Prn Melaka Pengundi Diminta Semak Waktu Mengundi Patuhi Sop Spr


Nurfeeza Ezreen  SEBANYAK 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka esok untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang ditugaskan bagi proses pengundian esok. Seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi di PRU DUN Melaka ke-15 dan semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.
Setiausaha Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menasihatkan pengundi untuk keluar mengikut masa yang digalakkan seperti yang tercatat dalam aplikasi MySPR Semak.
“Pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.
Semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melalui proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal semasa mengundi.
Katanya, pensanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi dan pengundi perlu melalui penggunaan pensanitasi di empat stesen dalam pusat pengundi iaitu di pintu masuk pusat mengundi, di pintu masuk saluran, di dalam saluran dan sebelum keluar dari pusat mengundi.
“Pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.
“Individu di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan individu bergejala yang sedang dalam rawatan yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran Pegawai Kesihatan Daerah untuk keluar sementara ke pusat mengundi,” jelasnya.
Dalam pada itu, majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama setahun.
“Mana-mana pihak tidak boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain selepas tempoh tersebut berakhir.
“Semua parti atau calon bertanding dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung semasa hari mengundi dan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan undang-undang,” ujarnya.
Sementara itu, Ikmalrudin Ishak menegaskan semua pihak khususnya pengundi, calon dan petugas tidak memakai baju atau sebarang pakaian yang mempunyai gambar parti atau calon yang bertanding atau apa-apa bahan kempen serta sebarang ‘tagline’ atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.
“Mana-mana pengundi atau individu yang gagal mematuhi undang-undang boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Kami berharap semua pihak dapat mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam,” katanya.
Ikmalrudin Ishak turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat sehingga pukul 11.59 malam ini. – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-pengundi-diminta-semak-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Penyokong Pn Langgar Sop Diminta Bersurai Oleh Spr

Prn Melaka Penyokong Pn Langgar Sop Diminta Bersurai Oleh Spr

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 205 hits
MELAKA Penyokong Perikatan Nasional yang sedang menikmati nasi Arab diminta bersurai oleh anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya malam tadi Penguat kuasa memantau majlis pelancaran Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu ...
Spr Gagal Sop Prn Melaka Ketinggalan Zaman

Spr Gagal Sop Prn Melaka Ketinggalan Zaman

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 188 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan pilihan raya Melaka pada 20 November 2021 yang bebas adil dan bersih dengan SOP ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fiz...
Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 265 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Spr Digesa Kaji Balik Sop Prn Melaka

Spr Digesa Kaji Balik Sop Prn Melaka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh Bendera parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dipasang di sepanjang jalan di dalam kawasan pilihan raya Calon atau parti tidak dibenarkan untuk berkempen berjumpa pengundi secara fizikal Foto NSTP ASYRAF HAMZAH KUALA LU...
Prn Melaka 476 037 Pengundi Biasa Layak Mengundi Sabtu Ini

Prn Melaka 476 037 Pengundi Biasa Layak Mengundi Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 194 hits
November 18 2021 Pengundi yang mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi MELAKA Seramai 476 037 orang pengundi biasa daripada keseluruhan 495 195 orang pengun...
Prn Melaka Pengundi Takut Pilih Umno Nanti Jatuh Lagi Sekali

Prn Melaka Pengundi Takut Pilih Umno Nanti Jatuh Lagi Sekali

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 280 hits
Pengundi di Melaka bimbang untuk memilih calon daripada UMNO dan Barisan Nasional kerana bimbang kerajaan akan dijatuhkan sekali lagi oleh pemimpin itu sendiri seperti yang berlaku sebelum ini Insiden pergaduhan sesama pemimpin UMNO sehingg...
Pengerusi Spr Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding Prn Melaka Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini

Pengerusi Spr Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding Prn Melaka Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 300 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh semalam mengumumkan bahawa tiada sebarang halangan untuk calon yang positif COVID 19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka
Pengundi Cina India Di Kawasan Majoriti Melayu Penentu Prn Melaka

Pengundi Cina India Di Kawasan Majoriti Melayu Penentu Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 202 hits
November 17 2021 Pemerhati berkata tanpa sokongan pengundi Melayu realitinya PH tidak mampu kembali berkuasa di Melaka AYER KEROH Menjelang pilihan raya negeri Melaka beberapa hari saja lagi timbul persoalan ke arah mana pola pengundian buk...
Prn Melaka Siapa Pilihan Pengundi Pengkota Janji Kaki Kencing Dan Katak Politik

Prn Melaka Siapa Pilihan Pengundi Pengkota Janji Kaki Kencing Dan Katak Politik

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 244 hits
Berbaki kurang 24 jam pintu pusat pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka dibuka debaran parti mana yang akan menjadi pilihan hati 495 196 pengundi bumi Hang Tuah semakin hebat dirasakan Dengan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka menjadi t...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga