Program Kembara Masjid 2 Negeri


Program Kembara Masjid 2 Negeri | Pada 22 Oktober lalu aku terpilih bersama 4 lagi rakan guru untuk menyertai Program Kembara Masjid 2 Negeri yang dianjurkan oleh Unit Diniyah (guru agama). Kami ditugaskan untuk mengiring 37 orang murid terpilih untuk menjelajah masjid-masjid yang cantik di sekitar kami. 

For step to the mosque, there is a degree of reward for you - Sahih Bukhari Book 034, No 330
Antara lokasi terpilih untuk kami lawati dalam masa sehari itu adalah :-

Nasyrul Quran Masjid Putra (Putrajaya)Masjid Tuanku Mizan (Putrajaya)Masjid Sendayan (Negeri Sembilan). 
LOKASI 1 // Nasyrul QuranNasyrul Quran ini bukan masjid tetapi adalah sebuah Pusat Percetakan Al-Quran. Menariknya, Nasyrul Quran ini adalah pusat percetakan Al-Quran yang KEDUA TERBESAR DI DUNIA. 


Nama Nasyrul Quran bermaksud. "The spread of the Qur'an". Pusat ini terletak di Presint 14, Putrajaya. Masuk adalah percuma, tetapi perlu buat permohonan dulu kerana kita akan diberi pengiring yang akan membawa kita menjelajah ke setiap department di dalam kompleks ini nanti. 
Semasa di dalam Kompleks Nasyrul Quran ini, kita akan diberi penerangan mengenai Yayasan Restu dan Pengenalan kepada Nasyrul Quran selama lebih kurang 30 minit sebelum bergerak untuk melihat sendiri keindahan Galeri Mushaf Malaysia di mana setiap negeri ada surah dan corak yang tersendiri



Kemudian kita akan bergerak ke tingkat atas untuk melihat pula Galeri Mushaf Antarabangsa dimana pelbagai corak dan Alquran dari seluruh dunia dapat dinilai dan dibandingkan keunikan masing-masing. Kemudian kami dibawa untuk melihat sendiri Galeri Interior Design selama 15 minit sebelum ke tempat percetakan Al-Quran untuk melihat sendiri prosesnya dari atas. 



Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli belah buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan di Pusat Nasyrul Quran ini. Aku sendiri membeli dua buah buku nota (satu untuk kawan) dan beberapa poster Khat Kufi dan Ayat Kursi untuk diframekan dan dipasang di dinding rumah. Murah sangat harganya rugi kalau terlepas peluang

Kami semua juga mendapat senaskah Yaasin yang  telah diwaqafkan pada pengunjung kompleks pada hari tersebut. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan yang mewaqafkan. 

LOKASI 2 // Masjid Putra
Seterusnya, kami bergerak pula ke Masjid Putra yang terletak di Putrajaya. Masjid yang terletak berhampiran Tasik Putrajaya ini memang terkenal dengan kecantikan seni binanya. Ramai juga pengunjung bukan Islam dari seluruh dunia yang turut datang melawat rumah Allah ini. Semoga terdetik hidayah dalam hati mereka, aamin aamin ya rabbal alaamin. Itulah hikmah masjid dibuka pada semua orang, cara dakwah yang sangat indah

Kami disambut oleh seorang pengiring pelawat berbangsa Cina, seorang Mualaf yang sangat baik. Pelbagai cerita mengenai masjid dikongsi pada anak-anak murid, dan mereka sangat tertarik untuk mendengarnya. 

Kami makan tengahhari di perkarangan masjid sebelum mendirikan solat Zohor berjemaah di Masjid Putra ini. Ruang solat wanita adalah di tingkat atas. Agak mengah juga memandangkan perut penuh baru diisi, berlumba-lumbalah teacher dan anak murid mendaki tangga kerana memberi peluang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif. 

LOKASI 3 // Masjid Sultan Mizan
Masjid Sultan Mizan ini juga dikenali dengan nama Masjid Besi, kerana 70% binaannya adalah daripada besi. Masjid ini juga tidak kurang indahnya dari Masjid Putra. Tetapi masa kedatangan kami, seperti masih banyak ruang yang masih dalam penyelenggaraan. Escalator juga tidak berfungsi

Aku sangat suka permandangan di Kiblat Walk dan Pintu Kapal Noah yang bertentangan dengan Istana Kehakiman. Tetapi tiada gambar lagi memandangkan aku masih tidak dapat gambar rasmi dari cameraman tapi dah tak sabar-sabar nak update posting ini, hahaha. Sungguh luas mata memandang permandangannya



Masuk sahaja ke ruang masjid, anak-anak muridku mendirikan solat tahiyatul masjid bersama-sama. Alhamdulillah, sejuk hati teacher melihat mereka mengaplikasikan niat solat tahiyatul masjid yang teacher ajar. 
Kemudian barulah kami membuat rombongan cik kiah untuk meninjau sekeliling masjid sambil dibimbing oleh seorang sukarelawan di masjid itu. Beliau berbangsa Arab dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, Melayu. Kagum sungguh melihat. 



Selesai melawat Masjid Besi ini, kami naik semula bas dan akan bertolak pulang ke Negeri Sembilan semula untuk melawat ke masjid terakhir, iaitu...


LOKASI 4 // Masjid SendayanYa, Masjid Sendayan! Masjid yang paling kutunggu-tunggu sebab masih belum sempat ke Masjid ini lagi walaupun dekat sahaja dengan Port Dickson. Subhanallah, memang betul-betul cantik masjid ini. Oleh kerana skill mengambil gambar aku amatlah kelaut, jadi tengoklah gambar dari wikipedia ni dulu


Cantikkan! Ada cakap macam Taj Mahal, ada cakap Masjid Nabawi, tapi itulah tu, dedua tu aku tak mampu jejakkan kaki lagi. Jadi Masjid Sendayan pun dah indah dah pada pandangan mata aku ni


Taknak lepaskan peluang bergambar depan masjid, boleh menunjuk pada suami aku yang tak dapat pergi lagi tu, ehehehe. Mohon jealous ok


Kami mengambil peluang mendirikan solat Asar di Masjid Sendayan ini. Ya Allah, sangat selesa dengan aircond sejuknya, ruang luas, wangi pula tu. Tak terucap rasa, nak duduk lama-lama dalam tu tapi sayangnya tak boleh sebab ikut rombongan pula. Haha. Lepas ni nak ajak suami dating di situ la. 

Bergambar kenangan di ruang solat perempuan dengan anak-anak murid yang comel belaka ni. Moga tahun depan ada peluang lagi untuk kita join aktiviti macam ni kan..

Kesimpulannya, aku rasa aktiviti ini sangat bermanfaat dan dapat pujian parents dan murid-murid yang enjoy sepanjang hari mengenali rumah Allah. 
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi tahun hadapan..

Follow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.noormaizan.com/2019/10/program-kembara-masjid-2-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Komuniti Mcdonald S Peringkat Negeri Sembilan Dan Mcdonald S Pandu Lalu Pertama Di Kuala Pilah

Program Komuniti Mcdonald S Peringkat Negeri Sembilan Dan Mcdonald S Pandu Lalu Pertama Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 839 hits
hai assalammualaikumProgram Komuniti McDonald s Peringkat Negeri Sembilan Dan McDonald s Pandu Lalu Pertama Di Kuala Pilah Haritu nad dijemput ke Program Komuniti McDonald s Peringkat Negeri Sembilan dan majlis pembukaan McDonald s pertama ...
Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 291 hits
Oleh Mustaqim AfandiKota Putera 28 Oktober Program Geng Masjid memupuk minat kanak kanak untuk solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sema...
Tragedi Bom Masjid Setakat Ini 62 Orang Disahkan Terkorban

Tragedi Bom Masjid Setakat Ini 62 Orang Disahkan Terkorban

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 243 hits
Menurut jurucakap Wilayah Nangarhar Afganistan sekurang kurangnya 62 orang dilaporkan terbunuh dan ratusan mangsa cedera dalam insiden pengeboman masjid di selatan Afghanistan Saksi menjelaskan bahawa bumbung masjid itu runtuh akibat letupa...
Lebih 20 Jemaah Maut Masjid Di Bom Ketika Tunaikan Solat Jumaat

Lebih 20 Jemaah Maut Masjid Di Bom Ketika Tunaikan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 374 hits
KABUL Sekurang kurangnya 17 orang jemaah terbunuh dalam satu letupan ketika sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Afghanistan hari ini Menurut jurucakap polis insiden berlaku di daerah Haska Mina di wilayah timur Nangarhar dan ...
Ramai Teruja Kate Middleton Anggun Sopan Bertudung Ketika Melawat Masjid Di Pakistan

Ramai Teruja Kate Middleton Anggun Sopan Bertudung Ketika Melawat Masjid Di Pakistan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 420 hits
Kate Middleton 38 sopan dengan busana tradisional Pakistan ketika beliau dan Putera William menjalankan lawatan diraja mereka ke negara itu minggu ini sebagai tanda menghormati negara tersebut Gambar Mirror Terbaru beliau anggun mengenakan ...
Bom Meledak Di Masjid 28 Orang Tewas Saat Sholat Jum At Hingga Atap Masjid Ambruk

Bom Meledak Di Masjid 28 Orang Tewas Saat Sholat Jum At Hingga Atap Masjid Ambruk

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 291 hits
Sebuah bom meledak di masjid dan berdampak 28 orang tewas saat ibadah salat Jumat Diketahui ledakan bom terjadi di masjid di Afganistan Selain itu daya ledak bom di masjid Afganistan tersebut membuat atap masjid ambruk Kejadian ledakan bom ...
Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid

Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 395 hits
SOALAN Apakah hukumnya dua solat jemaah dalam satu masjid pada waktu yang sama JAWAPAN Gambaran dua solat jemaah dalam masa yang sama dalam satu masjid adalah satu perkara bid ah yang mendatangkan kemusykilan kepada manusia Dan hukum pada y...
Kerajaan Perak Tidak Benar Kempen Bmf Di Masjid Kata Exco Agama

Kerajaan Perak Tidak Benar Kempen Bmf Di Masjid Kata Exco Agama

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 415 hits
Exco Perak Asmuni Alwi berkata penganjuran kempen BMF bukan sahaja tidak memberi keuntungan kepada masyarakat Muslim malah dilihat rasis dan bersifat politik IPOH Kerajaan Perak tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana pertubuhan buk...
Perak Larang Kempen Bmf Di Kawasan Masjid

Perak Larang Kempen Bmf Di Kawasan Masjid

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 454 hits
IPOH DIKEMASKINI Kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak semalam Exco Agama dan...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka