEOs bersaiz kecil sekalipun boleh meninggalkan impak dengan kekuatan berganda-ganda daripada letupan sebuah bom atom.
Bagaimanapun, kata NASA penduduk Bumi bernasib baik pada Jumaat ini kerana AD16 mempunyai risiko yang sangat rendah untuk memasuki orbit Bumi. Pada jarat terdekat dengan Bumi, AD16 sebenarnya berada pada kedudukan 0.03297 astronomical units (au), dimana 1 au bersamaan dengan 149.9 juta kilometer iaitu jarak antara Bumi dengan Matahari.
Dalam kiraan kilometer, AD16 sebenarnya akan terbang melintasi Bumi pada jarak 4.9 juta kilometer atau kira-kira 12.83 kali lebih jauh antara jarak Bumi dengan Bulan (384,400 kilometer).
Jika diambil kira pada jarak melebihi jutaan kilometer itu, ia mungkin sesuatu yang sangat jauh daripada manusia, namun dalam konteks angkasa lepas, ia sebenarnya sangat dekat dengan ancaman asteroid besar dan impak hentaman yang sangat berbahaya kepada manusia.
Related Articles :
Merungkai Penemuan Gua Bawah Laut Terbesar Di DuniaSekumpulan penyelam di perairan timur Mexico berdekatan Semenanjung Yucatan menemukan dua gua bawah laut yang ternyata saling terhubun ...
Bapa Bakar Katil Gara-gara Anak Liat Bangun TidurBerang kerana si anaknya tidak juga bangun selepas dikejutkan, si bapa mengambil diesel dan menghidupkan api pada katil anaknya - semb ...
189 Penumpang Lion Air Dipercayai Terkorban189 Penumpang Lion Air Dipercayai Terkorban | Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu ter ...
Penonton Gegar Vaganza Tergamam Bila Nyanyian Zamani KelautPenonton Gegar Vaganza Tergamam Bila Nyanyian Zamani Kelaut | SHAH ALAM Biarpun mengetahui keadaan kesihatannya benar-b ...
Pemuda Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Sehingga Pindahkan Wang Ke Akaun LainTerbaru, seorang pemuda berkongsi pengalamannya ditipu oleh scammer hanya melalui telefon bimbitnya sahaja. Cara beliau diti ...Objek Gergasi Hampiri Bumi Jumaat Ini, Amaran Asteroid Dari NASA - Sembang Pacak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2019/01/bangsa-johor-8979.html