Prn Sabah Abim Seru Tolak Politik Kotor



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah kecewa dengan fenomena pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang berlaku baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri Sabah.
Yang Dipertua ABIM Sabah Mohd Nur Hilmie Milus dalam satu kenyataannya berkata, perkara itu berlaku sehingga menuntut kepada pembubaran DUN seterusnya membawa kepada Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah yang terpaksa diadakan dalam suasana negara menghadapi ancaman COVID-19.
Beliau berkata pilihan raya haruslah menjadi suatu medan yang benar-benar telus dan berintegriti, maka keputusan PRN nanti haruslah dihormati kerana ia mencerminkan penghormatan kepada pilihan rakyat.
Sehubungan dengan itu, Nur Hilmie berkata ABIM Sabah, mewakili sebahagian segmen belia dan anak muda Sabah, menyenaraikan empat hasrat dan tuntutan sempena PRN Sabah kali ini.
Kami mendesak calon-calon yang bertanding sama ada mewakili parti-parti politik ataupun bebas supaya meninggalkan budaya politik kotor yang selama ini menjadi norma dalam pilihan raya seperti rasuah, samseng, fitnah dan budaya politik tidak matang. Fokus kepada perancangan untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Kedua, ‘Hormat Mandat Rakyat’: Kami memberi amaran kepada calon-calon yang bertanding agar menghormati mandat rakyat sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, dan jangan sewenang-wenangnya berubah menjadi ‘katak jijik’ yang ‘melompat’ dan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan. Rakyat bukan mainan, dan jangan sesekali menyangka bahawa rakyat boleh dibodohkan. Rakyat Sabah mempunyai karamah insaniah (kemuliaan insan) yang wajib dihormati dan dipelihara.
“Ketiga, ‘Orang Muda Mesti Turun Mengundi’: Kami menyeru golongan muda khususnya belia berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun yang merangkumi 43.74 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar, agar turun mengundi pada 26 September 2020 ini, dan bersatu hati dalam merubah landskap politik Sabah. Walaupun kecewa dan muak dengan situasi politik negeri ini, namun jangan berputus asa. Laungkan suara kita dan tunjukkan kuasa kita!
“Keempat, ‘Hukum Calon Korup, Undi Calon Berwibawa’: Kami menggesa para pemilih dan pengundi di kesemua 73 DUN Sabah agar menghukum para politikus korup dengan memilih calon-calon yang berwibawa, setia, ikhlas, fokus untuk berkhidmat, berintegriti, dan hormat kepada rakyat. Jangan beri muka kepada “politikus muka lama yang zaman-berzaman korup”. Pilihlah mereka yang berwibawa, serta calon-calon wajah baharu yang segar dan kompeten,” katanya menjelaskan empat tuntutan berkenaan.
Beliau juga berkata, dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi menjelang hari pembuangan undi, ABIM Sabah bersama-sama para aktivis anak muda serta organisasi berbasis belia dan kepemudaan di Sabah akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda untuk sama-sama merealisasikan kesemua hasrat dan tuntutan yang disenaraikan.
Beberapa siri aktiviti sedang dan akan dijalankan sepanjang tempoh kempen ini katanya termasuklah kempen anak muda keluar mengundi #SBHBGKT, pengaturan tampungan tambang penerbangan bagi warga Sabah balik mengundi, mendukung calon-calon anak muda berwibawa rentas parti, ceramah pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan, dan melibatkan seramai mungkin anak muda Sabah dalam memahami proses pilihan raya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29816

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Tolak Pemimpin 039 Beli 039 Pengundi

Prn Sabah Tolak Pemimpin 039 Beli 039 Pengundi

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 346 hits
KIMANIS Rakyat Sabah perlu memilih pemimpin yang bukan hanya aktif dalam tempoh dua minggu ketika berkempen pilihan raya sahaja sebaliknya mengutamakan yang sentiasa turun padang membantu rakyat tanpa mengira masa Presiden Kehormat Parti Li...
Muhyiddin Seru Rakyat Tolak Tindakan Jejas Kestabilan Politik

Muhyiddin Seru Rakyat Tolak Tindakan Jejas Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru rakyat menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan...
Kempen Prn Sabah Yang Menghina Bangsa Melayu

Kempen Prn Sabah Yang Menghina Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 491 hits
Adakah ini poster Pilihanraya di negara China nbsp Kalau di Malaysia tindakan ini sangat tidak Demokratik dan seolah olah memperkecilkan bahasa Melayu bahasa Kebangsaan nbsp
Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 689 hits
Sejuk hati Datuk Seri Bung Moktar Radin bila isteri tercinta yang juga aktres ternama Datin Seri Zizie Ezette meninggalkan seketika dunia hiburan semata mata menemaninya berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Kelibat Zizie setidak tida...
Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 484 hits
PRN Sabah yang hari penamaan calonnnya berlangsung semalam menyaksikan beberapa kegagalan ketara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan peneraju PN yanf merupakan kerajaan di pusat Pertama Muhyiddin gagal untuk menunjukkan kepada umum ...
Prn Sabah Bn Pn Terus Berantakan

Prn Sabah Bn Pn Terus Berantakan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 425 hits
Oleh Mohd Azuan Ab RahmanGabungan kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dilihat tidak padu seperti digembar gemburkan Hal ini terbukti di Sabah apabila kedua dua gabungan itu dilihat ada kemahuan sendiri dan sukar beralah...
Perikatan Nasional Tidak Berdaftar Calon Pn Dalam Prn Sabah Harus Dibatalkan

Perikatan Nasional Tidak Berdaftar Calon Pn Dalam Prn Sabah Harus Dibatalkan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 421 hits
Saya telah membuat semakan melalui laman sesawang pendaftar pertubuhan berkaitan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional dan saya mendapati tiada rekod ditemui Setakat jam 2 22am 14 September 2020 tiada rekod berkaitan berjaya dipaparka...
Prn Sabah Kenali Calon N24 Tg Keramat Rosdy Wasli

Prn Sabah Kenali Calon N24 Tg Keramat Rosdy Wasli

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 550 hits
Calon N24 Tanjung Keramat mewakili Warisan ialah Saudara Rosdy Wasli Beliau bersara awal dari Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menyahut seruan demokrasi untuk bertanding pada PRN Sabah ke 16 ini Pengorbanan besar beliau bersara awal dan men...
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Checklist Lengkap Sebelum Hadir Temuduga Kerajaan Dijamin Lebih Yakin

Sabah Cops Probe Allegations Of Seditious Remarks Uttered During Justice For Zara Rally In Tawau

Timeless Twin Five Ways To Customize The Yamaha Xs650

Ww Baju Raptai Merdeka Tok Ti

Elok Jawab Macam Puak Ouak Ni Bukan Sekolah Pun Sanusi Kata Keoala Bapak Hang

Type W Tu Maksud Nya Jenis Walaun Jom Kita Dengar Ulasan Golongan Cersik Oandai Hentam Taip W Ni

Kenapa Orang Luar Membenci Kelantan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Homestay Tepi Pantai Terengganu Lokasi Strategik Qiema Homestay Untuk Percutian Keluarga

Life Update Recap Bulan Ogos

Selangor Youth Community Rai Kejayaan Penerima Anugerah 2024 King S Trust International Sustainability Award

Aukey Memperkenalkan Era Ekosistem Pengecasan Tanpa Wayar Qi2 2 Dengan 15 Produk Magfusion Terbaharu

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System