Program Bantuan Peralihan Ngv Cara Mohon Jenis Pakej Bantuan


Program Bantuan Peralihan NGV adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) untuk membantu pemilik kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) beralih kepada bahan api alternatif. 
Inisiatif ini diperkenalkan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pendaftaran atau pelesenan kenderaan NGV di Malaysia mulai 1 Julai 2025. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Permohonan STR 2025 – Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Apa Itu Program Bantuan Peralihan NGV? Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV ini diperkenalkan oleh PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pengguna kenderaan NGV dalam proses peralihan kepada kenderaan petrol, diesel atau lain-lain.
Program ini bertujuan untuk menyokong keputusan Kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai daripada penggunaan kenderaan NGV yang tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa. 
PETRONAS NGV Sdn Bhd prihatin terhadap impak peralihan ini kepada pengguna, dan oleh itu, pakej bantuan ini disediakan untuk membantu meringankan beban kepada tiga kumpulan sasar yang layak.
Proses Permohonan Permohonan boleh dibuat mulai 4 November 2024. Semakan kelayakan dan permohonan boleh dilakukan melalui laman web www.peralihanngv.com mengikut pakej bantuan yang ingin dipohon. 

Pakej Bantuan Ditawarkan Terdapat tiga pakej bantuan yang ditawarkan iaitu:
1. Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV Pakej bantuan peralihan ini adalah khusus untuk pemandu teksi yang layak merangkumi pemberian e-baucar Setel bernilai RM3,000 secara one-off yang akan dikreditkan melalui aplikasi Setel.​
1.1 Tarikh tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2024.
1.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:
Pemandu teksi NGV yang masih aktif Pemegang Kad Pemandu teksi yang sah​ & Pemegang Permit Kenderaan yang sah (Seperti yang direkodkan dalam data APAD dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024) Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024 1.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon
Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV:​
Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligible)
>> Masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak kelayakan
Langkah 2: Mohon
>> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pemandu Salinan Permit Kenderaan Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.​
Langkah 3: Terima Bayaran​
>> Muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima pembayaran dalam tempoh 15 ke 30 hari bekerja melalui e-baucar Setel.
1.4 Panduan permohonan Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV
Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 1. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan. Status permohonan anda akan dihantar melalui e-mel. Anda akan menerima e-mel pengesahan berkenaan status kelayakan. Sekiranya permohonan anda berjaya, sila muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima e-baucar bantuan. 1.5 Cara Semak Status Permohonan
Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligible, dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah.  Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik SEMAK.  1.6 Muat Turun PDF
Muat turun PDF Syarat & Terma Kelayakan dan, Soalan Lazim untuk Pakej Bantuan 1:
Terma dan Syarat_TaxiMUAT TURUN Soalan-Soalan Lazim_TaxiMUAT TURUN 2. Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV (dual-fuel) yang layak untuk menanggalkan kit NGV secara percuma di Rakan Bengkel yang terpilih. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
2.1 Tarikh tutup permohonan 
Permohonan perlu dibuat sebelum 30 April 2025
2.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:
Kenderaan dwi-bahan api (NGV/petrol/diesel) yang masih aktif Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) (Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024) Hantar permohonan sebelum 30 April 2025 2.3 Langkah-Langkah Permohonan
Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV:
Langkah Pertama: Semak Kelayakan. (Layari: https://www.pomen.peralihanngv.com/ )
>> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
Nama Penuh Nombor Telefon Alamat E-mel Nombor Pendaftaran Kenderaan Nombor Casis Langkah Kedua: Tempah Janji Temu.
>> Anda akan menerima e-mel, sila tekan pautan yang tertera. Untuk membuat janji temu, isikan borang tempahan dengan butiran dibawah:
Tetapkan lokasi pilihan Tetapkan tarikh dan masa pilihan Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans. Muat naik gambar terkini kenderaan. Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel. Langkah Ketiga: Menanggalkan Kit NGV
>> Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang telah ditetapkan seperti di Slip Janji Temu. Sila ambil maklum maklumat dibawah sebelum janji temu:
Pastikan paras gas NGV kenderaan rendah (penunjuk berwarna merah atau tekanan di bawah 500 psi). Proses menanggalkan kit NGV mengambil masa kira-kira 4 jam. Anda diminta mengambil semula kenderaan pada hari yang sama. Anda akan menerima Tiket Penyelesaian Kerja (JCT) melalui e-mel setelah selesai. Jaminan selama 3 bulan akan diberikan bermula dari tarikh kit NGV ditanggalkan. 2.4 Panduan Permohonan untuk Menyemak Kelayakkan dan Tempah Janji Temu

Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan. 3. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel. Jika anda layak, sila klik butang Borang Tempahan.
4. Isi borang tersebut dan buat tempahan janji temu selepas mengklik butang tersebut.

5. Pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu akan dihantar melalui emel. Pemohon yang telah memperoleh janji temu perlu ke langkah seterusnya seperti dinyatakan di emel tersebut.
3. Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan bahan api tunggal NGV yang layak untuk menerima pembayaran secara one-off. 
3.1 Tarikh tutup permohonan
Permohonan perlu dibuat sebelum 31 Disember 2024.
3.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan tawaran Pakej Bantuan Peralihan ini adalah seperti berikut:
Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV yang masih aktif Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) – Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024 Membuat pembatalan pendaftaran JPJ dan melupuskan kenderaan melalui wakil berdaftar Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024 3.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon​
Langkah-langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV:​
Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel)
>> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
Nombor Pendaftaran Kenderaan Nombor Casis Kenderaan Langkah 2: Mohon
>> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
Salinan pendaftaran syarikat (SSM)/Kad Pengenalan (IC) Gambar kenderaan yang mengandungi jenama dan nombor pendaftaran yang jelas​ Salinan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax) Salinan Sijil Milikan Kenderaan (Geran) Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan. Langkah 3: Penilaian Kenderaan
>> Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.
Langkah 4: Terima Bayaran​
>> Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan dalam tempoh 3 ke 7 hari berkerja selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.​
3.4 Panduan Permohonan Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV
Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 3. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel. Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda. Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF. 3.5 Cara Semak Status Permohonan
Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel , dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah. 
Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor casis, klik SEMAK. 
3.6 Muat Turun PDF
Muat turun PDF Syarat & Terma Kelayakan dan, Soalan Lazim untuk Pakej Bantuan 3:
Term & Condition Monofuel BM_ENGMUAT TURUN Soalan-Soalan Lazim MonofuelMUAT TURUN BACA JUGA: SKAS – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025
Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman sesawang PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV). 
Atau, hubungi: 
Email: [email protected] Mesralink: 1-300-88-8181

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-bantuan-peralihan-ngv/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-bantuan-peralihan-ngv

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Bedah Rumah Cara Mendaftar Dan Tips Agar Permohonan Anda Disetujui

Program Bedah Rumah Cara Mendaftar Dan Tips Agar Permohonan Anda Disetujui

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 104 hits
BloggerBorneo com Program Bedah Rumah adalah inisiatif sosial yang berfokus pada perbaikan atau renovasi rumah rumah yang tidak layak huni menjadi hunian yang layak aman dan nyaman bagi penghuninya Program ini umumnya ditujukan bagi masyara...
Cara Buat Ikan Bawal Sambal

Cara Buat Ikan Bawal Sambal

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 134 hits
Cara buat ikan bawal sambal Jom kita cuba buat untuk keluarga BAHAN BAHAN 6 potongan ikan bawal 1 biji bawang besar biji tomato2 helai Daun limau purut1 sudu besar gula melaka1 sudu besar gula putih1 sudu kecil rata garam1 sudu kecil serbuk...
Humblebragging Maksud Contoh Cara Elak Humblebragging

Humblebragging Maksud Contoh Cara Elak Humblebragging

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 135 hits
Di era media sosial yang semakin maju istilah humblebragging semakin kerap diperkatakan Fenomena ini merujuk kepada tabiat menyampaikan kejayaan kelebihan atau status seseorang secara halus dengan nada merendah diri tetapi sebenarnya bertuj...
Cara Memohon Tanam Semula Getah Dengan Risda

Cara Memohon Tanam Semula Getah Dengan Risda

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 115 hits
Cara memohon tanam semula getah dengan risda Bantuan Tanam Semula Getah RISDA boleh dimohon pada bila bila masa dan merangkumi bantuan secara Tunai bagi kegunaan kerja kerja penyelenggaraan kebun Bekalan input pertanian seperti benih baja d...
6 Cara Cerdas Mendapatkan Uang Dari Tik Terbukti Nyata Dan Bukan Ala Ala

6 Cara Cerdas Mendapatkan Uang Dari Tik Terbukti Nyata Dan Bukan Ala Ala

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 97 hits
BloggerBorneo com Di era digital saat ini perkembangan teknologi informasi telah membuka berbagai peluang baru untuk mendapatkan penghasilan Berkat internet dan perangkat digital yang semakin canggih siapa saja dapat mendapatkan uang dari T...
Cara Isi Informasi Pajak Di Google Adsense Untuk Youtuber Dan Blogger

Cara Isi Informasi Pajak Di Google Adsense Untuk Youtuber Dan Blogger

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 122 hits
Jika Anda diwajibkan untuk memberikan informasi pajak kepada Google Anda dapat melakukannya dari akun AdSense Berikut ini Cara Isi Informasi Pajak di Google Adsense untuk Youtuber dan blogger Bila Anda tidak mengisi informasi pajak maka aka...
Permohonan Str 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon

Permohonan Str 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 193 hits
Permohonan STR 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapa...
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika Taska Begini Cara Atasi

Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika Taska Begini Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 119 hits
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika taska begini cara atasi Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ...
Cara Manajemen Vps Dengan Aapanel Panduan Mudah Untuk Pemula

Cara Manajemen Vps Dengan Aapanel Panduan Mudah Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 125 hits
BloggerBorneo com Dalam era digital saat ini mengelola server secara mandiri menjadi kebutuhan bagi banyak pengembang web dan pelaku bisnis online Virtual Private Server memberikan kebebasan dan fleksibilitas yang lebih besar dibandingkan s...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value