Program Komuniti Mcdonald S Peringkat Negeri Sembilan Dan Mcdonald S Pandu Lalu Pertama Di Kuala Pilah


hai assalammualaikum

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan Dan McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah- Haritu, nad dijemput ke Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan dan majlis pembukaan McDonald's pertama di Kuala Pilah.

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri SembilanProgram Komuniti McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s dengan kerjasama badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan, menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang dijalankan di seluruh negara.


Sumbangan sebanyak RM637,200 telah diberikan  kepada kerajaan Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia – Peringkat Negeri Sembilan, yang berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga Disember.
     
Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan ini adalah untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan menerusi:
1) Agihan zakat perniagaan McDonald’s untuk Negeri Sembilan
2) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s
3) Program “Kembali ke Sekolah”

"Saya sangat sukacita dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh McDonald's Malaysia. Kerjasama erat melibatkan sektor korporat dan kerajaan negeri sentiasa dialu-alukan di sini, seiring dengan matlamat kami untuk mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi negeri," kata Dato' Seri Aminuddin.

"Belanjawan 2020 baru-baru ini telah dirangka dengan memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, di samping memacu pertumbuhan ekonomi negara. Ini hanya boleh dicapai jika sektor korporat, pihak kerajaan, dan komuniti sama-sama berganding bahu. Saya gembira kerana McDonald's Malaysia membawa inisiatif ini ke Negeri Sembilan, yang secara langsung memberikan impak positif kepada masyarakat di sini," tambah Dato' Seri Aminuddin.

Ok, jom tengok Program Komuniti McDonald's Malaysia Peringakat Negeri Sembilan ini.

1) Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s
McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Kalau korang nak tau, McDonald's Malaysia merupakan sebuah perniagaan yang 100 peratus milik umat Islam. Sejak diambil alih, Zakat menjadi komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk di tunaikan pada setiap tahun, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.




Pada hari itu, McDonald’s Malaysia menjalankan kewajipan zakatnya kepada Negeri Sembilan dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017," kata Azmir.

McDonald's Malaysia baru-baru ini menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima pengiktirafan ini.

2) Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 
Program seterusnya adalah peluang pekerjaan untuk golongan belia yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk mengenal pasti belia daripada golongan Asnaf yang berminat menyertai program SLDN ini.


Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Alhamdulillah, dengan inisiatif seperti ini, anak-anak ini dapat memulakan karier dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan.


Melalui program latihan ini, setiap pelatih diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program latihan McDonald’s Malaysia yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi. 70 peratus daripada program ini meliputi latihan praktikal di restoran McDonald's, manakala 30 peratus lagi merupakan kelas teori di bilik darjah. Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

3) Program Kembali ke Sekolah
Pada hari itu juga, pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar telah menerima pek "Kembali Ke Sekolah". Program "Kembali ke Sekolah" adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Lebih 1,700 kanak-kanak dari 53 sekolah di seluruh Negeri Sembilan telah menerima pek "Kembali ke Sekolah" tahun ini. Pek "Kembali ke Sekolah" ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Sebelum ni, nad saksikan sendiri, pelancaran dan penyampaian pek "Kembali ke Sekolah" di Kuala Lumpur. Kali ni di Negeri Sembilan pulak. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, McDonald’s berhasrat membantu 30,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM3 juta.


Pek "Kembali ke Sekolah" ini bertujuan memberi semangat dan motivasi untuk pelajar sekolah rendah memasuki alam persekolahan tahun 2020 nanti. Ia juga dapat meringankan beban ibu bapa dalam membelikan keperluan sekolah anak.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's Malaysia dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

"Membantu golongan yang kurang berkemampuan adalah nilai teras McDonald's Malaysia, dan kami gembira rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja, dan pelanggan kami turut serta menghulurkan sumbangan ikhlas. Kami berharap ia dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga  kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan  tahun persekolahan baharu dengan keyakinan dan kegembiraan," kata Azmir, yang juga Presiden RMHC Malaysia.

Pek "Kembali ke Sekolah" akan disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri lain di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia yang terdiri daripada pelbagai inisiatif komuniti bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Program Komuniti McDonald’s merupakan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.


Sumbangan Orang Ramai Digalakkan!!

Sebenarnya, sumbangan untuk kanak-kanak ini turut diperolehi dari orang ramai. Jom sumbang korang!! Boleh sumbang di tabung merah dekat depan kaunter di setiap restoran McDonald's. Jadi, bila ada duit lebih tu, boleh sumbang sedikit bagi sama-sama membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kalau nak buat transaksi online pun boleh. Korang boleh sumbang secara online di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/. Jom korang, setiap sumbangan memberi sinar bahagia kepada mereka yang memerlukan.

RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.




Kalau lalu jalan Kuala Pilah ni, terasa penat atau lapar, boleh singgah McDonald's ni.

McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah 
Siapa orang Kuala Pilah dekat sini, korang mesti tau kan dah ada restoran McDonald's baru dibuka di sana. Hah, lepas ni bolehla makan McD selalu..hehee. Kalau dulu, Kuala Pilah merupakan pekan kecil yang tiada apa-apa, kini, Kuala Pilah telah membangun.

Restoran McDonald's Kuala Pilah ini merupakan restoran terbaharu di Negeri Sembilan yang terletak di daerah tersebut. Ini juga merupakan restoran ke-13 di Negeri Sembilan.



"Kami teruja berada di sini hari ini bagi meraikan pembukaan rasmi restoran pertama McDonald's di Kuala Pilah. Kami melihat Kuala Pilah sebagai lokasi yang amat baik dimana ia membolehkan kami melayani lebih ramai rakyat Malaysia dan memberi mereka pengalaman manis atau ‘feel good moments’," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.


Restoran McDonald’s Pandu-Lalu di Kuala Pilah merupakan sebahagian daripada usaha perkembangan syarikat itu di Malaysia. Dengan lebih 290 restoran setakat ini, McDonald's Malaysia merancang untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan pembukaan 450 restoran di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Masa nad sampai sini, memang ramai yang datang singgah ke McDonald’s Kuala Pilah. Penuh sampai tak cukup ruang. Kuala Pilah merupakan lokasi yang sangat strategik, terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan dan ia merupakan laluan ke Pantai Timur, memang sangat sesuai McDonald's dibina di sini untuk orang ramai singgah, berehat dan makan, bagi yang menggunakan laluan berkenaan. McDonald's Malaysia melihat banyak potensi bukan sahaja di Kuala Pilah, malah di Negeri Sembilan secara keseluruhan.









Boleh tengok keadaan di dalam McDonald's Kuala Pilah. Dekat sini lengkap ada McCafe, kiosk order sendiri, taman permainan kanak-kanak, tandas, drive-thru dan lain-lain lagi.

McDonald's Malaysia ada membuat perancangan untuk membuka beberapa lagi restoran di Negeri Sembilan dan berharap dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat.

"Selain potensi yang terdapat di negeri ini, perkembangan perniagaan kami di sini turut melibatkan komitmen kami kepada masyarakat di Negeri Sembilan. Memberi kembali kepada masyarakat di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami," tambah Azmir.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/11/program-komuniti-mcdonalds-peringkat_4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Bantu Golongan Masyarakat Memerlukan Di Negeri Sembilan

Mcdonald S Bantu Golongan Masyarakat Memerlukan Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 353 hits
Fuh Baru baru ni sempat menyaksikan McDonald s membuat sumbangan sebanyak RM637 200 sempena Program Komuniti McDonald s Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Kuala Pilah Untuk pengetahuan korang Program Komuniti McDonald s ni berlangsung se...
Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019

Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 374 hits
Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019 Pagi ni aku terlibat dengan seminar ni di Pusat Islam Iskandar Awal lagi dah sampai Park sebelah masjid sebab nak meronda snap picas sikit cam biasa Sampai ke Pusat Islam Daftar dan terus...
Mcdonald S Memperuntukkan Rm 3juta Dalam Program Kembali Ke Sekolah 2019

Mcdonald S Memperuntukkan Rm 3juta Dalam Program Kembali Ke Sekolah 2019

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 589 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pernah lihat tak tabung di atas kaunter McDonald s Tabung tu biasanya orang isi dengan syiling sahaja Tabung itu sebenarnya sangat banyak membantu ramai orang terutama golongan berpendapatan rendah dan mi...
Pbugpi Gba Peringkat Daerah Kuala Selangor 2019

Pbugpi Gba Peringkat Daerah Kuala Selangor 2019

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 331 hits
AssalamualaikumAlhamdulilah Program berjalan lancar Terima Kasih semua GURU MURSYID PEMBINA UMMAH jomcintaiILMU
Program Kembara Masjid 2 Negeri

Program Kembara Masjid 2 Negeri

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 716 hits
Program Kembara Masjid 2 Negeri Pada 22 Oktober lalu aku terpilih bersama 4 lagi rakan guru untuk menyertai Program Kembara Masjid 2 Negeri yang dianjurkan oleh Unit Diniyah Kami ditugaskan untuk mengiring 37 orang murid terpilih untuk menj...
Mercu Tanda Za Ba Bandar Sri Jempol Negeri Sembilan

Mercu Tanda Za Ba Bandar Sri Jempol Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 951 hits
Siapakah Pendeta Za ba Rujuk untuk maklumat asas Atau untuk versi English rujuk Mercu tanda Za ba di Simpang KeratongRakyat Malaysia umumnya dan rakyat Negeri Sembilan khususnya kena kenali siapa dia Za ba ni Betapa banyaknya jasa dia kepad...
Banjir Di Negeri Sembilan 2 Pps Ditutup 3 Lagi Beroperasi Di Jelebu

Banjir Di Negeri Sembilan 2 Pps Ditutup 3 Lagi Beroperasi Di Jelebu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 325 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Apamautipulagi Prk Semenyih Cerita Hospital Prk Rantau Cerita Hsr Lalu Negeri Sembilan Prk Tg Piai Cerita Rts Pulak

Apamautipulagi Prk Semenyih Cerita Hospital Prk Rantau Cerita Hsr Lalu Negeri Sembilan Prk Tg Piai Cerita Rts Pulak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 417 hits
Ingat lagi tak masa kat PRK Semenyih kerajaan Pakatan Harapan bawa cerita nak buat hospital lepas tu masa PRK Semenyih kerajaan Pakatan Harapan umumkan landasan High Speed Rail tiba tiba nak dibengkokkan dan lalu Negeri Sembilan sekarang ni...
Rider Mcdonald S Pandu Lalu Bintulu

Rider Mcdonald S Pandu Lalu Bintulu

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 372 hits
Delivering food products to customers in a timely manner in a professional way Maintain good road ethics to other road users Will help in restaurant operations if there is no delivery Make sure the restaurant is clean and tidy Produce quali...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket