Prn Johor Pentas Uji Kekuatan Mca Dan Dap


KOSONG kerusi lawan 14 kerusi. Itu nisbah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Dewan Undangan Negeri Johor pada 2018 antara MCA dan DAP yang rakyat sedia maklum merupakan parti masyarakat Cina paling dominan di Malaysia.
Berdekad lamanya, perseteruan antara kedua parti ini menjadi kayu pengukur dalam polemik politik negara yang mana kedua-duanya adalah wakil kepada gagasan terbesar parti di Malaysia. Mereka juga telah diuji keberkesanannya sama ada di peringkat kerajaan mahu pun pembangkang.
Analisis Sinar Harian kali ini akan menghuraikan bagaimana kesediaan antara kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang mana boleh disifatkan sebagai penanda aras kepada era baharu sokongan masyarakat Cina yang semakin samar untuk diterjemah.
MCA selaku komponen Barisan Nasional (BN) tewas tanpa sebarang kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada PRU14 yang mana boleh dikatakan titik gelap penolakan total masyarakat kepada parti berkenaan.
Bagaimanapun, tidak adil rasanya jika kita memukul rata mengatakan parti berkenaan sudah tidak relevan memandangkan ketika itu sentimen rakyat adalah berbeza dan begitu mahukan perubahan pentadbiran negara kepada parti yang belum pernah diuji kesediaannya mentadbir negara.
Berbeza dengan DAP yang sebelum ini berpengalaman bersama Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (PH) parti ini dilihat berjaya meraih sokongan hebat daripada masyarakat Cina. Tetapi adakah PRU14 adalah kemuncak kepada sokongan itu, apabila penolakan telah mula diterjemah sejak beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
Dalam konteks ini penolakan terhadap MCA pada PRU14 tidak boleh dilihat akibat tsunami perubahan rakyat semata-mata tetapi adakah calon-calonnya, gerak-kerja dan keyakinan terhadap parti itu sendiri perlu dilihat.
Jika calon menjadi sandaran kepada pemilihan undi rakyat, MCA pada PRN Johor kali ini dilihat tampil lebih segar apabila mempertaruhkan kira-kira 66 peratus muka baharu untuk 15 DUN Johor selain hanya lima calon lama masih dikekalkan.
Calon-calon lama itu adalah Ang Boon Heng (tewas 12,470 di Stulang), Ling Tian Soon (tewas 5,089 di Yong Peng), Tan Chong (tewas 2,457 di Bekok), Tan Eng Meng (tewas 1,308 di Pekan Nenas) dan Shen Poh Kuan (tewas 18,902 di Senai).
SUSUN STRATEGI
Menurut penganalisis politik, Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, jika mahu kekal relevan MCA perlu bijak menyusun strategi dan paling utama adalah senarai calon yang mahu dipertandingkan.
Semestinya perkara itu telah diterjemah oleh pimpinan parti berkenaan apabila menampilkan hampir keseluruhan calon adalah muka baharu, namun bagaimana dengan keberkesanan dan sokongan atas padang kepada MCA.
“Saya ada buat tinjauan di Johor, jadi saya bercakap ni berdasarkan fakta dapatan saya, sekarang ini kita boleh katakan sokongan masyarakat Cina ini sudah berdolak-dalik, mereka ini sebenarnya masih dengan DAP tetapi tidak kuat.
“Boleh dianggarkan sokongan orang Cina sekarang dalam sekitar 70 peratus, dan yang selebihnya akan sokong MCA atau Gerakan. Untuk persediaan, semestinya MCA perlu membuat sesuatu dan perkara itu juga adalah termasuk dengan pemilihan calon atau pendekatan mereka bagi meraih sokongan.
“MCA kena pertimbangkan ambil orang baru, wajah baru yang segar untuk menarik sokongan. Ini juga adalah bergantung kepada kawasan, kerana boleh dikatakan MCA masih bergantung kepada UMNO dan mereka memerlukan sokongan Melayu.
“Sekiranya mereka bertanding di kawasan populasi melayunya ada 30 ke 40 peratus mereka masih ada peluang. Tetapi jika kawasan hampir 80 peratus adalah Cina, seperti di Skudai, Perling dan Johor Jaya, peluang boleh kita katakan tipis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Rabu.
Ditanya sama ada, pasca PRU14 memberi kesan kepada kebangkitan semula MCA sebagai parti dominan BN, Mazlan berkata, perkara itu boleh diukur pada keputusan PRN Johor ini yang mana keadaan politik negara kini telah kembali ke titik kosong apabila mendapat penyertaan parti yang banyak.
“Secara purata, berdasarkan dapatan saya memang sokongan masyarakat Cina masih berada di pihak DAP dan PH. Tetapi kita juga kena tahu yang kajian boleh berubah, terutama ketika musim pilihan raya seperti ini. Cuma saya boleh katakan orang Cina memang sudah menolak BN iaitu MCA sejak PRN Sarawak 2006 lagi.
“Pilihan raya pada 2008 juga kita menyaksikan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kehilangan sokongan lima negeri akibat tsunami Cina yang berlaku. Dalam tempoh begitu lama, untuk bangkit membuktikan sesuatu dan menerima kembali keyakinan adalah perkara yang sukar.
“Sejak daripada itu orang Cina masih kuat dengan DAP. Tetapi selepas PRU14 sebenarnya kita boleh kata itu kemuncaknya orang Cina bersama DAP. Walaupun terdapat 70 peratus sokongan kepada PH, ini sebenarnya makin berkurangan berbanding PRU14 dahulu iaitu 80 peratus, berkurangan jadi maknanya penurunan itu tidak kukuh lagi dan memberi peluang kepada MCA,” katanya.
Mazlan berkata, dalam persaingan dua parti itu, DAP juga mengalami pengurangan sokongan yang mendadak apabila masyarakat Cina juga sudah mulai membuat penolakan dan perkara itu telah dibuktikan pada PRN Melaka.
“Mereka (pengundi Cina) ini kita boleh tafsirkan trend pengundian mereka dan azalinya mereka ini tidak boleh dicabar atau lakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Mungkin pemerintahan DAP selama 22 bulan ada sesuatu yang mereka tidak gemar dan itu membuatkan penolakan ini.
“Isu-isu kaum, sebenarnya perkara ini ditentang oleh masyarakat Cina dan PH sebagai kerajaan sebelum ini banyak berlaku isu-isu seperti ini. Apa yang boleh dinyatakan sokongan orang Cina kini adalah dinamik dan berstrategik.
“Walaupun pada ketika ini mereka ada sokongan kepada DAP, tidak mustahil mereka boleh alih sokongan maknanya sekarang ini bukan jaminan mereka akan kekal bersama. Kalau ada tidak puas hati mereka akan pilih MCA,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pengaruh Perikatan Nasional (PN) antara perseteruan kedua-dua parti ini, Mazlan berkata, perkara itu juga adalah tidak mustahil kerana pemimpi parti berkenaan mempunyai kelebihan di Johor.
“Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin popular di Johor, tetapi adakah sokongan itu akan diterjemah kepada undian Perikatan Nasional (Parti Gerakan), saya tidak pasti.
“Tetapi memang beliau popular di Johor terutama di kawasan Melayu. Sekarang ini kita boleh lihat purata sokongan umum bagi masyarakat Melayu adalah 10 peratus kepada PH, 45 peratus sokong Muhyiddin, 40 peratus UMNO dan lima peratus sokongan di atas pagar,” katanya.
INFO
Fakta PRN Johor
MCA VS DAP (14 kerusi)
1. DUN Bekok
MCA : Tan Chong
DAP : M Kanan
2. DUN Jementah
MCA : Ann Giap See
DAP : Ng Kor Sim
3. DUN Skudai
MCA : Lim Soon Hai
DAP : Marina Ibrahim
4. DUN Senai
MCA : Shen Poh Kuan
DAP : Wong Bor Yang
5. DUN Pekan Nenas
MCA : Tan Eng Meng
DAP : Yeo Tung Siong
6. DUN Mengkibol
MCA : Kelly Chye
DAP : Chew Chong Sin
7. DUN Penggaram
MCA : Ter Hwa Kwong
DAP : Gan Peck Cheng
8. DUN Bentayan
MCA : Gan Qi Ru
DAP : Ng Yak Howe
9. DUN Tangkak
MCA : Ong Chee Siang
DAP : Ee Chin Li
10. DUN Yong Peng
MCA : Ling Tian Soon
DAP : Tee Boon Tsong
11. DUN Stulang
MCA : Ang Boon Heng
DAP : Andrew Chen Kah Eng
12. DUN Perling
MCA : Tan Hiang Kee
DAP : Liew Chin Tong
13. DUN Paloh
MCA : Lee Ting Han
DAP : Sheikh Omar Ali
14. DUN Johor Jaya
MCA : Chan San San
DAP : Liow Cai Tung
PRN Johor: Pentas uji kekuatan MCA dan DAP
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

The post PRN Johor: Pentas uji kekuatan MCA dan DAP appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/04/prn-johor-pentas-uji-kekuatan-mca-dan-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Uji Kekuatan Bn Pn

Prn Johor Uji Kekuatan Bn Pn

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 184 hits
MESKIPUN pandemik Covid 19 semakin menular dan mengancam kesihatan rakyat Pilihan Raya Negeri Johor tetap akan diadakan pada 12 Mac ini seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya PRN Johor ini diadakan berikutan kerajaan negeri didapati han...
Kejutan Menunggu Calon Dap Prn Johor

Kejutan Menunggu Calon Dap Prn Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 257 hits
Kejutan Menunggu Calon DAP PRN Johor Calon PRN DAP bagi Johor Jaya Liow Cai Tung dileter oleh seorang penjaja tular dalam sebuah klip video ketika dia mengadakan program walkabout Dalam klip video itu penjaja yang menjual buah buahan itu be...
Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

Prn Johor Senarai Calon Pejuang Anak Bekas Mb Dan Bekas Calon Dap Antara Yang Terpilih

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 194 hits
JOHOR BAHRU Anak kepada bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Nornekman Osman dan bekas calon DAP bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Mahdzir Ibrahim merupakan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air yang bercadang bertanding dalam PRN...
Prn Johor Undi Cina Kalau Bukan Untuk Mca Untuk Siapa

Prn Johor Undi Cina Kalau Bukan Untuk Mca Untuk Siapa

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 164 hits
PARTI komponen Barisan Nasional MCA tidak boleh mengharapkan undi Cina pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac nanti akan diberikan kepada mereka Sebaliknya ada yang memberi gambaran pengundi pengundi Cina akan memberi undi mereka kepada...
Prn Johor Dap Bidas Warisan Mahu Rebut Undi Masyarakat Cina

Prn Johor Dap Bidas Warisan Mahu Rebut Undi Masyarakat Cina

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 350 hits
PASIR GUDANG Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kehadiran Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Johor hanya untuk mengganggu dan memecah undi masyarakat Cina dan bukan bertujuan melakar kemenangan Menurut beliau perkara itu ...
Prn Johor Dap Parti Rasis Tiada Tempat Dalam Politik Malaysia

Prn Johor Dap Parti Rasis Tiada Tempat Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 168 hits
JOHOR BAHRU DAP tidak seharusnya diberikan tempat dalam politik tanah air khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Johor kerana sikap pemimpin dan ahli ahlinya yang rasis Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ...
Prn Johor Muhyiddin Umumkan Sebanyak 15 Calon Daripada Pas Wakili Perikatan Nasional

Prn Johor Muhyiddin Umumkan Sebanyak 15 Calon Daripada Pas Wakili Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 219 hits
JOHOR BAHRU Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini Pengumuman itu dilakukan pada Majlis Memperkenalkan Calon PN PRN Johor 2022 yang diadak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash