Prn Johor Cetuskan Dilema Umno


satuberita.my
By SatuBerita
-February 11, 2022


UMNO dan Barisan Nasional (BN) bercita-cita untuk menamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kali ini.

BERSATU dan Perikatan Nasional pula berazam untuk membenamkan Umno dan BN buat selama-lamanya menerusi pilihan raya yang sama, dengan memfokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa di Johor dan di merata Malaysia.

Oleh itu, mampukah Umno-BN merealisasikan cita-cita di atas, berjayakah BERSATU dan Perikatan Nasional mencapai azamnya, dan sejauh manakah prestasi dua gabungan politik ini dalam PRN Johor?

Umno dan BN dijangka sukar untuk mencapai cita-cita di atas kerana sebilangan besar pengundi di Johor mentafsirkan PRN ini menerusi pelbagai perspektif kemungkaran Umno dan BN mutakhir ini.

Pertama, pengundi Johor mentafsirkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini sebagai pengkhianatan Umno-BN terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional.

Ini kerana pembubaran tersebut dilaksanakan tanpa sebarang perundingan dengan Perikatan Nasional selaku rakan politik dalam mentadbirkan Kerajaan Negeri Johor.

Tindakan ini mencetuskan kemarahan penyokong BERSATU dan Perikatan Nasional, dan menimbulkan kekecewaan rakyat Johor yang sedang memulihkan kehidupan masing-masing akibat serangan COVID-19 dan banjir besar, baru-baru ini.

Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, bahawa pembubaran di atas dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO pula menunjukkan kerakusan Umno untuk mengadakan PRN Johor.

Lantas PRN Johor ditafsirkan sebagai hasil salah guna kuasa pemimpin UMNO dan BN di peringkat Pusat dan di peringkat negeri.

Dengan ini, PRN Johor adalah dibayangi oleh persoalan salah guna kuasa yang mahu ditentang habis-habisan oleh BERSATU dan Perikatan Nasional.

Kedua, PRN Johor juga digerhanai isu rasuah yang membabitkan segolongan pembesar Umno dan BN di peringkat Pusat.

Khususnya adalah tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN, serta isu rasuah yang dihadapi oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO.

Isu di atas menyebabkan PRN Johor ditafsirkan oleh sebilangan besar pengundi di negeri ini sebagai usaha untuk menyelamatkan dua pemimpin di atas daripada pelbagai tuduhan rasuah.

Lantaran itu, PRN Johor juga dibayangi persoalan rasuah yang membabitkan segolongan pemimpin Umno dan BN, serupa dengan isu 1MDB yang menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketiga, PRN Johor adalah dibayangi pelbagai kisah ribut dalam cawan dan citra pergolakan dalaman membabitkan Umno pusat, Umno Johor serta beberapa bahagian Umno di Johor.

Kisah ribut dalam cawan dan pergolakan dalaman Umno mutakhir ini dikatakan amat jelas dalam proses menentukan bakal calon BN bagi PRN Johor.

Dipercayai bahawa masalah ini muncul kerana sesetengah bakal calon BN bagi sesetengan Dewan Undangan Negeri (DUN) diketengahkan oleh Zahid dan Najib, ada yang condong kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan ada yang hanya memihak kepada Menteri Besar Johor serta kuasa ghaib di belakangnya.

Ini menyukarkan Umno Johor untuk memuktamadkan calon BN bagi PRN Johor, dan mungkin memunculkan keretakan jentera BN dalam menguruskan PRN Johor secara berkesan.

Ini membayangkan PRN Johor turut diwarnai ribut dalam cawan serta dilema dalaman Umno yang menyukarkan proses pemilihan bakal calon BN.

Selain di atas, Umno dan BN Johor berhadapan kemunculan pengundi atas pagar yang terdiri daripada penyokongnya dalam PRU14.

Pada waktu sama, PRN Johor dijangka memunculkan pengundi atas pagar daripada kalangan komponen BN dan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dipercayai akan mengundi calon PN.

Isu pembubaran DUN Johor yang ditafsirkan sebagai salah guna kuasa, tuduhan rasuah ke atas Zahid dan Najib, dilema Umno, dan pengundi atas pagar membabitkan penyokong BN dan PH dalam PRU14 yang dihuraikan di atas mungkin menjejaskan cita-cita Umno dan BN untuk menamatkan BERSATU dan Perikatan Nasional menerusi PRN Johor.

Oleh itu, PRN Johor mungkin menafikan cita-cita Umno dan BN untuk menamatkan BERSATU dan Perikatan Nasional. Sebaliknya, seluruh isu di atas mungkin memudahkan BERSATU dan Perikatan Nasional untuk menguburkan Umno dan BN di Negeri Johor.

Kesimpulannya, tahap keselamatan Umno dan BN dijangka merosot, dan tahap keselamatan politik BERSATU dan Perikatab Nasional pula mungkin meningkat menerusi PRN Johor.

Umno dan BN Johor yang berhadapan pelbagai isu di atas, mungkin tidak mudah untuk memenangi semua kerusi DUN yang diperolehinya dalam PRU14.

Sebaliknya, BERSATU dan Perikatan Nasional mungkin menambah jumlah kerusi DUN yang akan diperolehinya menerusi PRN Johor.

Oleh Datuk Dr Ruhanie Ahmad
(Penasihat Pilihan Raya BERSATU, Bahagian Parit Sulong, Johor)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/prn-johor-cetuskan-dilema-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 216 hits
Walau apa pun alasan serta tujuan PRN Johor diadakan matlamat besarnya tidak lain ialah untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU15 akan datang Untuk itu oleh kerana PRN Johor boleh dianggap sebagai reahersal atau raptai sebelum ketibaan PRU...
Mgnews Prn Johor Pejuang Enggan Bersama Ph Mukhriz Ada Orang Ajak Dia Ka Nampak Gaya Lambat Laun Join Umno Balik Ni

Mgnews Prn Johor Pejuang Enggan Bersama Ph Mukhriz Ada Orang Ajak Dia Ka Nampak Gaya Lambat Laun Join Umno Balik Ni

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 195 hits
Presiden Parti Pejuang Tanahair Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap pada sidang media selepas selesai Program Sepetang Bersama Pejuanita Wilayah Perseketuan di D Sultanaa Bazaar Kuala Lumpur
2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com February 10 2022 2 06 PMHamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka PUTRAJAYA Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu a...
Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 164 hits
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak tahu mentadbir negeri itu walaupun mempunyai majoriti satu kerusi Mengambil contoh keadaan di Kelantan pada 2004 lalu Kera...
Umno Makin Kecut Di Prn Johor

Umno Makin Kecut Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 147 hits
Umno Makin Kecut Di PRN Johor Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Pakatan Harapan cuba menumpang imej muda Ikatan Demokratik Malaysia dengan memberi laluan kepada parti itu Katanya perkara itu secara tidak langung diakui m...
Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 177 hits
KAH KAH KAH LA HANGPA BARU KENAL KA PAS KAMI LAMA DAH KENAL PADAN MUKA HANGPA
Jenuh Geng Umno Bagi Pelbagai Alasan Nak Buat Prn Johor

Jenuh Geng Umno Bagi Pelbagai Alasan Nak Buat Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 172 hits
LIAYA MARZUKIKatanya perlu pulangkan kembali mandat rakyat Sebabnya Kerajaan goyang dek geng satu kolam mereka ancam hendak tekan butang Maka PM6 dan PM8 pun bergaduh sakan dalam FB membahan satu sama lain Yang pastinya kalau betul nak pula...
Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 209 hits
freemalaysiatoday com February 1 2022 6 45 PMKehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada PRN Johor akan menjadi penentu kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PETALING JAYA Kehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada pilih...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco