Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai
agendaily.com30/12/2022
UMNO akan bekerjasama dengan DAP, PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan.
UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, AMANAH – dikatakan masih berunding agihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya (PRN) di enam negeri yang dijangka diadakan tahun depan.
Agenda Daily difahamkan, walaupun senarai pertama agihan kerusi dalam kalangan parti pemerintah yang membentuk Kerajaan Persekutuan itu, telah selesai, namun pemimpin peringkat bahagian dikatakan masih tidak berpuas hati, dan mahu ianya diubah.
Sumber-sumber UMNO mengesahkan kepada Agenda Daily berhubung senarai pertama yang tular di media sosial, tetapi menyatakan pemimpin peringkat bahagian UMNO dan PKR masih bertelagah mengenai pembahagian kerusi.
Katanya setakat ini UMNO membuat keputusan untuk bergabung bersama parti-parti komponen PH, dalam menghadapi PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang dijangka didakan pada suku pertama 2023.
“Setakat ini UMNO tidak bertanding secara solo sebagaimana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, tetapi membentuk kerjasama dengan PH setelah bekerjasama pada peringkat Pusat.
“Ia juga menterjemahkan semangat memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani BN untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di Ibu Pejabat UMNO, hari ini (30 Disember 2022).
Berdasarkan senarai yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, UMNO diberikan 19 kerusi untuk ditandingi di Terengganu, AMANAH (tujuh) dan PKR (enam).
Kerusi ditandingi UMNO ialah Kuala Besut; Hulu Besut; Permaisuri; Langkap; Batu Rakit; Buluh Gading; Seberang Takir; Wakaf Mempelam; Ladang; Alur Limbat; Bukit Payung; Telemung; Kuala Berang; Ajil; Sura; Rantau Abang; Bukit Besi; Air Putih dan Kijal
AMANAH akan bertanding di DUN Jerteh; Jabi; Bukit Tunggal; Batu Burok; Rhu Rendang; Paka; dan Cukai. Manakala PKR di Kota Putera; Tepuh; Bandar; Pengkalan Berangan; Manir; dan Kemasik.
Sementara daripada 45 kerusi DUN di Kelantan pula, UMNO memperoleh 27 kerusi yang melibatkan Pengkalan Kubor; Wakaf Bharu; Kijang; Panchor; Bunut Payong; Tendong; Chetok; Gual Periok; Pasir Tumboh; Demit; Pantai Irama; Melor; dan Kok Lanas.
UMNO juga akan bertanding di DUN Bukit Panau; Gual Ipoh; Selising; Semerak; Pulai Chondong; Temangan; Bukit Bunga; Ayer Lanas; Kuala Balah; Mengkebang; Manek Urai; Nenggiri; dan Paloh.
AMANAH bertanding di 12 kerusi iaitu Kelaboran; Chempaka; Tanjong Mas; Meranti; Apam Putra; Salor; Tawang; Kadok; Kemahang; Limbongan; Kemuning; dan Dabong.
Enam kerusi ditandingi PKR pula ialah di Pasir Pekan; Kota Lama; Pengkalan Pasir; Jelawat; Gaal; dan Guchil, manakala DAP akan bertanding di Galas.
Di Kedah pula, daripada 36 kerusi DUN, UMNO diberi 13 kerusi iaitu di DUN Ayer Hangat; Ayer Hitam; Bukit Kayu Hitam; Kuala Nerang; Bukit Lada; Anak Bukit; Sungai Tiang; Sungai Limau; Guar Chempedak; Jeneri; Tanjong Dawai; Bandar Baharu; dan Bayu.
AMANAH dan PKR masing-masing mendapat 10 kerusi. Kerusi ditandingi AMANAH ialah Kota Siputeh; Jitra; Bukit Pinang; Alor Mengkudu; Pengkalan Kundor; Tokai; Kuala Ketil; Kupang; Merbau Pulas; dan Pantai Merdeka.
Manakala PKR akan bertanding di Kuah; Pedu; Suka Menanti; Kubang Rotan; Belantek; Bukit Selambau; Bakar Arang; Sidam; Lunas; dan Kulim).
DAP pula diberi tiga kerusi iaitu di DUN Derga; Kota Darul Aman dan Gurun.
Di Pulau Pinang, daripada 40 DUN, DAP menguasai agihan khususnya di kawasan bandar apabila diberi 19 kerusi, berbanding PKR (11 kerusi); dan masing-masing lama kerusi buat UMNO dan AMANAH.
Kerusi ditandingi DAP ialah Sungai Puyu; Bagan Jermal; Bagan Dalam; Berapit; Padang Lalang; Perai; Jawi; Tanjong Bunga; Air Putih; Pulau Tikus; Padang Kota; Pengkalan Kota; Komtar; Datok Keramat; Sungai Pinang; Batu Lancang; Seri Delima; Air Itam; dan Paya Terubong.
Sebelas kerusi ditandingi PKR ialah di Pinang Tunggal; Telok Ayer Tawar; Penanti; Machang Bubok; Bukit Tengah; Bukit Tambun; Sungai Bakap; Kebun Bunga; Batu Uban; Batu Maung; dan Pulau Betong.
AMANAH pula bertanding di Bertam; Sungai Dua; Permatang Pasir; Pantai Jerejak; dan Bayan Lepas, manakala UMNO di Penaga; Permatang Berangan; Seberang Jaya; Sungai Acheh; dan Telok Bahang.
Bagi Negeri Sembilan, daripada 36 kerusi DUN, UMNO memperoleh 12 kerusi iaitu Pertang; Sungai Lui; Serting; Palong; Sikamat; Seri Menanti; Senaling; Chembong; Rantau; Kota; Linggi; dan Gemas.
Sepuluh kerusi ditandingi DAP pula ialah Chennah; Bahau; Nilai; Temiang; Bukit Kepayang; Rahang; Mambau; Seremban Jaya; Lukut; dan Repah.
PKR akan bertanding di sembilan DUN iaitu Jeram Padang; Lobak; Ampangan; Juasseh; Pilah; Labu; Chuah; Sri Tanjong; dan Gemencheh, manakala AMANAH di lima kerusi iaitu Klawang; Lenggeng; Johol; Paroi; dan Bagan Pinang.
Bagi Selangor, daripada 56 DUN, PKR memperoleh kerusi terbanyak iaitu 20; DAP (16 kerusi); manakala UMNO dan AMANAH masing-masing 10 kerusi.
PKR akan meletakkan calon di Sabak; Permatang; Bukit Melawati; Ijok; Rawang; Sungai Tua; Bukit Antarabangsa; Kajang; Seri Setia; Taman Medan; Bukit Lanjan; Kota Damansara; Batu Tiga; Sementa; Selat Klang; Pelabuhan Klang; Sentosa; Sungai Kandis; Tanjong Sepat; dan Kota Anggerik.
DAP akan bertanding di Sekinchan; Kuala Kubu Bharu; Teratai; Dusun Tua; Balakong; Seri Kembangan; Kinrara; Subang Jaya; Bukit Gasing; Kampung Tunku; Bandar Utama; Bandar Baru Klang; Pandamaran; Kota Kemuning; Banting; dan Sungai Pelek.
UMNO pula akan bertanding di Sungai Air Tawar; Sungai Panjang; Hulu Bernam; Sungai Burung; Jeram; Kuang; Gombak Setia; Semenyih; Paya Jaras; dan Dengkil.
AMANAH di Batang Kali; Taman Templer; Hulu Kelang; Lembah Jaya; Pandan Indah; Sungai Ramal; Seri Serdang; Meru; Sijangkang; dan Morib.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu Agenda Daily, agihan kerusi itu belum dimuktamadkan setelah ada dalam kalangan pemimpin UMNO dan PKR yang membantah.
Berhubung sokongan yang bakal diterima UMNO, PKR, DAP, dan AMANAH, setelah parti berkenaan bekerjasama, sumber itu berkata beberapa isu boleh dijadikan bahan kempen ketika PRN itu.
Antaranya, kata beliau ialah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerjasama antara parti politik.
“Memang diakui akan terdapat isu yang akan dimainkan pembangkang, terutama berkaitan keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang menolak Anwar dan DAP, tetapi kepimpinan memutuskan memberi sokongan pula.
“Ini akan menjejaskan sokongan kepada UMNO dan PH. Namun, UMNO berharap sokongan Kerajaan Persekutuan akan membantu kemenangan calon gabungan itu,” katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/prn-agihan-awal-kerusi-antara-umno-dap.html