Gagal Jadi Pm Anwar Berpeluang Jadi Km Melaka Jika Bertanding Prn


agendaily.com7/10/2021
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menjadi Perdana Menteri (PM) berulang kali kini dilihat berpeluang cerah menjadi Ketua Menteri (KM) Melaka yang baharu sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar.

Ketua Pembangkang wajar menguji tajinya dengan mengambil bahagian dalam PRN Melaka, memandangkan beliau juga sebelum ini bersekongkol dengan anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tidak menjadi permasalahan untuk Anwar masuk bertanding di Melaka kerana sebelum ini juga beliau dapat menang mudah di Port Dickson walaupun bukan kerusi tradisinya.

Kemenangan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) di Melaka boleh dijadikan pembakar semangat kepada Anwar yang sentiasa bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Bukankah sebelum ini Anwar juga beria-ria dan geli-geli mahu menjadi PM kononnya memiliki majoriti yang cukup, jadi apa salahnya jika beliau membuktikan majoriti yang dimilikinya dalam PRN Melaka nanti.

UMNO dijangka membuat pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan PN dan Anwar sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk meneruskan rancangan Jajaran Baharu yang selama ini diwar-warkan Zahid.

PRN Melaka boleh menjadi manifestasi sebagai satu bentuk kerjasama yang boleh dicapai antara Anwar dengan Zahid, gandingan cikgu dan anak murid itu pastinya akan membawa kemenangan yang besar buat UMNO dan PKR nanti.

Untuk rekod, ia bukan suatu yang janggal sekiranya Anwar diberikan laluan untuk bertanding dalam PRN Melaka, memandangkan sebelum ini pada 2014 satu gerakan politik yang dikenali sebagai ‘Langkah Kajang’ dirancang untuk mengangkat Presiden PKR itu menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Bagaimanapun hasrat Anwar untuk menjadi MB Selangor gagal ekoran sabitan kes Liwat II yang mengakibatkan beliau terpaksa ke tirai besi sekali lagi.

Kini, Anwar nampaknya berpeluang sekali lagi untuk mengulangi strategi ‘Langkah Kajang’ di Melaka dan berpeluang cerah untuk menjadi pemimpin nombor satu di negeri Hang Tuah itu, sekiranya ada rezeki mungkin selepas itu dapat menjadi PM pula selepas ini.

Kegagalan di Selangor tidak wajar melunturkan semangat Anwar yang sentiasa mengejar cita-citanya untuk menjadi PM, mungkin kali ini adalah platform terbaik buat dirinya membuktikan majoriti sebenar yang sebelum ini dilaung-laungkannya.

Dalam perkembangan lain, Zahid juga sudah membuat keputusan muktamad menolak kerjasama dengan PN khususnya Bersatu untuk mengharungi PRN Melaka, jadi tidak ada masalah bagi Anwar selaku cikgu menghubungi anak muridnya, Zahid sekali lagi bagi meneruskan rancangan mereka berdua untuk menggabungkan UMNO dengan Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya langkah di Perak berjaya menghasilkan kerjasama dengan parti pembangkang walaupun Menteri Besarnya dari UMNO, tidak mustahil langkah sama itu boleh berulang di Melaka.

Rundingan pastinya sedang berjalan antara pemimpin UMNO dengan pembangkang seperti yang berlaku di Perak pada Disember 2020 lalu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disingkirkan sebagai MB dan diganti dengan Datuk Saarani Mohamad dari UMNO yang ketika itu mendapat dukungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti PKR dan DAP.

Namun, tindakan pembubaran DUN Melaka menjadi satu tamparan hebat kepada rancangan sulit yang mungkin berlaku antara UMNO dengan pembangkang di Melaka, ia mengakibatkan PRN terpaksa diadakan dan menyekat usaha menukar kerajaan yang sedang dirancang antara kedua-dua pihak.

Terdapat kemungkinan gerakan sama menukar MB Perak sebelum ini sebenarnya dirancang dalam krisis Melaka, tetapi tanpa disangka-sangka Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertindak membubarkan dewan.

Apabila berlaku pembubaran DUN, ia akan memberi laluan kepada PRN terpaksa diadakan. Tindakan tersebut nampaknya menimbulkan kritikan dan kecaman khususnya daripada rakyat yang sudah penat melihat karenah ahli politik berebut kuasa.

Ketika usaha memerangi pandemik Covid-19 sedang menampakkan hasil dan rakyat sudah dapat hidup dengan sedikit bebas, ketika itu pula ahli politik juga mahu berebut kuasa.

Pastinya rakyat tidak mahu melihat satu lagi penularan mega Covid-19 sama berlaku selepas PRN Sabah. Kini, rakyat dapat menilai siapa sebenarnya dalang yang cuba mengambil kesempatan tanpa menghiraukan kepentingan rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/gagal-jadi-pm-anwar-berpeluang-jadi-km.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan membuat keputusan sama ada akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka pada 14 Oktober ini kata Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan Katanya perkara it...
Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 388 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri Melaka yang akan datang Dalam sebuah program bual bicara malam tadi pengacara Rafi Awang Kechik bertanya kepada Za...
Prn Melaka Bn Berpeluang Tingkat Jumlah Kerusi

Prn Melaka Bn Berpeluang Tingkat Jumlah Kerusi

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL ISHAM JALILSHAH ALAM Pakatan Harapan dilihat tidak mempunyai peluang untuk menguasai Melaka dalam Pilihan Raya Negeri jika diadakan ekoran pakatan tersebut didakwa gagal menunaikan janji selepas Pilihan Raya Umum K...
Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 327 hits
Shuhada Abdul KadirOktober 11 2021Pertembungan dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika perbincangan antara parti parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama Gambar failAYER KEROH Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri...
Tidak Ada Muafakat Dalam Prn Melaka Ole

Tidak Ada Muafakat Dalam Prn Melaka Ole

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 512 hits
FAZLI RADZIPresiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak akan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menyentuh kesinambungan Muafakat Na...
Calon Bebas Di Prn Melaka Akan Dibayar Rm100 000

Calon Bebas Di Prn Melaka Akan Dibayar Rm100 000

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 264 hits
MELAKA Satu gerakan sedang dijalankan pihak tertentu untuk mencari individu profesional termasuk daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan bertanding atas tiket calon Bebas menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka Setiap calon itu dikatakan dijan...
Prn Melaka Dan Kisah Parti P45

Prn Melaka Dan Kisah Parti P45

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 403 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINDewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 kerusi Pada PRU 14 P45 bertanding 24 kerusi Keputusannya kalah semua DUN Adly ada 21 000 pengundi P45 dapat 2 000 undi lebih sahaja Adly dapat 11 000 lebih Semua kerusi yang P45 be...
Prn Melaka Wajar Ditangguh Tok Mat

Prn Melaka Wajar Ditangguh Tok Mat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 244 hits
PRN Melaka wajar ditangguh Tok Mat Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berpandangan Pilihan Raya Negeri Melaka wajar ditangguhkan berikutan pandemik Covid 19 yang masih belum reda di negara ini Mohamad berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pili...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Menu Terbaru Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

Bufet Ramadan 2025 Nostalgia Ramadan Di Komune Living Bangsar South

London Wales 20 28 Januari 2025 Day 1

Worm Hunt Lunar Arena

John Tamahawk The Culinary Visionary Behind Singapore S Premier Tomahawk Steakhouse

Nasi Ulam Simple Sedap