4 Perkara Yang Memiskinkan Anak Muda Malaysia





Jom kita terjah penulisan seorang jurutera kewangan yang memang terkenal di FB, beliau bukan sekadar cara menyelesaikan utang sahaja tetapi juga cara menambah pendapatan ...Tuan Zaidi Ismail


Kalau nak rasa hidup miskin dengan cepat boleh buat perkara-perkara berikut

1. Berhutang Membeli Kereta 
Fakta :
Harga kereta susut 10% sejurus dapat kunci , terutama kalau kereta baru , Harga kereta susut 65% selepas tahun ke lima (5) penggunaan. Kos kereta 2 kali ganda dari ansuran bulanan (minyak , penyelenggaraan , cukai , insuran dll selain ansuran bulanan) , kalau ansuran bulanan kereta RM500 setiap bulan , kena ada peruntukan minima RM1K setiap bulan. Ini tidak termasuk kos pengubahsuaian kereta , aksesori tambahan dll. Pembeli juga terpaksa menanggung kadar faedah yang berganda akibat hutang

Solusi :
Beli kereta "pre-love" secara tunai , umur kereta antara 3-5 tahun , dapatkan khidmat mekanik yang bertauliah untuk memeriksa kereta sebelum beli , beli dengan harga terbaik. Ini akan menguntungkan pembeli

a. Kos mengurus 50% lebih murah kerana tiada ansuran bulanan , ini akan meningkatkan simpanan

b. Tiada kadar faedah di kenakan kerana pembelian tunai , tidak membazir wang untuk membayar kadar faedah
c. Lebih mudah untuk "upgrade" kereta lain mengikut keperluan tanpa perlu berhutang kerana tidak perlu "topup loan" akibat harga kereta lebih rendah dari baki hutang kereta tersebut

d. Boleh dijadikan modal untuk membeli hartanah kereta terdapat ikuti di dalam kereta tersebut

Beli kereta tak salah tapi ramai beli kereta yang salah


2. Beli rumah tak mampu milik untuk tinggal sendiri terlalu awal
Fakta :
Anak muda akan bertukar kerja / kerjaya setiap 2-3 tahun , terdapat perubahan pada lokasi tempat kerja yang mungkin lebih jauh dari rumah yang sudah di beli awal. Rumah pertama yang di beli untuk tinggal sendiri bukan berdasarkan kiraan kewangan tetapi berdasarkan emosi (hati & perasaan) berdasarkan mata hati sahaja tanpa mengira realiti kehidupan dan terperangkap dengan mitos "harga rumah semakin mahal"

Pembeli rumah pertama juga tidak mempunyai pengalaman untuk memiliki rumah dan berpandukan nasihat salah yang diterima dari  kenalan , ahli keluarga , jururual dan agen hartanah yang tidak mempunyai maklumat lengkap berkaitan matlamat dan keupayaan kewangan pembeli. Masalah timbul apabila bertukar tempat kerja , mula berkeluarga , kos meningkat , hutang bertambah dan kemampuan berkurang. Bukan semua senario tetapi majoritinya begitu

Solusi :
Tingkatkan keupayaan kewangan, sewa dahulu rumah yang ingin didiami , tentukan "trijectory" kerjaya terlebih dahulu , menyimpan dan melabur di utamakan sehingga benar-benar bersedia

a. Beli rumah mampu milik (berdasarkan kiraan kewangan , bukan berdasarkan kategori rumah) untuk di jadikan rumah sewa  sebagai satu pelaburan jangka sederhana (minima 5 tahun)

b. Tempoh pembiayaan 35 tahun untuk mengurangkan ansuran bulanan dan memaksimakan aliran tunai dari rumah sewa tersebut

c. Cari penyewa dahulu sebelum beli rumah yang sesuai dengan permintaan / pasaran sewaan

d. Maksimumkan bilangan kuota pembelian serta pembiayaan hartanah mengikut kategori

e. Beli rumah yang diduduki sendiri hanya apabila modal pembelian minima adalah 50% daripada harga pembelian dengan tempoh pembiayaan tidak lebih 15 tahun

Beli rumah tak salah tapi ramai salah beli rumah


3. Pinjaman Peribadi untuk kegunaan yang salah.
Fakta :-
Kebanyakan peminjam pinjaman peribadi (personal loan) menggunakan wang pinjaman untuk kegunaan yang salah ,sebagai contoh menggunakan pinjaman peribadi untuk membeli tanah sedangkan ada pinjaman khusus untuk pembelian tanah , ada juga yang mengambil pinjaman peribadi untuk membeli motor besar sedangkan ada pembiayaan khusus untuk motor besar dan yang paling kerap berlaku ialah menggunakan pinjaman peribadi untuk melabur dalam skim cepat kaya dan menggunakan pinjaman peribadi untuk kegunaan keluarga yang tidak di bayar balik oleh ahli keluarga , peminjam terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi kerana kadar faedah yang di kenakan kepada pinjaman peribadi tinggi dengan tempoh yang singkat

Solusi
Kebanyakan orang yang mengalami masalah ini akan menyatukan baki hutang pinjaman yang telah dibuat kepada satu (1) atau dua (2) pinjaman yang besar untuk mengurangkan ansuran bulanan.  Contoh :-
Katakan baki pinjaman peribadi A = RM30K  / 500 sebulan
Baki Pinjaman peribadi B = RM50K  /  800 sebulan
Baki Pinjaman Peribadi C = RM70K  / 900 sebulan
Kebanyakan orang akan menggabungkan baki hutang A , B dan C  menjadi RM 150K dengan ansuran bulanan yang rendah , sebagai contoh Rm1700 sebulan berbanding RM2200 sebelum ini. Jimat RM500 setiap bulan . Ini mungkin akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ianya akan menyukarkan untuk melangsaikan baki hutang yang besar RM150K

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah menambah bilangan hutang pada nilai baki yang lebih kecil untuk memudahkan proses melangsaikan hutang dengan lebih cepat. Sebagai contoh , baki hutang RM30K dengan ansuran RM500 sebulan di kecilkan kepada RM10K  X 3 hutang dengan ansuran bulanan RM120 setiap satu , selain dari menjimatkan RM140 sebulan , ianya juga memudahkan untuk melangsaikan baki hutang yang lebih kecil satu persatu. Begitu juga dengan hutang peribadi yang lainnya

Ambil pinjaman peribadi tak salah tapi ramai yang salah ambil pinjaman peribadi




4. Kad kredit yang berbaki
Fakta :-
Lebih 80% pemegang kad kredit mempunyai baki hutang yang dibawa ke hadapan setiap bulan dan membayar kadar faedah antara 15% hingga 25% setiap tahun atau purata 2% sebulan keatas baki hutang kad kredit. Kad kredit sering digunakan untuk pembelian produk dan perkhidmatan berbentuk kehendak bukan keperluan. Ianya mudah di salah guna kerana pengguna terpisah dengan "emosi" memegang wang , yang dipegang hanya kad plastik , rasa bersalah atau sayang kehabisan wang untuk berbelanja tidak dirasai kerana plastik

Solusi:-
a. Batal kad kredit dan di gantikan dengan kad debit yang perlu mempunyai wang terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk berbelanja

b. Limitkan nilai kad kredit jika masih mahu menggunakan kad kredit untuk tujuan kecemasan dan kemudahan

c. Langsaikan hutang kad kredit dan bertukar kepada penggunaan Tunai

Ini merupakan serba sedikit perkara yang boleh memiskinkan anak muda , miskin di sini bukan bererti tinggal di rumah papan , jalan kaki tanpa kenderaan , tiada wang untuk makan tetapi miskin di sini bemaksud membataskan keupayaan , menghadkan potensi dan kapasiti membina kekayaan dan menjadi hamba kepada sistem kehidupan dan tertekan dengan tanggungjawab kewangan

Sumber : Tuan Zaidi Ismail
pay per click advertising

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lovehijau.net/2019/01/4-perkara-yang-memiskinkan-anak-muda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HijauLestari+%28Hijau+Lestari%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 511 hits
SEPANJANG 2018 industri hiburan tanah air menyaksikan ramai pasangan selebriti popular dikurniakan cahaya mata sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang dibina Paling mencuri perhatian peminat pastinya berita kelahiran bayi...
Dana Rm20 Juta Galak Anak Muda Cebur Pertanian Komersial Diluluskan

Dana Rm20 Juta Galak Anak Muda Cebur Pertanian Komersial Diluluskan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 457 hits
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan RM20 juta di bawah skim insentif untuk melahirkan anak muda menceburkan diri dalam lapangan pertanian secara komersial sepanjang tahun depan Pegawai Tugas tugas Khas Kepada ...
Jangan Lantik Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu Tanding Pru15 Beri Peluang Anak Muda

Jangan Lantik Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu Tanding Pru15 Beri Peluang Anak Muda

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 347 hits
Astro Awani Penganalisis politik Prof Madya Dr Rusdi Omar beri pandangan Ahli Parlimen UMNO yang sertai Bersatu jangan diambil bertanding pada PRU15 nanti agar peluang diberikan kepada anak muda dalam parti itu KUALA LUMPUR Parti Pribumi Be...
Lirik Lagu Anak Malaysia Aris Ariwatan

Lirik Lagu Anak Malaysia Aris Ariwatan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 855 hits
Lirik Lagu Anak Malaysia Aris Ariwatan 1 Padang Besar jadi sempadan Johor nun di selatan Aib orang jangan kau hebahkan Aib orang jadi teladan 2 Gadis Sarawak cantik jelita Gadis Sabah tambahlah pula Bukan calang anak kita Dulu pernah jelaja...
Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 413 hits
Kalau nak dapat anak perempuan yang berjaya papa jangan lupa buat 10 perkara penting ini ya Mungkin selama ni ada yang tak perasan perkara kecil ini mampu memberi impak besar pada kejayaan anak perempuan bila besar nanti Di sebalik karektor...
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 658 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
Rangsang Otak Anak Jadi Lebih Bijak Ada Lima Perkara Kena Ajar Dari Kecil

Rangsang Otak Anak Jadi Lebih Bijak Ada Lima Perkara Kena Ajar Dari Kecil

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 341 hits
Siapa yang tak mahu anak bijak petah dan pandai dalam pelajaran Anak bijak selain keupayaan dirinya sendiri otak mereka juga perlu diasah supaya mampu meningkatkan kemahiran dan keupayaan berfikir Menurut Dr Rizal Abu Bakar Pakar Otak ada b...
Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 940 hits
Tibanya tahun baharu sambutan yang diraikan golongan anak muda amat menggusarkan bukan kerana pertunjukan bunga api tetapi pesta bebas antara lelaki dan perempuan dan juga akhlak mereka Terbaru tular video di media sosial menunjukkan perang...
Anak Cina Vs Anak Malaysia Siapa Lebih Utama

Anak Cina Vs Anak Malaysia Siapa Lebih Utama

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 394 hits
Anak Cina atau anak Malaysia yang paling utama Adilkah sistem yang degil enggan patuh pendidikan kebangsaan mendapat peruntukan kerajaan The Star Online 6 Januari lepas laporkan peruntukan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner