Humblebragging Maksud Contoh Cara Elak Humblebragging


Di era media sosial yang semakin maju, istilah humblebragging semakin kerap diperkatakan. Fenomena ini merujuk kepada tabiat menyampaikan kejayaan, kelebihan, atau status seseorang secara halus dengan nada merendah diri, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian atau mendapatkan pujian.
Ia adalah cara orang ramai cuba menonjolkan diri tanpa kelihatan terlalu sombong, namun ironi di sebalik humblebragging ialah ia sering memberi kesan negatif terhadap persepsi orang lain.
Apakah yang mendorong seseorang untuk humblebrag, dan mengapa ia dianggap sebagai satu bentuk komunikasi yang tidak jujur?
Artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang contoh ungkapan, sebab, kesan, dan cara mengelakkan humblebragging dalam interaksi sosial kita.
Baca juga:
Fashionvalet : Isu Kerugian RM43.9 Juta Pelaburan Khazanah & PNB Biodata Vivy Yusof – Usahawan & Ikon Fesyen Malaysia Apa itu Humblebragging ? Humblebragging ialah satu fenomena sosial di mana seseorang menyembunyikan niat untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan pencapaian mereka melalui satu ungkapan atau kenyataan yang kelihatan merendah diri atau memaparkan masalah.
Ia merupakan gabungan dua elemn iaitu “humble” (rendah diri) dan “bragging” (bermegah-megah).
Contoh Ungkapan Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana humblebragging digunakan untuk menyampaikan pencapaian atau kemewahan dengan cara yang seolah-oleh rendah diri, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian dan pujian daripada orang lain.
1. Pencapaian Akademik
CONTOH AYAT : “Aduh, stress betul! Tak sangka dapat tawaran untuk belajar di Oxford. Macam susah nak buat keputusan sekarang.” ULASAN : Dalam kenyataam ini, individu tersebut kelihatan seperti sedang bimbang atau ragu-ragu, tetapi hakikatnya mereka sedang menonjolkan kejayaan mereka mendapat tawaran dari sebuah universiti ternama. 2. Kehidupan Selebriti
CONTOH AYAT : “Oh, letih betul dengan jadual sibuk saya. Asyik shooting sana sini sampai tak ada masa nak berehat.” ULASAN : Ini memberi gambaran bahawa mereka merungut tentang kesibukan, tetapi secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka popular atau laku dalam bidang kerja mereka. 3. Masalah Mewah
CONTOH AYAT : “Tak tahu nak buat apa sekarang. Baru beli kereta baharu, tapi garaj saya tak cukup besar untuk semua kereta!” ULASAN : Di sini, individu tersebut mengungkapkan masalah yang berkaitan dengan kekayaan mereka, tetapi sebenarnya cuba menonjolkan status mereka yang mampu pelbagai kenderaan mewah. 4. Penampilan Fizikal atau Berat Badan
CONTOH AYAT : “Alamak, baju lama tak muat pula. Berat turun banyak sangat sejak mula sibuk dengan senaman pagi dan diet sihat.” ULASAN : Berbangga dengan kejayaan menurunkan berat badan, tetapi menggunakan keluhan sebagai alasan untuk menyampaikan maklumat tersebut. 5. Kekayaan dan Status Sosial
CONTOH AYAT : “Tak pernah sangka saya kena tunggu lama juga untuk servis kereta sport baru ni. Susah betul bila kereta mahal selalu jadi perhatian.” ULASAN : Menyatakan bahawa mereka mampu memiliki kereta sport yang mahal sambil menyampaikan “keluhan” yang tidak relevan. Vivy Yusof Humblebragging ? Nama Vivy Yusof sedang hangat dibicara ramai di media sosial tentang isu kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah & PNB dalam FashionValet.
Terbaru namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan kerap kali melakukan humblebragging.
Difahamkan, kajian bertajuk ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’ mula hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang individu memuat naik satu hantaran mengenainya di platform X.
Ada kajian ye.

🤭 pic.twitter.com/kvSzyQMKKx
— bukhariramli (@bukhariramli) November 2, 2024 Sebagai contoh, pada tahun 2019, beliau memuat naik video di Instagram yang menunjukkan beliau menangis kerana terharu dengan pencapaiannya, namun sesetengah netizen menganggapnya sebagai percubaan untuk meraih simpati dan perhatian
Selain itu, terdapat juga komen-komen beliau di media sosial yang dianggap sebagai humblebragging, di mana beliau berkongsi tentang kesibukan dan cabaran sebagai usahawan berjaya, tetapi dalam nada yang seolah-olah merendah diri. Perkara ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai keikhlasan dan niat sebenar di sebalik perkongsian tersebut.
Anda boleh baca Jurnal Artikel kajian tersebut di sini : An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media
Mengapa Orang Melakukan Humblebragging ? 1. Ingin Dianggap Merendah Diri
Salah satu sebab utama mengapa orang melakukan humblebragging adalah untuk memberi gambaran bahawa mereka tidak sombong atau berbangga diri.
Individu yang humblebragging cuba menyampaikan pencapaian atau kelebihan mereka dengan menyelitkan nada merendah diri supaya ia lebih mudah diterima oleh orang lain.
Mereka percaya bahawa dengan menunjukkan sisi “humble” atauu rendah diri, orang lain akan lebih memandang mereka secara positif, walaupun mesej utama mereka sebenarnya adalah untuk menonjolkan kejayaan.
2. Daya Tarik Sosial
Humblebragging juga dilakukan untuk mendapat daya tarikan sosial, di mana individu tersebut mahu dihargai dan dipandang tinggi dalam kalangan rakan-rakan atau pengikut di media sosial.
Dengan menyampaikan pencapaian atau status mereka secara tidak langsung, mereka berharap orang lain akan menyedari dan memuji mereka.
Contohnya, jika seseorang menyebut tentang kesibukan kerja yang melibatkan banyak perjalanan ke luar negara, mereka sebenarnya mahu orang lain menganggap mereka berjaya dan penting, walaupun kelihatan seperti mengeluh.
3. Keinginan Untuk Validasi
Keinginan untuk validasi atau pengakuan sosial merupakan dorongan lain yang mendorong orang untuk humblebragging. Sebagai makhluk sosial, kita semua mahu berada diterima dan dihargai oleh orang sekeliling.
Humblebragging menjadi satu cara untuk mendapatkan perhatian, pujian, atau sokongan secara halus. Individu yang humblebragging berharap bahawa dengan cara mereka merendah diri sambil berkongsi pencapaian, orang lain akan memberi respon yang positif, seperti memberi pujian atau mengagumi mereka.
4. Mengelak Daripada Dilabel Sombong
Ramai yang takut dilabel sebagai sombong atau berbangga diri secara terbuka. Oleh itu, mereka memilih untuk berkongsi pencapaian mereka dengan menyertakan sedikit keluhan atau komen merendah diri, suoaya mereka tidak kelihatan terlalu memuji diri sendiri.
Dengan cara ini, mereka cuba menyeimbangkan mesej yang disampaikan, iaitu untuk tidak kelihatan sombong tetapi tetap mendapat pengiktirafan yang diinginkan.
Contohnya, mereka mungkin menyebut tentang anugerah yang diterima tetapi dalam masa yang sama mengeluh tentang tekanan atau tanggungjawan besar yang perlu dipukul.
5. Tekanan Sosial dan Harapan
Dalam dunia yang penuh dengan tekanan sosial, terutamanya di media sosial, ramai orang berasa tertekan untuk menonjolkan kejayaan dan pencapaian mereka.
Humblebragging menjadi satu mekanisme untuk menangani tekanan ini. Individu tersebut berasa perlu untuk berkongsi sesuatu yang membanggakan tetapi tidak mahu kelihatan terlalu berlebihan, jadi mereka memilih untuk melakukannya dengan cara yang lebih tersembunyi.
Ini memberikan mereka ruang untuk memuaskan harapan sosial tanpa berisiko dilihat sebagai seorang yang terlalu menunjuk-nunjuk.
Kesan dan Akibat 1. Negatif pada Persepsi Orang Lain
Humblebragging sering memberi kesan negatif kepada persepsi orang lain. Apabila seseorang kelihatan cuba merendah diri tetapi jelas menunjuk-nunjuk, orang di sekeliling mungkin melihatnya sebagai tidak jujur atau manipulatif.
Kebanyakan orang dapat mengesan niat sebenar di sebalik humblebragging, dan ini boleh menyebabkan rasa tidak percaya serta hilangnya rasa hormat terhadap individu tersebut.
Kesannya, hubungan sosial boleh terjejas, dan individu yang melakukan humblebragging mungkin dipandang sinis atau kurang disenangi.
2. Menurunkan Reputasi Sosial
Apabila humblebragging dikenalpasti, ia boleh menjejaskan reputasi sosial seseorang. Orang ramai cenderung lebih menghargai kejujuran dan ketelusan daripada percubaan untuk menonjolkan diri secara terselindung.
Jika seseorang sering melakukan humblebragging, mereka mungkin dilihat sebagai seseorang yang terlalu terdesak untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan. Ini boleh merosakkan imej peribadi mereka, terutamanya dalam kalangan rakan-rakan atau kenalan profesional yang menghargai ketulusan.
3. Kurang Efektif Berbanding Jujur
Kajian menunjukkan bahawa humblebragging kurang efektif berbanding dengan bersikap jujur dan terus terang.
Orang lebih menghargai seseorang yang jujur dalam berkongsi pencapaian mereka. Jika tujuan humblebragging adalah untuk mendapat pujian atau sokongan, ia sering tidak mencapai hasil yang diharapkan.
Sebaliknya, jika seseorang berkongsi pencapaian dengan penuh kejujuran dan rasa syukur tanpa sebarang pretensi, orang lain cenderung memberikan respons yang lebih positif dan ikhlas.
4. Meningkatkan Rasa Tidak Selesa di Kalangan Orang Lain
Humblebragging boleh mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan mereka yang mendengar atau membaca kenyataan tersebut. Orang yang menyaksikan humblebragging mungkin berasa janggal atau keliru kerana mesej yang bercampur-aduk.
Mereka mungkin tidak tahu sama ada perlu memberi respons dengan memberi pujian atau menenangkan individu tersebut. Ini boleh mewujudkan suasana sosial yang tegang dan tidak menyenangkan, terutama dalam perbualan atau interaksi yang melibatkan ramai orang.
5. Berisiko Menimbulkan Reaksi Balas
Kadangkala, humblebragging boleh mencetuskan reaksi balas yang tidak diingini. Orang mungkin merasa geram atau jengkel dengan percubaan halus untuk berbangga diri.
Dalam dunia media sosial, di mana mesej humblebragging boleh tersebar dengan cepat, risiko ini menjadi lebih ketara. Sebahagian orang mungkin memberi komen sinis atau menyindir, dan ini boleh mengubah tujuan asal individu yang humblebrag.
Sebagai contoh, niat untuk mendapatkan pujian mungkin berakhir dengan kritikan atau sindiran yang memalukan.
Cara Mengelakkan Humblebragging Humblebragging boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira status sosial atau latar belakang. Justeru itu sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata adalah sangat penting bagi memastikan anda tidak bersifat sedemikian.
Berikut adalah beberapa cara untuk elak dari humblebragging :
1. Terus-terang dan Ikhlas
Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan humblebragging ialah dengan bersikap terus-terang dan ikhlas. Jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membanggakan, tidak salah untuk mengakuinya dengan jujur.
Contohnya, jika anda berjaya dalam sesuatu bidang, ucapkan dengan ikhlas, “Saya sangat gembira dengan pencapaian ini!” Tanpa perlu berselindung, anda boleh menunjukkan rasa syukur dan bangga tanpa rasa takut dilihat sombong, kerana keikhlasan sering dihargai oleh orang lain.
2. Elakkan Kombinasi Positif-Negatif
Humblebragging biasanya berlaku apabila seseorang cuba mencampur-adukkan sesuatu yang positif dengan keluhan yang nampaknya tidak relevan. Untuk mengelakkan ini, elakkan menyampaikan mesej yang menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.
Jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membanggakan, buatlah dengan cara yang jelas dan fokuskan pada aspek yang positif sahaja. Sebaliknya, jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membimbangkan atau mencabar, lakukannya dengan rasa hormat terhadap situasi tanpa ada niat untuk menunjuk.
3. Fokus Pada Pengalaman
Satu lagi cara untuk mengelakkan humblebragging ialah dengan berkongsi pengalaman anda secara jujur, bukan hanya menyebut hasilnya.
Orang ramai cenderung lebih terinspirasi apabila mendengar tentang perjalanan, usaha, atau cabaran yang anda lalui untuk mencapai kejayaan tersebut.
Dengan memberikan konteks dan cerita di sebalik pencapaian, anda dapat melibatkan orang lain dalam perbualan yang lebih bermakna dan memberi inspirasi tanpa kelihatan seperti sedang memuji diri sendiri.
4. Rayakan Kejayaan Orang Lain
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan keinginan untuk humblebrag ialah dengan memberi tumpuan kepada kejayaan orang lain.
Dengan meluangkan masa untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian rakan-rakan, anda akan lebih memahami nilai kejujuran dalam berkongsi kejayaan.
Ini juga membantu anda untuk melihat pencapaian anda sendiri dengan rasa syukur, dan apabila tiba masa untuk berkongsi sesuatu yang membanggakan, anda akan lebih cenderung melakukannya secara tulus.
5. Bersikap Rendah Diri dengan Tulus
Jika niat anda benar-benar ingin merendah diri, lakukannya dengan cara yang tulus. Sikap rendah hati tidak perlu disertai dengan menunjuk-nunjuk.
Contohnya, anda boleh berkongsi pencapaian anda dan dalam masa yang sama mengakui peranan orang lain atau faktor luar yang membantu anda. Dengan bersikap rendah diri secara ikhlas, anda akan mendapat penghormatan daripada orang lain tanpa perlu menimbulkan rasa jengkel atau tidak selesa.
Kesimpulannya, kita mestilah mengelakkan humblebragging dengan bersikap ikhlas dan terus terang apabila berkongsi sesuatu yang membanggakan.
Kejujuran dan keikhlasan dalam berkomunikasi cenderung lebih dihargai dan boleh membantu mewujudkan hubungan sosial yang lebih baik dan tulus.
Sumber:
An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media. International Young Scholars Journal of Languages (IIUM) The Psychology of Humblebragging. Psychology Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/humblebragging/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=humblebragging

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 132 hits
Maksud Ketimbang dan Contoh Penggunannya Perkataan ketimbang baru baru ini mencuri perhatian ramai apabila Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakannya dalam ucapan rasminya semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu...
Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 136 hits
Bahasa Istana merupakan bahasa yang mempunyai laras bahasa yang kaya dengan budi dan kesopanan Bahasa ini juga sering digunakan sebagai perhubungan antara keluarga diraja dan rakyat jelata serta hal ehwal di dalam istana Selain itu bahasa i...
Zakat Perak Cara Pengiraan Kadar Haul Dan Contoh Kiraan Zakat

Zakat Perak Cara Pengiraan Kadar Haul Dan Contoh Kiraan Zakat

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 117 hits
Zakat Perak termasuk dalam zakat yang wajib ditunaikan oleh orang Islam ya telah memenuhi syarat syaratnya Pada masa dahulu perak telah digunakan sebagai alat tukaran dalam urusan jual beli Masyarakat arab menggunakan logam perak sebagai me...
Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70

Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 346 hits
Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70 Betul betul Kena Saman Ke Eh tengok tu banyaknya kereta kena saman Korang ada dapat tak Kenapa tiba tiba ramai yang kena saman ni Korang Pun...
Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 163 hits
Bagi orang pekak di Malaysia mereka menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain Bahasa isyarat dapat difahami sebagai bahasa yang bergantung kepada pergerakan tangan badan dan bibir serta tidak...
Warna Hitam Penerangan Contoh Maksud Warna

Warna Hitam Penerangan Contoh Maksud Warna

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 115 hits
Warna hitam merupakan ratu atau permaisuri bagi semua jenis warna Ia merupakan warna yang paling gelap dan terhasil daripada ketiadaan atau penyerapan penuh cahaya seperti warna putih dan warna kelabu Hitam sering dikaitkan atau dikonotasik...
Selama Ini Salah Teknik Rupanya Ini Cara Mandi Yang Betul Confirm Badan Bersih

Selama Ini Salah Teknik Rupanya Ini Cara Mandi Yang Betul Confirm Badan Bersih

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 134 hits
Turutan mandi yang betul dapat membantu memastikan anggota badan bersih secara optimum dari kepala hingga hujung kaki Malah untuk jenis kulit tertentu tidak mengikuti turutan mandi yang betul boleh menyebabkan jerawat muncul Jadi apakah tur...
Tip Cara Masak Gulai Lemak Pisang Muda Lagi Sedap Masuk Ikan Masing Talang

Tip Cara Masak Gulai Lemak Pisang Muda Lagi Sedap Masuk Ikan Masing Talang

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 138 hits
Gulai lemak pisang muda memang lauk yang enak tapi tak ramai yang tahu menyediakan lauk ini terutama kalangan anak muda Bagi yang ingin belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Menggunakan pisang kapa...
Renungan Ayat 33 Cara Menghadapi Ujian Hidup Dengan Sabar Dan Shalat

Renungan Ayat 33 Cara Menghadapi Ujian Hidup Dengan Sabar Dan Shalat

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 138 hits
Menghadapi ujian hidup dengan penuh kesabaran dan mendekatkan diri kepada Allah adalah tuntunan penting dalam Islam Shalat dan sabar menjadi dua penolong utama bagi setiap muslim dalam menjalani setiap tantangan hidup sebagaimana diperintah...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh