Prn Johor Uji Kekuatan Bn Pn



MESKIPUN pandemik Covid-19 semakin menular dan mengancam kesihatan rakyat, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tetap akan diadakan pada 12 Mac ini seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). PRN Johor ini diadakan berikutan kerajaan negeri didapati hanya memiliki satu kerusi lebih iaitu 28 berbanding 27 kerusi blok pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengundi Johor akan memilih wakil mereka bagi 56 kawasan DUN pada PRN kali ini. Jumlah pengundi yang dikemaskini dalam daftar yang layak mengundi bagi 2022 di Johor adalah 2.5 juta berbanding 1.8 juta bagi pilihan raya umum (PRU) terakhir pada 2018, iaitu PRU14.
Jumlah tersebut merupakan tambahan 749,731 pengundi baharu atau peningkatan 30 peratus. Tambahan ini susulan pendaftaran automatik mereka yang berusia 18 tahun (Undi18). Didapati hampir semua DUN ditambah dengan 20 hingga 30 peratus pengundi baharu yang terdiri daripada golongan muda yang akan mengundi buat pertama kali.
Persoalannya, adakah kemunculan pengundi baharu pada kali ini akan mengubah landskap politik Johor? Apakah cita rasa politik pengundi muda ini akan menentukan parti mana yang bakal membentuk kerajaan negeri yang baharu?
Meskipun Johor diuar-uarkan sebagai kubu kuat UMNO, pola pengundian pada kali terakhir menunjukkan kedudukan sebaliknya. Barisan Nasional (BN) hanya mampu memenangi 19 daripada 56 kerusi (34 peratus) pada PRU14. Blok Pakatan Harapan (PH) pula merangkul 37 kerusi.
Keputusan tersebut menyangkal andaian kononya Johor adalah benteng kuat UMNO kerana PH berjaya mencerobohnya. Namun, UMNO kelihatan masih memenangi beberapa kerusi di luar bandar khususnya kawasan timur Johor di mana terletaknya sebahagian besar pengundi Melayu.
Sementara itu, PRN Melaka yang baharu berlangsung menunjukkan sokongan terhadap PH ketara merosot. DAP, iaitu parti komponen utama PH didapati terus meraih sokongan hebat daripada pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina.
Persoalannya, apakah trend pengundian di PRN Melaka itu akan terbayang dalam PRN Johor? Sementara itu, timbul pula tanggapan dalam kalangan orang awam bahawa BN memenangi 21 daripada jumlah 28 kerusi DUN Melaka disebabkan faktor peningkatan sokongan tehadap BN dalam kalangan pengundi selepas PRU14.
Akan tetapi, analisa terperinci terhadap pola pengundian bagi kebanyakan peti undi dalam kawasan majoriti pengundi Melayu menunjukkan kedudukan sebaliknya.
Analisis berkenaan menunjukkan faktor yang menyumbang kepada kemenangan hebat BN di PRN Melaka adalah perpecahan undi Melayu kerana berlakunya pertandingan tiga atau lebih penjuru di kebanyakan kerusi melibatkan pelbagai parti Melayu.
MIC
Dalam pada itu, MIC melancarkan Briged Muda MIC 2.0 baru-baru ini yang dianggotai lebih 3,000 pemuda dari seluruh negara. Ahli Briged MIC ini dijangka turun padang di Johor untuk mempengaruhi pengundi muda baharu bagi memastikan kemenangan bukan sahaja calon MIC tetapi juga calon-calon UMNO.
Lebih-lebih lagi MIC yang lesu sejak PRU12 kini bangkit semula di bawah kepimpinan Tan Sri S.A. Vigneswaran. MIC kini diterima baik oleh semua kaum, sebahagian besar komuniti India yang dijangka membantu MIC meraih sokongan pengundi India yang memihak BN pada PRN Johor.
Pada masa sama, kerjasama Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam konteks Perikatan Nasional (PN) pada kali ini pula dijangka menguntungkan Bersatu. Memandangkan Pas menerima sokongan lima hingga 10 peratus undi dalam semua kawasan ditandingi pada pilihan raya terakhir, maka peralihan sokongan Pas kepada Bersatu sudah pasti akan membantu Bersatu meningkatkan undinya dalam hampir semua DUN khususnya di N.16 Sungei Balang, N.22 Parit Raja dan N.27 Layang-Layang.
Perkembangan terbaharu ini dijangka menimbulkan cabaran kepada BN dalam usaha mempertahankan bukan sahaja 19 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya terakhir malah menawan 36 kerusi seperti disasarkan oleh kepimpinan BN.
Pada masa sama, parti-parti baharu seperti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Warisan (Warisan) yang berpusatkan Sabah dijangka bertanding buat pertama kali pada PRN Johor. Parti-parti mewakili kepentingan kaum India yang dianggap sebagai mesra BN seperti Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) juga diuar-uarkan akan bertanding pada kali ini.
Namun, parti-parti baharu ini sukar meraih sokongan kerana mereka bukan sahaja parti baharu yang belum terbukti kekuatannya dalam medan politik negara malah tidak mempunyai pemimpin berpengalaman dan berkaliber.
Apa pun, pengundi Johor dipercayai tidak akan terpengaruh dengan pelbagai tuduhan dan dakyah yang menular dalam media sosial tetapi lebih bijak dalam membuat keputusan memilih wakil mereka untuk menduduki DUN Johor pada 12 Mac ini. Mereka wajar memilih wakil rakyat yang boleh diharapkan untuk mendahulukan kepentingan mereka dan kestabilan politik bagi memastikan kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak akan goyah sekali lagi tetapi lebih kukuh.
Tidak dapat dinafikan, PRN Johor ini dianggap amat penting dalam politik negara kerana ia dilihat sebagai time changer atau pembayang kepada pola pengundian yang bakal berlaku pada PRU15. – UTUSAN
DATUK M. Periasamy ialah penganalisis sosiopolitik.
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib Leissner sogok suami Zeti Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid Saya tak ada kroni – Mahathir Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

The post PRN Johor: Uji kekuatan BN, PN appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/25/prn-johor-uji-kekuatan-bn-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Akan Menentukan Nasib Bn Di Prn Johor

Pn Akan Menentukan Nasib Bn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 127 hits
Oleh KHALID ABD SAMAD Semasa PRN Melaka BN telah mendapat hanya 38 undi popular namun memperolehi majoriti 2 3 kerusi di DUN Melaka Keadaan ini mungkin dianggap pelik namun itulah hakikatnya Ianya berlaku kerana undi yang menolak BN telah b...
Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 258 hits
bharian com myOleh Februari 19 2022 9 10pmAnwar bersama calon PKR bagi Zon Tengah dan Zon Timur selepas pengumuman calon akhir PKR bagi PRN Johor di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru di sini hari ini STR OMAR AHMADPASIR GUDANG Parti Keadil...
Prn Johor Tidak Perlu Pertikai Kesetiaan Pas Kepada Pn Muhyiddin

Prn Johor Tidak Perlu Pertikai Kesetiaan Pas Kepada Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 160 hits
Kalau tanya Pas dia kata Keadilan dikawal oleh Dap Amanah pun dikatakan anak Dap Terbaru parti Muda pun disebut anak Dap Dah tu Pas anak apa Jenis bohsia ni agaknya dapat anak apa Cer jawab Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas dalam Perikatan...
Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 354 hits
1 MoU sekadar MENJADIKAN Pembangkang diikat kaki dan tangan 2 Menggunakan lambang sendiri di PRN Melaka dan kini johor bagi menggambarkan PH yang berpecah 3 MUDA yang punya potensi di krisiskan dengan tidak bincang awal kerusi sebaliknya te...
Prn Johor Penentu Hidup Mati Bagi Ph Syed Ibrahim

Prn Johor Penentu Hidup Mati Bagi Ph Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 193 hits
agendaily com17 2 2022Pakatan Harapan Pilihan Raya Negeri Johor diibaratkan penentu survival bagi Pakatan Harapan dalam usaha mendapatkan semula mandat rakyat negeri berkenaan Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata PRN itu menand...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly