Program Repatriasi Migran Syarat Cara Permohonan


Program Repatriasi Migran 2.0 ialah inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang membolehkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela tanpa pendakwaan, tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan.
Anda boleh membuat permohonan dengan walk in di mana-mana cawangan Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan.
@jim_wpkl Program Repatriasi Migran 2.0 JIM, bermula dari 19 Mei 2025 sehingga 30 April 2026. Jom ikuti kami di media sosial rasmi JIM WPKL! 🎥✨ 📲 @jim_wpkl 📌 https://www.tiktok.com/@jim_wpkl Dapatkan info terkini mengenai operasi, perkhidmatan, dan aktiviti Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur! Jangan lupa like, komen & share! 🔥 Layari Pusat Pautan Rasmi JIM WPKL di https://linktr.ee/jimwpkl (Klik juga pautan ini di bio kami) “INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA” ©️ Bahagian Korporat & Kualiti | Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #BanterasPATI #KLStrikeForce #KitaGengImigresen #JIMWPKL #JabatanImigresenMalaysia #imigresen #KDN #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #kdnmadani #MalaysiaMadani
♬ original sound – Imigresen Kuala Lumpur – Imigresen Kuala Lumpur Kredit: Tiktok @jim_wpkl Pengenalan Program Repatriasi Migran Program Repatriasi Migran merupakan satu inisiatif khas Kerajaan Malaysia kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan imigresen tertentu untuk pulang ke negara asal secara sukarela, dengan menawarkan kadar kompaun yang lebih rendah serta tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga. Ia berasaskan konsep pengampunan bersyarat kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), sekali gus menyediakan platform yang lebih mudah, selamat dan berperikemanusiaan untuk mereka kembali ke negara asal secara teratur.
Pelaksanaan Program Repatriasi Migran bukan sahaja memudahcara kepulangan PATI secara sukarela, malah berfungsi sebagai mekanisme pembanterasan PATI dalam negara secara sistematik dan berkesan.
Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) sebagai kesinambungan inisiatif pulang secara sukarela kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Skop Pelaksanaan Program Program pengampunan pulang secara sukarela ini khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Melalui program ini, PATI dikecualikan daripada tindakan pendakwaan dan ditawarkan kadar kompaun yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Bagi individu dengan status perundangan khas, seperti pasangan kepada warganegara Malaysia yang tinggal lebih masa, mereka perlu hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit untuk tujuan penyelarasan pas yang sewajarnya.
Tempoh Pelaksanaan Tempoh pelaksanaan untuk Program Repatriasi Migran 2.0 adalah dari 19 Mei 2025 hingga 30 April 2026
Syarat Permohonan PRM 2.0 Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah Mempunyai tiket penerbangan pulang ke negara asal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari Hadir ke mana-mana 14 Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan Bayaran kompaun hanya melalui kad debit, kad kredit atau Touch’n Go eWallet Permohonan adalah secara WALK-IN sahaja Tidak Layak Menyertai PRM 2.0 Jika
Pernah mendaftar Program Repatriasi Migran tetapi gagal keluar dari Malaysia Disenarai hitam atau mempunyai waran tangkap Merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia (Kes ini perlu dirujuk ke Bahagian Visa, Pas dan Permit untuk penyelarasan pas) Cara Membuat Permohonan Untuk membuat permohonan, anda boleh hadir ke mana-mana 14 cawangan Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Berikut adalah butirannya:
Jabatan Imigresen Malaysia ,
No. 15, Tingkat 1-7,
Blok 2G4 (Menara & Podium),
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62550 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis
Perlis, Aras 1-2, Kompleks
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Perlis, Mukim Seriab, Persiaran
Wawasan, 01000 Kangar, Perlis Jabatan Imigresen Negeri Kedah,
Tingkat 1&2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah , 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang,
Jalan Kelasah,
13700 Bandar Seberang Jaya Jabatan Imigresen Negeri Perak, Aras 2-4, Kompleks KDN,
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh
Perak Jabatan Imigresen Kuala Lumpur,
Aras LG, 1,2 & 5, Kompleks Kementerian
Dalam Negeri (KDN), No 69,
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta,
50550 Kuala Lumpur Jabatan Imigresen Negeri Selangor,
Tingkat 2, Kompleks PKNS,
40550 Shah Alam, Selangor Jabatan Imigresen Negeri Pahang,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri
(KDN), Bandar Indera Mahkota, 25200,
Kuantan Jabatan Imigresen Negeri Terengganu,
Tingkat 1, Wisma
Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu Jabatan Imigresen Negeri Kelantan,
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri
Kelantan,
Kompleks Imigresen Negeri Kelantan, Jalan Hospital,15000, Kota Bharu, Kelantan. Jabatan Imigresen Negeri Melaka,
Aras 1-3, Blok Pentadbiran, Kompleks
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka Jabatan Imigresen Negeri Sembilan,
Tingkat 2, 4, 6 & 7, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato’ Abdul Kadir, 70000,
Seremban Jabatan Imigresen Negeri Johor,
Tingkat 1-3 dan 8-14, Blok 1 , Kompleks
Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Taman Setia Tropika, 81200, Johor
Bahru, Johor Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan,
Unit E002, Tingkat 1, Aras
Podium, Kompleks Ujana Kewangan,
Jalan Merdeka, Peti Surat 174, 87008,
W.P. Labuan Jabatan Imigresen Negeri Sabah,
Aras 1 – 4, Blok B, Jalan UMS,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 88300, Kota Kinabalu,
Sabah Jabatan Imigresen Negeri Sarawak,
Jabatan Imigresen Negeri Sarawak,
Tingkat 1 & 2, Bangunan Sultan
Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93550 Kuching, Sarawak Untuk maklumat lanjut tentang alamat dan lokasi Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negeri, anda boleh rujuk pautan ini: https://www.imi.gov.my/index.php/hubungi-kami-2/hubungi-kami/
Dokumen Wajib Dibawa Pemohon perlu membawa:
Pasport yang masih sah; atau Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) daripada kedutaan masing-masing Tiket pulang ke negara asal Tarikh perjalanan minimum 5 hari selepas tarikh hadir Tidak melebihi 14 hari Bayaran Kompaun Mengikut Kesalahan Melalui PRM 2.0, pendatang asing yang terlibat akan dikenakan kompaun seperti berikut:
RM500 – Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah RM500 – Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan RM300 – Melanggar syarat pas RM20 – Bayaran Pas Khas bagi setiap pengeluaran (wajib untuk semua kategori) Nota penting:
Kanak-kanak warga asing di bawah umur 18 tahun yang tinggal lebih masa atau dibawa masuk tanpa pas sah dikecualikan daripada kompaun, namun masih perlu membayar Pas Khas sebanyak RM20.
Maklumat Lanjut Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Program Repatriasi Migran 2.0, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Laman web rasmi: www.imi.gov.my Talian Jabatan Imigresen Malaysia: 03-8880 1269 Soalan Lazim – Program Repatriasi Migran 1. Apakah Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0)? PRM 2.0 ialah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membolehkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pulang ke negara asal secara sukarela tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
2. Siapakah yang layak menyertai PRM 2.0? PATI yang berada di Malaysia dan ingin pulang ke negara asal secara sukarela serta memenuhi semua syarat permohonan yang ditetapkan oleh JIM.
3. Bilakah tempoh pelaksanaan PRM 2.0? Program ini dilaksanakan bermula 19 Mei 2025 hingga 30 April 2026.
4. Adakah program ini melibatkan pihak ketiga atau ejen? Tidak. PRM 2.0 dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga atau ejen.
5. Apakah kesalahan imigresen yang boleh memohon PRM 2.0? Antara kesalahan yang dibenarkan:

– Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah
– Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan
– Melanggar syarat pas
6. Berapakah bayaran kompaun yang dikenakan? Bayaran kompaun adalah seperti berikut:

RM500 – Masuk dan tinggal tanpa pas atau permit sah
RM500 – Tinggal melebihi tempoh dibenarkan
RM300 – Melanggar syarat pas
RM20 – Bayaran Pas Khas bagi setiap pengeluaran (wajib)
7. Adakah kanak-kanak dikenakan kompaun? Kanak-kanak warga asing di bawah umur 18 tahun dikecualikan daripada bayaran kompaun, namun tetap perlu membayar Pas Khas sebanyak RM20.
8.Apakah syarat utama permohonan PRM 2.0? Syarat utama adalah:

– Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah
– Mempunyai tiket pulang ke negara asal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari
– Hadir sendiri ke pejabat Imigresen yang ditetapkan
– Membuat bayaran kompaun melalui kaedah tanpa tunai
9. Di manakah permohonan boleh dibuat? Permohonan boleh dibuat secara walk-in di 14 Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
10. Apakah kaedah bayaran yang diterima? Bayaran kompaun hanya diterima melalui:
– Kad debit
– Kad kredit
– Touch’n Go eWallet

Bayaran tunai tidak diterima.
11. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa permohonan? Pemohon perlu membawa:

– Pasport yang masih sah; atau
– Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) daripada kedutaan masing-masing
– Tiket pulang ke negara asal (tarikh perjalanan dalam tempoh ditetapkan)
12. Siapakah yang tidak layak menyertai PRM 2.0? Individu berikut tidak layak:

– Pernah mendaftar PRM tetapi gagal keluar dari Malaysia
– Disenarai hitam atau mempunyai waran tangkap
– Pasangan kepada warganegara Malaysia (perlu rujuk Bahagian Visa, Pas dan Permit)
13. Adakah program ini terbuka di seluruh Malaysia? Tidak. PRM 2.0 hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Baca juga:
Sukarelawan JKM: Peranan, Syarat Pemilihan & Cara Memohon ePLKN 3.0 – Semakan PLKN 2026 (Program Latihan Khidmat Negara) e-Pengambilan TUDM 2026 (Tentera Udara Diraja Malaysia)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-repatriasi-migran/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-repatriasi-migran

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lesen Mendulang Emas 2026 Permohonan Syarat

Lesen Mendulang Emas 2026 Permohonan Syarat

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 144 hits
Lesen mendulang emas 2026 akan dibuka secara rasmi kepada rakyat Kelantan bermula Januari 2026 Permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Tanah dan Galian negeri atau jajahan bermula tahun hadapan Layari untuk semak syarat kelayakan permoho...
Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 177 hits
Perumahan Kasih Johor sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif ta...
Cara Kiraan Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Permohonan Gcr

Cara Kiraan Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Permohonan Gcr

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 134 hits
Urusan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Tahun 2025 kini telah dibuka untuk menerima permohonan daripada Kementerian mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Penjawat awam yang telah memenuhi syarat sepertimana dalam Peke...
5 Cara Menghasilkan Uang Dari Telegram Tanpa Modal

5 Cara Menghasilkan Uang Dari Telegram Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 128 hits
Jadikan Telegram mu ladang cuan online Inilah beberapa cara menghasilkan uang dari Telegram yang wajib kamu coba
Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 176 hits
Dalam dunia pemasaran moden rekaan grafik bukan lagi sekadar visual cantik tetapi merupakan salah satu faktor terpenting yang menentukan cara pelanggan melihat menilai dan mempercayai sesebuah jenama Jika rekaan grafik anda kuat jelas dan k...
Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 112 hits
Cara memadam api yang keluar dari tong gas Visit Wansite Kredit
Cara Bersihkan Kain Lap Dapur Dengan Mudah Berkesan Tip Power Untuk Hilangkan Bau

Cara Bersihkan Kain Lap Dapur Dengan Mudah Berkesan Tip Power Untuk Hilangkan Bau

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 155 hits
Kain lap dapur memang menjadi item yang sangat penting di dapur kerana ia membantu membersihkan pelbagai kotoran seperti sisa minyak tumpahan bahan masakan dan kotoran yang melekat pada permukaan meja Bila digunakan setiap hari kain ini mud...
Demam Tifoid Cara Merebak Simptom Langkah Pencegahan

Demam Tifoid Cara Merebak Simptom Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 118 hits
Demam Tifoid atau Demam Kepialu ini merupakan salah satu penyakit yang berisiko untuk menjangkiti orang awam terutamanya mereka yang mengalami bencana banjir dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk nasihat kesihatan melalui pauta...
Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 170 hits
Buka linkKlik LUPA KATA SANDI Lalu akan dialihkan ke halaman baruIsi ID PENGGUNA DENGAN NIK PILIH TUJUAN KONFIRMASIKETIK CAPTCHACENTANG PERNYATAANKLIK KIRIMCek email klik link yang dikirim coretax Lalu akan terbuka halaman baruUsername Otom...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025