Pengundi Cina India Di Kawasan Majoriti Melayu Penentu Prn Melaka


 


FMT Reporters -November 17, 2021 Pemerhati berkata, tanpa sokongan pengundi Melayu, realitinya PH tidak mampu kembali berkuasa di Melaka.AYER KEROH: Menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka beberapa hari saja lagi, timbul persoalan ke arah mana pola pengundian bukan Melayu, yang mewakili sejumlah besar pemilih di negeri itu.
Mengambil kira keputusan pilihan raya sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) menikmati sokongan majoriti pengundi Cina dan India, namun kedengaran desas-desus di akar umbi, mendakwa ia bukan faktor penentu pada PRN Melaka, kali ini.
Walaupun ada kesangsian terhadap kekuatan PH, parti berkenaan terutama membabitkan DAP diramal kembali menguasai kerusi majoriti bukan Melayu disandang parti itu, namun gabungan itu mungkin berdepan penurunan sokongan di kawasan majoriti Melayu.
PRN Melaka menyaksikan 23 daripada 28 kerusi adalah kawasan majoriti Melayu, iaitu kawasan di mana PH berdepan kesukaran mendapatkan sokongan kukuh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun ketika itu parti berkenaan berada di puncak populariti, ditunjangi bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Selepas tiga tahun, Mahathir, selaku “orang kuat” mempertahankan agenda Melayu, tidak lagi berada dalam gabungan PH. Kini, tanggungjawab meraih sokongan di kerusi majoriti Melayu digalas PKR dan Amanah, di mana kedua-dua parti itu menerima kritikan susulan kesanggupan menerima dua bekas wakil rakyat Umno berpaling tadah, Idris Haron dan Nor Azman Hassan.
Mengambil kira jangkaan keluar mengundi rendah susulan wabak, pengundi yang kelesuan melayan kerenah politik, termasuk kebimbangan terhadap PAS yang melarang kedai nombor ekor dan kawalan penjualan arak di Kedah, berkemungkinan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, berulang.
Dalam PRK itu, kawasan majoriti Melayu menyaksikan pengundi Cina beralih sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Wee Jeck Seng, berbanding calon Bersatu dan PH, Karmaine Sardini.
“Saingan di kawasan majoriti Melayu lebih kepada BN dan Perikatan Nasional (PN). Ia antara Umno menentang Bersatu dan PAS. PKR dan Amanah tidak dianggap saingan kuat,” katanya seorang pemerhati politik kepada FMT.
Pemerhati yang enggan dinamakan itu berkata, tanpa sokongan pengundi Melayu, realitinya PH tidak mampu kembali berkuasa di negeri berkenaan pasca PRU14.
“Di Melaka, di kawasan majoriti Melayu yang mempunyai sejumlah besar pengundi bukan Melayu sekalipun, mereka mungkin mengundi PH, bagaimanapun ia belum mencukupi untuk menang,” katanya.
Pemerhati itu berkata, bagaimanapun berdasarkan penunjuk, berkemungkinan komuniti Cina terutama di kawasan majoriti Melayu akan “menggunakan” BN untuk menghukum Bersatu dan PN terhadap PAS, yang dilihat membawa budaya politik “ekstrem”.
“Mereka (bukan Melayu) mungkin akan mengulangi apa yang berlaku di Tanjung Piai (memilih BN berbanding Bersatu dan PH), selain menghantar mesej jelas terhadap PAS mahupun parti berkuasa yang membawa politik ekstrem tidak dialu-alukan di Melaka,” katanya.
PRN Melaka akan berlangsung pada Sabtu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/pengundi-cina-india-di-kawasan-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pengundi Takut Pilih Umno Nanti Jatuh Lagi Sekali

Prn Melaka Pengundi Takut Pilih Umno Nanti Jatuh Lagi Sekali

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 330 hits
Pengundi di Melaka bimbang untuk memilih calon daripada UMNO dan Barisan Nasional kerana bimbang kerajaan akan dijatuhkan sekali lagi oleh pemimpin itu sendiri seperti yang berlaku sebelum ini Insiden pergaduhan sesama pemimpin UMNO sehingg...
Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

Prn Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon Bn

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 212 hits
PRN Melaka Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri Melaka agar berhati hati dengan strategi pembunuhan karakt...
Keputusan Prn Melaka Pengajaran Kepada Parti Melayu

Keputusan Prn Melaka Pengajaran Kepada Parti Melayu

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 359 hits
PENAMAAN calon diadakan pada 8 November 2021 Bukan sahaja bilangan calon bertambah daripada 85 dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 kepada 112 tetapi di tiga kawasan majoriti pengundi Melayu berlaku pertandingan enam penjuru berbanding tiga penjur...
Prn Melaka Sepatutnya Merayu Pada Pengundi Bukan Buat Ugutan Najib

Prn Melaka Sepatutnya Merayu Pada Pengundi Bukan Buat Ugutan Najib

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 260 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan membuatkan rakyat menarik sokongan kepada ga...
Prn Melaka Adly Meminta Pengundi Nilaikan Secara Teliti Manifesto Pakatan Harapan

Prn Melaka Adly Meminta Pengundi Nilaikan Secara Teliti Manifesto Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 301 hits
MELAKA Pakatan Harapan meminta pengundi membuat penilaian secara teliti dan bijaksana terhadap Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang dibentangkan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi PH negeri Adly Zahari berkata ...
Prn Melaka Pakatan Hilang Majoriti Jika Berlaku Pertandingan 2 Penjuru

Prn Melaka Pakatan Hilang Majoriti Jika Berlaku Pertandingan 2 Penjuru

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 379 hits
SIMULASI PRN MELAKATARIKH4 NOVEMBER 2021 TAJUK PENCAPAIAN PAKATAN HARAPAN MERUDUM JIKA DUA PENJURUDISEDIAKAN OLEHCIKGU LIN BAHAGIAN A KEPUTUSAN PRU14 DAN PERUBAHAN TERKINIBAHAGIAN B TIGA PENJURU BAHAGIAN C DUA PENJURU BAHAGIAN D RUJUKAN PER...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Imavov Cabar Juara Middleweight Ufc Khamzat

Beli Kasut Adidas Sl 72 Og X Liberty London Warna Better Scarlet

Doa 7 September 2025

Fugo Some Other Day Chord

Laluan Sutera Budaya Benang Dan Budi Semarakkantemasya Warisan Pahang Hari Persahabatan Malaysia Afrika

Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025