Berpuluh Tahun Umno Tentang Dap Sokongan Melayu Tetap Merosot


malaysiakini.com
Haspaizi Zain, Hariz Mohd, Shakira Buang & Ng Xiang Yi
Diterbitkan: Jan 11, 2023 10:00 PM

Sokongan orang Melayu terhadap Umno tetap merosot meskipun berpuluh tahun parti itu bertentangan dengan DAP, kata Mohamad Hasan

Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerjasama parti itu dengan DAP dan sekali gus PH adalah bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Pada masa sama, katanya, Umno kekal bersama BN dan bukannya menyertai PH

Berucap bagi merasmikan persidangan tahunan sayap-sayap Umno di Kuala Lumpur malam ini, Mohamad berkata mereka memang tahu siapa DAP, PKR dan Amanah yang menjadi komponen PH.

Dalam keadaan begitulah, kata menteri pertahanan berkenaan, Umno membuat keputusan bekerjasama untuk membentuk kerajaan bersama PH berdasarkan penelitian yang paling sesuai.

Ia juga, kata Mohamad, membolehkan Umno menguruskan perbezaan.

"Biar saya tegaskan di sini juga, bahawa selama berpuluh tahun, kita bertentangan dengan DAP. Semua orang tahu itu.

"Tetapi, adakah dengan pendirian sedemikian orang Melayu berduyun-duyun mendukung kita? Dan menjadikan kita semakin kuat dan semakin berpengaruh dengan pendirian sedemikian?

"Keputusan beberapa pilihan raya umum lepas, jelas menampakkan bahawa, disebalik cemuhan kita kepada DAP, sokongan Melayu tidak meningkat, malah merosot," katanya.

Mohamad berkata pilihan itu adalah lebih baik berbanding bekerjasama dengan PN yang dianggotai parti bertujuan untuk membunuh Umno.

Katanya Mohamad lagi, faktor yang mendorong orang Melayu menyokong atau menolak Umno ternyata bukanlah pendirian parti itu terhadap DAP selama ini.

"Sebaliknya ia bergantung kepada kemampuan kita meyakinkan orang Melayu bahawa kepentingan bangsa dapat diperjuangkan dengan lebih baik dengan Umno. Termasuklah (dengan cara) kerajaan yang kita pimpin itu bebas rasuah dan tiada penyalahgunaaan kuasa.

"Yang menjadi kayu ukur sokongan Melayu (kepada Umno) ialah integriti, tadbir urus, kompetensi dan prestasi kita, bukan kerana semata-mata kita menentang ideologi parti itu dan parti ini," katanya lagi.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu lagi, sokongan masyarakat bukan Melayu merosot dengan amat drastik semenjak beberapa pilihan raya umum lalu.

Sehingga dalam keadaan tertentu, kata Mohamad, Umno tewas kerana tidak mampu mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka.

"Telah lama kita abaikan undi golongan bukan Melayu ini," tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/berpuluh-tahun-umno-tentang-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

Jangan Salahkan Orang Lain Bila Umno Hilang Sokongan Melayu Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 366 hits
malaysiakini comUmno sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain apabila parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu kata ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah Sambil menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang seda...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 175 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 174 hits
agendaily com31 12 2022Dilema Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan imej DAP pada pandangan bangsa Melayu Walau bagaimana pemimpin politik Melayu cuba untuk membersihkan imej DAP sebuah parti yang bimbang Islam ment...
No Pretence Between Umno And Dap Says Tok Mat

No Pretence Between Umno And Dap Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 199 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan told delegates at the opening of Umno s Wanita Pemuda and Puteri congress that the party was focused on becoming a learning political party KUALA LUMPUR Umno deputy president Mohamad Hasan tonight gave a ...
Umno Delegates Accept New Govt But Still Wary Of Dap

Umno Delegates Accept New Govt But Still Wary Of Dap

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 213 hits
After a lengthy explanation by Umno deputy president Mohamad Hasan last night many party delegates at the party wings general assembly said they could now accept why the party chose to join the Pakatan Harapan led government However despite...
No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 235 hits
agendaily com06 01 2023PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada gelombang hijau pada PRU 15 lalu kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung Perkahwinan antara P...
Umno Bn Tarik Balik Sokongan Kepada Hajiji Umum Bung Moktar

Umno Bn Tarik Balik Sokongan Kepada Hajiji Umum Bung Moktar

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 138 hits
Umno BN tarik balik sokongan kepada Hajiji umum Bung Moktar Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jan 2023 10
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik