Prn Johor Pilih Pemimpin Yang Bersih Amanah Seperti Dituntut Islam


satuberita.my
By Admin
-March 12, 2022

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

HARI ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Johor moden. Ini kerana akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor iaitu pilihan raya pertama yang diadakan berasingan.

Bagi pengundi PRN Johor sama ada baharu atau sudah lama, sudah tentu sukar membuat pilihan kerana terlalu banyak parti politik bertanding. Mereka tidak tahu adakah apa yang dipangkah nanti akan memberi kesan positif atau tidak untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kepimpinan adalah antara isu sangat mustahak diperbincangkan dan ditekankan kerana membabitkan masa depan negeri dan kemajuan rakyatnya. Dalam Islam sudah digariskan kaedah untuk memilih pemimpin.

Tidak dapat dinafikan kepemimpinan hebat berupaya membangunkan masyarakat dan tamadun bangsa, sekali gus bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan daripada aspek fizikal mahupun spiritual.

Kita tidak boleh pilih pemimpin secara semborono atau tangkap muat sahaja. Begitu juga dengan PRN Johor yang berlangsung hari ini.

Dalam Islam terdapat tiga kriteria semasa kita memilih pemimpin iaitu pemimpin perlu beragama Islam. Tetapi jika perlu memilih calon bukan Islam dalam pilihan raya di Malaysia, mereka sebagai pemimpin adalah harus selagi tidak mengancam Islam dan penganutnya.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hasil penelitian terhadap ayat al-Quran dan pandangan pelbagai ulama tersohor, tiada dalil muktamad yang melarang mengundi calon bukan Islam.

Katanya, ayat al-Quran yang dijadikan hujah oleh ulama untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya.

Kriteria kedua adalah pemimpin yang mampu dan amanah. Dua sifat ini sangat penting dan wajib ada pada seorang pemimpin.

Sementara kriteria ketiga pula adalah adil. Sifat ini sangat penting kerana apabila memilikinya akan mensejahterakan rakyat.

Berbalik kepada PRN Johor, terdapat banyak parti dan gabungan politik yang memberikan pelbagai tawaran menerusi manifesto mereka.

Terpulang kepada kebijaksaan dan penilaian kita dalam membuat keputusan sama ada berdasarkan sentimen kepartian atau condong kepada mana-mana sebab atau faktual yang mendorong untuk memilih pihak mana.

Penulis berpandangan, sebagai seorang muslim, kita mempunyai pilihan untuk memilih dalam PRN Johor kerana masih ada pemimpin yang baik, bersih, amanah dan menolak kemungkaran.

Apabila kita tahu seseorang pemimpin itu serta kepimpinannya mempunyai latar belakang dan rekod yang bersih, mengapa tidak memilih kepimpinannya? Bukankan ini dituntut dalam agama memilih pemimpin dan kepimpinan sedemikian?

Adalah menjadi keganjilan dan kegilaan apabila kita masih mempunyai pilihan yang baik tetapi terus memilih pemimpin atau daripada kepimpinan yang rosak, mengamal rasuah dan salah guna kuasa.

Jika ini berlaku, ini sesuatu yang sangat menghairankan. Adakah kita sebagai umat Islam sudah hilang pertimbangan dan kewarasan, tidak tahu menilai mana baik dan buruk? Adakah kita sudah buta mata hati?

Sudah ada yang baik tetapi tetap memilih yang buruk? Atas alasan apa? Terlalu taksub pada parti politik hingga membelakangkan tuntutan agama? Tidakkah rasa bersalah atau dirasakan terus bersubahat sekiranya masih memilih pemimpin dan keimpinan yang sedemikian?

Sekiranya kita tidak mempunyai pilihan, itu mungkin boleh difahami tetapi sebagai manusia bertamadun dan umat beragama, apabila ada pemimpin yang mempunyai tiga kriteria tersebut, mengapa masih mahu memilih yang sudah rosak?

Bukankah dalam keadaan politik yang sudah dicemari pelbagai ketamakan duniawi, sudah sepatutnya kepimpinan negara perlu kembali kepada landasan Islamiah. Jika kita tidak mampu mengikut seperti yang nabi lakukan, memadailah dengan cuba mengambil contoh kepimpinannya.

Menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr. Mohd. Afandi Mat Rani, kepemimpinan dan manhaj Rasulullah SAW, terlakar dalam sejarah, antara patut dicontohi kerana berjaya membina pentadbiran negara berkualiti dan menepati tuntutan syariat.

Mohd. Afandi berkata, merealisasi kehebatan kepemimpinan Islam bukan mustahil, malah boleh diteladani tetapi kriteria wajib dalam diri individu perlu diketahui sebelum layak diangkat sebagai pemimpin.

“Dalam Islam, nilai utama pemimpin ialah amanah, bukannya soal populariti. Rasulullah SAW menerangkan sifat amanah seperti sabda Baginda kepada Abi Dzar RA. Baginda menjelaskan kesan apabila hilangnya amanah dalam kepimpinan jika jatuh kepada orang yang tidak berhak menjadi
pemimpin.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Maka sekiranya hilang sifat amanah, tunggulah hari pembalasan.”

Abu Dzar berkata: “Bagaimanakah hilangnya sifat itu?” Baginda bersabda: “Sekiranya tampuk kepimpinan jatuh kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah hari pembalasan,” katanya.

Jadilah pengundi yang bijak dan bertanggungjawab, selamat mengundi! 
– SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/prn-johor-pilih-pemimpin-yang-bersih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Pakai Baju Bn Tinjau Prn Johor Satu Kesalahan P Raya Bersih

Pm Pakai Baju Bn Tinjau Prn Johor Satu Kesalahan P Raya Bersih

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 256 hits
BERITAPRN JOHOR Kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meninjau proses pengundian berhampiran kawasan pusat mengundi hari ini merupakan satu bentuk kesalahan pilihan raya dakwa kumpulan reformasi pilihan raya Bersih Ini selepas Ismai...
Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 147 hits
BN Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada PRN Johor Penganalisis Barisan Nasional dijangka mampu mengulangi kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 20 Nov tahun lalu pada PRN Johor yang dijadualkan 12 Mac depan...
Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 175 hits
March 15 2022 Sewaktu Barisan Nasional menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan bubar Parlimen di perkarangan bangunan tersebut Laungan tersebut ...
Muhyiddin Mahathir Saling Bercakaran Dalam Kempen Prn Johor

Muhyiddin Mahathir Saling Bercakaran Dalam Kempen Prn Johor

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 174 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menafikan bahawa dirinya bertanggungjawab menggagalkan kemaraan bekas perdana menteri Najib Razak selepas kekalahan BN dalam PRU14 Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sebaliknya berkata dia ada...
Prn Johor Muda Nafi Ceroboh Aset Glc Johor

Prn Johor Muda Nafi Ceroboh Aset Glc Johor

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 166 hits
PRN Johor MUDA Nafi Ceroboh Aset GLC Johor Parti Ikatan Demokratik Malaysia menafikan dakwaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor berhubung pencerobohan dilakukan parti itu terhadap aset milik syarikat berkenaan Calon MUDA bagi ...
Prn Johor Anak Muda Perlu Buat Pilihan Tepat Wujudkan Kurikulum Politik Kebangsaan

Prn Johor Anak Muda Perlu Buat Pilihan Tepat Wujudkan Kurikulum Politik Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 395 hits
Oleh Leftenan Adnan Ahli Dewan Muda Johor Naim Rehman tidak terkecuali daripada sejarah Pilihan Raya Negeri Johor apabila akan mengundi buat kali pertama pada kali ini Dalam tempoh dua tahun dunia dilanda wabak Covid 19 ada yang kehilangan ...
Prn Johor Dakwa Muda Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan Glc Buat Laporan Polis

Prn Johor Dakwa Muda Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan Glc Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 227 hits
PRN Johor Dakwa MUDA Ceroboh Guna Aset Inkubator Usahawan GLC Buat Laporan Polis PIJ Holdings Sdn Bhd menerusi subsidiarinya PIJ Property Development Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia berhubung dakwaan ...
Langkah Ke Putrajaya Bermula Dengan Prn Johor Dr Maszlee

Langkah Ke Putrajaya Bermula Dengan Prn Johor Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 188 hits
Langkah gagah Pakatan Harapan untuk menakluki Putrajaya buat kali kedua bermula dengan memenangi Pilihan Raya Negeri Johor Calon KEADILAN DUN Layang Layang Dr Maszlee Malik yang berkempen malam tadi berkata banyak kemajuan yang telah diranc...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord