No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri


agendaily.com06/01/2023
PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada 'gelombang hijau' pada PRU-15 lalu, kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung.
‘Perkahwinan’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bukan atas dasar ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik, terutama apabila kerjasama itu memerlukan penglibatan DAP.

Setelah kedua-duanya menggadaikan beberapa prinsip perjuangan parti masing-masing bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN), gabungan itu kini perlu bekerjasama pada peringkat negeri.

Namun, seperti kata penganalisis politik, kerjasama PH dan BN, khususnya dalam menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadual dalam beberapa bulan lagi, bakal memberi kesan besar kepada parti komponen kedua-dua gabungan itu.

Walaupun, slogan ‘No DAP No Anwar’ mula dilaungkan akan umbi UMNO, namun ianya juga akan membayangi parti komponen PH, terutama DAP, apabila kedua-duanya menjalin kerjasama, sekali gus mengetepikan sentimen penyokong masing-masing.

Dalam erti kata lain, sentimen itu dilihat tidak akan memberi kelebihan sama ada kepada PH atau BN, khususnya UMNO, sekali gus menjadi cabaran kepada kedua-dua parti untuk mencatat kemenangan selesa termasuk di kubu kuat PH di Pulau Pinang.

Untuk rekod, enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, akan mengadakan PRN masing-masing dalam tempoh tiga empat bulan lagi, kerana penggal DUN ke-15 akan tamat menjelang Julai.

Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung ketika mengulas isu itu berkata perkara itu juga menjadi cabaran terbesar dalam `perkahwinan’ politik antara PH dan BN ketika ini, terutama dalam tempoh singkat menjelang PRN.

Menurutnya ini kerana perseteruan kedua-dua gabungan itu sudah berlangsung cukup lama dan sebati dalam kalangan pengundi, malah sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Perkahwinan antara BN dan PH adalah atas dasar strategik, bukannya ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik. Biarpun begitu, kerjasama BN dan PH membentuk kerajaan ketika ini boleh dianggap suatu bentuk persefahaman antara kedua-belah pihak di peringkat Pusat.

“Persoalannya ialah bagaimana kerjasama tersebut boleh dipanjangkan pada peringkat negeri termasuk di Pulau Pinang,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata jalinan kerjasama antara DAP dan BN pada PRN akan diperincikan selepas mesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, ditanya mengenai peluang kerjasama PH dan BN tersebut dalam berdepan persaingan Perikatan Nasional, Kuok Tiung berkata, sentimen pilihan raya di peringkat negeri (PRN) dan umum (PRU) adalah berbeza.

Namun katanya, PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada ‘gelombang hijau’ pada PRU-15 lalu.

“Kubu kuat PKR di (Parlimen) Permatang Pauh pun boleh ditumbangkan Perikatan Nasional pada PRU-15. Jadi sentimen di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu sudah pastinya sedikit sebanyak membimbangkan PH dan BN,” katanya menurut Utusan.

Mengulas lanjut Kuok Tiung berkata, beliau juga beranggapan kerjasama antara PH dan BN ketika ini hanya untuk jangka masa pendek dan tidak akan mampu bertahan lebih lama.

“Pada saya, kerjasama tersebut hanya akan menguntungkan salah satu pihak, sama ada UMNO akan terus makin tidak relevan atau lemah dan PKR mengambil alih peranan UMNO dalam politik negara atau UMNO akan bangkit mengatasi pesaing mereka,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/no-anwar-no-dap-hantui-ph-umno-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Umno Ph Disertai Dap Bekerjasama Hadapi Prn

Sah Umno Ph Disertai Dap Bekerjasama Hadapi Prn

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 306 hits
agendaily com11 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini UMNO mengesahkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP menghadapi enam pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan akan datan...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 370 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 318 hits
agendaily com30 12 2022UMNO akan bekerjasama dengan DAP PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan UMNO serta Barisan Nasional dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan PKR DAP AMANAH dikatakan masih berunding agihan kerusi unt...
Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 321 hits
agendaily com10 01 2023Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis dialog bersama ahli Gerakan di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang malam tadi Gambar FB Datuk Wan Saiful Wan JanPeri...
Berapa Kerusi Umno Dapat Dalam Prn Tiga Negeri Pimpinan Ph

Berapa Kerusi Umno Dapat Dalam Prn Tiga Negeri Pimpinan Ph

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 333 hits
Berapa kerusi UMNO dapat dalam PRN tiga negeri pimpinan PH Penganalisis politik dan isu isu semasa Datuk Dr Ahmad Faris Abdul Halim Kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan terutama DAP bakal teruji dalam enam pilihan raya negeri y...
Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 329 hits
agendaily com29 12 2022Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz kerap mengeluarkan pendapat kritikal terhadap UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faizal Ismail A...
Bahaya Jika Ph Umno Bergerak Solo Hadapi Prn Mesti Bersama Mahfuz

Bahaya Jika Ph Umno Bergerak Solo Hadapi Prn Mesti Bersama Mahfuz

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 271 hits
agendaily com11 01 2023PH dan UMNO mesti bekerjasama dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi Tidak boleh tidak semua parti dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim PKR DAP AMANAH dan UMNO mesti bergabung tenaga untuk mengh...
Ph Bn Hadapi Tugas Getir Berdepan Prn Kata Penganalisis

Ph Bn Hadapi Tugas Getir Berdepan Prn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 261 hits
freemalaysiatoday com January 3 2023 10 30 AMPRN akan datang mengundang cabaran besar buat PH diterajui Anwar Ibrahim dan BN diketuai Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha mengekalkan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Kerajaan perpaduan Anwar Ibrah...
Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Tiket Kidzania Murah

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Selamat Tahun Baru 2026 You All


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Wayang Cerita Papa Zola

Easy Beef Barbeque Recipe

Larang Buang Sampah Baik Tapi Kpkt Kuat Kuasa Terburu Buru Ppim Malaysia Gazette 01 01 2026

Andmesh Kamaleng Bukan Lagi Rumahmu Chord

Makhluk Paling Kental Di Dunia

Breaking The Mold A 1967 Harley Shovelhead Chopper From Wales