Prn Barua Perlukan Restu Dap





Kalau ada ahli ameno yang masih nak simpan dan kekalkan juga tak tahu la..! 
‘Perkahwinan’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bukan atas dasar ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik, terutama apabila kerjasama itu memerlukan penglibatan DAP.
Setelah kedua-duanya menggadaikan beberapa prinsip perjuangan parti masing-masing bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN), gabungan itu kini perlu bekerjasama pada peringkat negeri.
Namun, seperti kata penganalisis politik, kerjasama PH dan BN, khususnya dalam menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadual dalam beberapa bulan lagi, bakal memberi kesan besar kepada parti komponen kedua-dua gabungan itu.
Walaupun, slogan ‘No DAP No Anwar’ mula dilaungkan akan umbi UMNO, namun ianya juga akan membayangi parti komponen PH, terutama DAP, apabila kedua-duanya menjalin kerjasama, sekali gus mengetepikan sentimen penyokong masing-masing.Dalam erti kata lain, sentimen itu dilihat tidak akan memberi kelebihan sama ada kepada PH atau BN, khususnya UMNO, sekali gus menjadi cabaran kepada kedua-dua parti untuk mencatat kemenangan selesa termasuk di kubu kuat PH di Pulau Pinang.
Untuk rekod, enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, akan mengadakan PRN masing-masing dalam tempoh tiga empat bulan lagi, kerana penggal DUN ke-15 akan tamat menjelang Julai.
Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung ketika mengulas isu itu berkata perkara itu juga menjadi cabaran terbesar dalam `perkahwinan’ politik antara PH dan BN ketika ini, terutama dalam tempoh singkat menjelang PRN.
Menurutnya ini kerana perseteruan kedua-dua gabungan itu sudah berlangsung cukup lama dan sebati dalam kalangan pengundi, malah sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
“Perkahwinan antara BN dan PH adalah atas dasar strategik, bukannya ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik. Biarpun begitu, kerjasama BN dan PH membentuk kerajaan ketika ini boleh dianggap suatu bentuk persefahaman antara kedua-belah pihak di peringkat Pusat.
“Persoalannya ialah bagaimana kerjasama tersebut boleh dipanjangkan pada peringkat negeri termasuk di Pulau Pinang,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata jalinan kerjasama antara DAP dan BN pada PRN akan diperincikan selepas mesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, ditanya mengenai peluang kerjasama PH dan BN tersebut dalam berdepan persaingan Perikatan Nasional, Kuok Tiung berkata, sentimen pilihan raya di peringkat negeri (PRN) dan umum (PRU) adalah berbeza.
Namun katanya, PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada ‘gelombang hijau’ pada PRU-15 lalu.
“Kubu kuat PKR di (Parlimen) Permatang Pauh pun boleh ditumbangkan Perikatan Nasional pada PRU-15. Jadi sentimen di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu sudah pastinya sedikit sebanyak membimbangkan PH dan BN,” katanya menurut Utusan
sumber
Hanya yang melaba, yang mendapat untung, yang dapat jadi supol dan yang sejahat dengannya sahaja yang mahukan kerajaan gabungan restu DAP ini kekal berkuasa. 
Cukup la..! nampak sangat bodoh lagi membodohkan..! 
Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2023/01/prn-barua-perlukan-restu-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com30 12 2022UMNO akan bekerjasama dengan DAP PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan UMNO serta Barisan Nasional dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan PKR DAP AMANAH dikatakan masih berunding agihan kerusi unt...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 122 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 171 hits
agendaily com06 01 2023PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada gelombang hijau pada PRU 15 lalu kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung Perkahwinan antara P...
Sah Umno Ph Disertai Dap Bekerjasama Hadapi Prn

Sah Umno Ph Disertai Dap Bekerjasama Hadapi Prn

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 131 hits
agendaily com11 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini UMNO mengesahkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP menghadapi enam pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan akan datan...
Kerjasama Dengan Dap Mca Jiwa Besar Tapi Bukan Opurtunis Ti

Kerjasama Dengan Dap Mca Jiwa Besar Tapi Bukan Opurtunis Ti

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 331 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 8 2023 12 23 PMNaib Presiden MCA Ti Lian Ker telah menolak keperluan untuk partinya bekerjasama rapat dengan DAP demi kelangsungan politik parti itu MCA tidak akan menjadi opportunist politik atau mengikut ex...
Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 111 hits
malaysiakini comSokongan orang Melayu terhadap Umno tetap merosot meskipun berpuluh tahun parti itu bertentangan dengan DAP kata Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerjasama parti itu dengan DAP dan sekali gus PH adalah bag...
Bekerjasama Dengan Dap Atau Tersungkur Mca Diberitahu

Bekerjasama Dengan Dap Atau Tersungkur Mca Diberitahu

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 79 hits
freemalaysiatoday com January 6 2023 7 30 AMSeorang penganalisis berkata MCA mesti bekerjasama dengan DAP kerana ia tidak boleh terus bergantung kepada undi Melayu untuk memenangi kerusi seperti dahulu PETALING JAYA Seorang ahli akademik me...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Yang Telah Berlaku

Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners