Program Ihya Ramadhan Kelantan Trip 2019









KOTA BHARU, 20 MEI 2019: Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan dan Syarikat Penerbangan Firefly akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Kelantan Fam Trip 2019 pada 20 hingga 23 Mei 2019.


Program lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan ketenangan di negeri Kelantan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada pihak media dan agensi pelancongan dari seluruh negeri. Program ini juga bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan yang sinonim dengan jolokan negeri “Serambi Mekah” ini selain aktiviti-aktiviti berunsurkan keislaman dan kerohanian yang diamalkan oleh rakyat Kelantan ketika menyambut bulan Ramadhan.


Seramai 60 peserta yang terdiri daripada para media, agensi pelancongan, pegawai Tourism Malaysia dan pegawai MOTAC dari seluruh negeri menyertai program ini. Sasaran peserta program ini adalah khusus untuk yang bukan beragama Islam (Cina, India dan lain-lain) bagi memberikan pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadhan di negeri Kelantan.


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan. Justeru itu, senario seperti inilah yang ingin ditonjolkan dalam mengangkat suasana “Ihya Ramadhan” di negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.


Program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan keislaman seperti Bersuluk di Makam Tok Selehor, Masjid Muhammadi yang menjadi pusat penyampaian ilmu oleh ulama tersohor iaitu Tok Kenali, Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua di Malaysia berusia lebih 300 tahun dan Masjid Ar Rahman, Kg. Pulau Gajah yang terkenal dengan keindahan senibina bangunan.


Para peserta juga akan dibawa untuk mengikuti Program Ihya Ramadhan yang merupakan suatu program mega tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Program yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dikenali sebagai Qaryah Ramadhan di Serambi Mekah.


Program ini juga memperkenalkan kemeriahan Bazar Ramadhan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV serta amalan makan colek selepas solat sunat terawih yang sangat popular di kalangan rakyat Kelantan.


Di Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam (Pondok). Bagi program ini, peserta dibawa melawat Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh bagi melihat secara lebih dekat aktiviti harian pelajar sepanjang bulan Ramadan.


Selain terkenal dengan produk pelancongan Islam, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga popular dengan makanan tradisional di mana pada bulan Ramadan, pelbagai kuih muih yang unik dipasarkan contohnya kuih nekbat, kuih ‘kuba guling’ dan sebagainya.


Berdasarkan kepada Kajian Kadar Penginapan Hotel yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, pada tahun 2017 telah merekodkan peningkatan kedatangan penginap hotel ke Kelantan sebanyak 0.37% dengan bilangan 1,201,120 orang penginap hotel berbanding pada tahun 2016 iaitu seramai 1,196,685 orang penginap hotel.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di talian 09-747 7554.



Pejabat Tourism Malaysia Kelantan
Tel: 09-747 7554 Faks: 09-747 8010


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ohsemnow.com/2019/05/program-ihya-ramadhan-kelantan-trip-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Program Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020

Senarai Program Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1386 hits
Assalamualaikum Hari ini Cik Nor nak kongsikan senarai program yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2020 sempena tahun melawat Kelantan 2020 Jangan lupa baca entry dan yang mesti korang kunjungi kalau berkunjung ke Kelantan
Trip Kuala Lumpur 2019 Istana Negara

Trip Kuala Lumpur 2019 Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 292 hits
Sampai juga kami ke Istana Negara Tak dapat masuk tengok dari luar pun jadilah Sungguh indah rekabentuk dan landskapnya Nampak tenang dan mendamaikan Ramai juga pelancong asing yang datang melawat dan tidak melepaskan peluang merakam gambar...
Sekitar Kemeriahan Sambutan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Sekitar Kemeriahan Sambutan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 173 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Summit USJ Ahad 10 November 2019 berlangsungnya program Merakyatkan Seni Budaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Serumpun Majlis disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid B...
Keputusan Pengambilan Kedua Ipta Sesi 2019 2020

Keputusan Pengambilan Kedua Ipta Sesi 2019 2020

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 642 hits
Disini anda boleh semak segala keputusan pengambilan kedua bagi senarai Universiti Awam IPTA yang terlibat bagi sesi akademik 2019 2020 Pengambilan ini merupakan pengambilan kedua untuk memasuki IPTA selepas keputusan UPUOnline yang diumumk...
Gambar Percutian Ke Padang Bukit Tinggi 2019 Keluarga Sis Fareha

Gambar Percutian Ke Padang Bukit Tinggi 2019 Keluarga Sis Fareha

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 501 hits
Bercuti bersama keluarga dan kawan kawan merupakan satu momen yang paling indah dalam hidup seseorang Apalagi percutian itu berjaya mengikut apa yang kita rancangkan di itenari perbelanjaan juga tidak melebihi budget disertakan pula kenyang...
Pertamina Beberkan Alasan Lifting Migas Tak Capai Target Di 2019

Pertamina Beberkan Alasan Lifting Migas Tak Capai Target Di 2019

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 187 hits
PT Pertamina EP melakukan rapat dengar pendapat bersama Komisi VII Dewan Perwakilan Rakyat salah satunya membahas kinerja lifting minyak dan gas di 2019 Tercatat lifting minyak Pertamina EP baru mencapai 96 persen sedangkan untuk gas 92 5 p...
Short Vacation Last Minute Genting Highlands 2019

Short Vacation Last Minute Genting Highlands 2019

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 329 hits
Short Vacation Last Minute Genting Highlands 2019 Tak pernah lagi dalam hidup nieyl pergi short vacation last minit seperti ini Actually pada asalnya memang nieyl dan husband tak dapat nak join pun adik beradik husband bercuti di Genting se...
Tnb Dikompaun Rm3 6 Juta Ekoran Kenaikan Bil Elektrik Tinggi Pada Mei Jun 2019

Tnb Dikompaun Rm3 6 Juta Ekoran Kenaikan Bil Elektrik Tinggi Pada Mei Jun 2019

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 321 hits
Suruhanjaya Tenaga mengenakan kompaun RM3 6 juta terhadap Tenaga Nasional Berhad berikutan kenaikan bil elektrik tinggi yang berlaku pada Mei dan Jun 2019 Sebanyak 36 kompaun dikeluarkan kepada TNB selepas ST menyiasat aduan pengguna mengen...
Bpkh Kelola Dana Haji Capai Rp125 Triliun Sepanjang 2019

Bpkh Kelola Dana Haji Capai Rp125 Triliun Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 133 hits
Pertumbuhan aset sebesar Rp125 triliun ini tidak lepas dari bertambahnya masyarakat yang ingin melakukan ibadah haji Namun angka ini masih bersifat sementara mengingat masih menunggu hasil audit dari Badan Pemeriksa Keuangan
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid