Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita


Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia, Dedah ‘Perangai’ Mengejutkan Orang Kita
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh dunia.
Bukan sahaja kerana lokasi pelancongan yang cantik, makanan yang menggoda selera, tetapi juga kerana rakyatnya yang mesra dan penuh ragam yang mencuit hati.
Jadi, tak hairanlah ramai warga asing yang datang ke Malaysia akhirnya jatuh cinta. Ada yang datang untuk bercuti, ada yang menetap untuk belajar, bekerja, malah bersara dan memulakan hidup baru.
Bagi ramai, Malaysia bukan lagi sekadar destinasi, bahkan ia mungkin telah menjadi rumah kedua.
“Kenapa Malaysia?” Baru-baru ini, seorang wanita berasal dari Zimbabwe menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya menetap di Malaysia lebih 10 tahun melalui saluran YouTube AgaEatsKL.
Wanita ini mendedahkan bahawa sebelum ini, dia langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Asia. Namun, rasa ingin tahu yang mendalam terhadap budaya Asia membuatkan dia tertarik untuk datang ke Malaysia.
“Saya selalu tertarik dengan Asia kerana ia berbeza dengan apa yang saya kenal. Saya dibesarkan di Afrika dan kami tidak belajar banyak tentang Asia di sekolah. Jadi, ia sentiasa nampak misteri dan menarik, sesuatu yang saya ingin pelajari lebih dalam,” katanya.
Tidak berhenti di situ, wanita itu sempat mengakui pernah tertarik untuk pergi ke China sebelum akhirnya memilih Malaysia.
“Saya rasa pada mulanya saya memang tertarik dengan China. Tapi bila sampai masa nak berpindah ke sini, saya terus selidik lebih dalam dan buat sedikit kajian.
“Jujurnya, bila saya baca pasal Malaysia, cara orang bercakap tentang negara ni, tagline Truly Asia, gabungan pelbagai budaya, ia kali pertama saya tengok Malaysia dipersembahkan macam tu.
“Kali pertama saya rasa, ‘Wah, negara ni nampaknya gabungkan banyak budaya berbeza’. Ia buat saya terus terpesona dan berminat nak tahu lebih lagi. Malaysia nampaknya lebih inklusif, mesra dan terbuka untuk semua,” jelasnya.
Peluang & kebebasan untuk berkembang Berkongsi perbezaan hidup antara Zimbabwe dan Malaysia, wanita ini mengakui bahawa pengalaman hidup di Malaysia benar-benar berbeza.
Sejak menetap di Malaysia, misalnya, wanita ini telah mencuba pelbagai pekerjaan, terutamanya dalam bidang pendidikan dan sekolah. Jadi, dia merasa Malaysia membolehkan dia berkembang, belajar dan mencuba pelbagai bidang tanpa terikat.
“Di sini, kita tidak perlu terikat dengan satu perkara sahaja. Malaysia memberi saya peluang untuk berkembang, selamat, dan bebas melakukan perkara yang saya minati,” katanya.
Bagi wanita ini, kestabilan, keselamatan dan kebebasan adalah faktor penting yang membuatkan dia memilih untuk terus menetap dan membina keluarga di Malaysia.
Wanita ini juga berkongsi rasa dihargai kerana diterima dengan baik oleh netizen serta sentiasa mendapat sokongan semasa menetap di Malaysia.
Kini, dia bukan sahaja menetap di Malaysia tetapi sudah berkeluarga dan membina kehidupan bahagia di bumi bertuah ini.
Culture shock, gelagat unik orang Malaysia yang ‘mengejutkan’ Selain dari budaya dan peluang, wanita ini sempat berkongsi hal unik tentang gelagat rakyat Malaysia yang jarang ditemui di tempat lain.
Antara pengalaman lucu yang dikongsi adalah melihat ramai penunggang motosikal memakai jaket secara terbalik, di mana menurutnya, ia sesuatu yang ‘mengejutkan’ pada awalnya.
“Saya tak pernah lihat benda macam ni di mana-mana pun. Ia sangat unik dan Malaysia memang terkenal dengan cara orang buat sesuatu yang berbeza. Saya suka benda tu,” katanya ketawa.
Tambahnya, selepas berkongsi video mengenai fenomena jaket terbalik di TikTok, ramai netizen memberi komen bahawa memakai jaket secara terbalik sebenarnya lebih mudah ketika menunggang motosikal.
BACA: Berdekah Dengar Lelaki Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
BACA: Dah Travel Merata, Pelancong Ni Paling ‘Hairan’ Dengan Rakyat Malaysia
Sumber: AgaEatsKL/YouTube
The post Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia, Dedah ‘Perangai’ Mengejutkan Orang Kita appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/09/wanita-ini-kongsi-sebab-pilih-malaysia-dedah-perangai-mengejutkan-orang-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simptom Muncul Di Tahap Akhir Wanita Kongsi Pengalaman Buah Pinggang Rosak Ingatkan Jangan Tunggu Terlambat

Simptom Muncul Di Tahap Akhir Wanita Kongsi Pengalaman Buah Pinggang Rosak Ingatkan Jangan Tunggu Terlambat

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Simptom biasanya muncul bila buah pinggang sudah rosak di tahap akhir Sebab itu penting untuk orang yang sihat rajin buat medical check up sekurang kurangnya enam bulan sekali demikian perkongsian seorang pesakit dialisis Farah...
Wanita Kongsi Kisah Pilu Apabila Suami Disahkan Tiada Benih

Wanita Kongsi Kisah Pilu Apabila Suami Disahkan Tiada Benih

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 437 hits
Wanita Kongsi Kisah Pilu Apabila Suami Disahkan Tiada Benih Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menyimpan harapan besar untuk menimang cahaya mata Namun hakikatnya anak adalah rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT Ada pasanga...
Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan Rm5 Sehari Di Malaysia

Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan Rm5 Sehari Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 300 hits
Pemuda Indonesia Kongsi Cara Survive Dengan RM5 Sehari Di Malaysia Hidup sebagai anak perantauan bukanlah sesuatu yang mudah Mereka yang pernah meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu atau mencari rezeki di tempat orang pasti tahu rasanya ...
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 263 hits
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata Pada 8 Oktober lalu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan perjanjian gencatan senjata di Gaza yang berkuat kuasa pada Khamis Dalam perjanjian itu ia mer...
Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki

Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 162 hits
Kajian Terkini Dedah Fakta Mengejutkan Pasal Telur Lelaki Baru baru ini perkongsian seorang doktor di media sosial menarik perhatian ramai apabila beliau mendedahkan hasil kajian sains yang dikatakan mampu mengubah pandangan dunia tentang k...
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 225 hits
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut KUALA LUMPUR 14 Okt Orangnya kecil molek dan apabila bertutur pula nadanya sentiasa lembut namun di sebalik semua itu Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki bukan wan...
Diversity Malaysia S Greatest Strength

Diversity Malaysia S Greatest Strength

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 246 hits
Malaysia s greatest strength lies in its diversity Geography and history have converged to create a nation where Malay Chinese Indian indigenous and migrant cultures intersect From the days of the Malacca sultanate as a thriving entrepot to...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 338 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Ismail Marzuki Gugur Bunga Chord

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Kedah Pula Mula Banjir Pps Dibuka Di Kulim

I Never Mocked The Pas Spiritual Adviser Says Dap Youth Chief

Sambal Ikan Bilis Petai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berapa Pengikut Sesuai Buat Beg Kuning Tiktok

Rezeki Ahad 23 Nov Buah Nangka Madu Masak Di Pokok

Quick Healthy Baking Recipes With Peanut Butter

Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar

Bila Tak Ada Tempat Nak Cerita Bahagian 17

Wan Rosdy Sokong Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia Langkah Lindungi Hak Serta Masa Depan Pekerja Gig