Patut Ada 100 Lagi Macam Ronnie Liew Yang Lain Pula Bagaimana Mulut Dah Tersumbat




Jika diperhalusi, walaupun kenyataan AJK Pusat DAP, Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru-baru ini dilihat kasar dan tidak wajar, niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya yang sebenar
Lebih daripada itu, kenyataan beliau juga adalah sebagai tindak balas terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir sendiri yang selama ini dilihat banyak kekaburan, mengelirukan dan seolah-olah mahu menjadikan PH akhirnya berpecah
Yang sangat ditakuti, selain petandanya tidak susah untuk dicari, kalau Tun Mahathir sebagai PM7 benar-benar mahu kembali seperti PM4 dahulu yang berkuasa mutlak dan bebas melakukan apa saja mengikut kehendak hatinya
Dalam hal ini, bukan saja Tun Mahathir, malah semua pendokong PH harus sedar bahawa PH yang mentadbir negara sekarang tidak sama dengan BN dahulu
Oleh kerana Tun Mahathir diberi kuasa buat kali kedua ini melalui PH, mengembalikan semula watak PM4 yang sinonim dengan BN ke dalam PH tentulah sesuatu yang tidak dialu-alukan sama sekali
Untuk itu, teguran Ronnie Liu adalah agar Tun Mahathir bukan saja mesti sedar Bersatu yang dipimpinnya hanya mempunyai kerusi yang sedikit, malah juga mesti insaf BN yang pernah dipimpinnya dahulu sudah pun ditolak rakyat
Dengan PH diberikan mandat mentadbir negara dengan slogan Malaysia Baru, apa yang rakyat mahukan ialah perubahan dan pembaharuan
Jika rakyat mahukan cara lama tentang bagaimana negara ini diurus dan bagaimana seorang Perdana Menteri berlagak bak maharaja, sama ada dalam politik atau ekonomi, lebih baik mereka kekalkan saja BN untuk terus mentadbir negara ini dalam PRU yang lalu
Apabila rakyat memilih PH dan sanggup menolak BN yang telah berkuasa selama 60 tahun, keinginan rakyat kepada perubahan dan pembaharuan bukanlah suatu yang main-main
Bagaimanapun, mempermainkan harapan rakyat dengan banyak berdolak-dalik serta liat menunaikan janji hanya akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PH dan menggelapkan masa depannya, sedangkan mungkin untuk berapa lama lagi Tun Mahathir sudah pun tiada lagi di dunia ini
Tetapi, meski selepas ketiadaan Tun Mahathir, PH mesti terus hidup dan bernyawa
PH juga tidak harus dibiarkan mati kerana nafsu tak bertepi yang ada dalam diri Tun Mahathir
Makanya, tindakan Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan kasarnya lebih berupa peringatan kepada Tun Mahathir agar tidak lari daripada landasan perjuangan PH dan tujuannya adalah murni serta suci
Oleh itu, DAP tidak harus mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadapnya, malah Adun Sungai Pelek itu seharusnya diberikan ucapan terima kasih, kalau pun tidak mahu memberinya pingat atau jamuan makan malam
Dalam menghadapi pelbagai isu semasa yang sesetengahnya macam sengaja dicetuskan oleh Tun Mahathir untuk mewujudkan ketidaktentuan dan perpecahan dalam PH, bukan saja tindakan Ronnie Liu itu harus dialu-alukan, bahkan sepatutnya ada 10 atau 100 lagi watak sepertinya dalam PH
Kalau semua orang takut bersuara, lemah kerana dedak jawatan dan kedudukan serta selalu tunduk seperti seseorang mengadap maharaja, PH ini tidak akan ke mana-mana serta mati begitu saja akhirnya
Apakah kita mahu PH ini jadi begitu akhirnya
Kalau Ronnie Liu dilihat kasar dan kurang ajar, bagaimana dengan Azmin Ali, Khairuddin Abu Hassan, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa nama yang lain yang terang-terang menolak konsensus PH berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim
Tidakkah mereka itu lebih khianat, pengkhianat dan lahanat kepada PH
Apakah dalam PH ini hanya menegur dan mengkritik Perdana Menteri saja yang dilihat salah, manakala mengutuk bakal Perdana Menteri yang sudah dipersetujui dianggap tindakan terpuji
Kepada DAP, sekali lagi ditekankan, Ronnie Liu adalah pembawa suara penyelamat untuk PH dan mengenakan hukuman kepada beliau, apalagi tunduk kepada tekanan Armada Bersatu yang tidak sabar-sabar mahu hukuman dijatuhkan dalam tempoh seminggu, tindakan itu hanya akan membuatkan DAP hilang taringnya
Jika DAP tunduk dan takut kepada Tun Mahathir sebagaimana semua orang berjaya ditundukkannya di era PM4 dahulu, parti itu bukan saja berpotensi menjadi seperti MCA, malah sekarang pun sudah tiada bezanya dengan MCA. (ShahbudinHusin 25/10/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/patut-ada-100-lagi-macam-ronny-liewyang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ronnie Liu Adalah Suara Penyelamat Patut Ada 100 Lagi Sepertinya Dalam Ph

Ronnie Liu Adalah Suara Penyelamat Patut Ada 100 Lagi Sepertinya Dalam Ph

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 315 hits
Jika diperhalusi walaupun kenyataan AJK Pusat DAP Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru baru ini dilihat kasar dan tidak wajar niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya...
Prktgpiai Ini Muafakat Bn Kita Bukan Macam Ph Tidur Sebantal Mimpi Lain Lain Jefridin

Prktgpiai Ini Muafakat Bn Kita Bukan Macam Ph Tidur Sebantal Mimpi Lain Lain Jefridin

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 350 hits
Cakap cakap yang mengatakan bahawa UMNO Bahagian Tanjung Piai dan jenteranya akan menutup bilik bilik gerakan di Pusat Daerah Mengundi apabila Barisan Nasional mencalonkan semula bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng ...
Lelaki Sewa Bilik Hotel Untuk Mandi Terdengar Kekasihnya Sedang Curang Dengan Lelaki Lain Di Bilik Sebelah

Lelaki Sewa Bilik Hotel Untuk Mandi Terdengar Kekasihnya Sedang Curang Dengan Lelaki Lain Di Bilik Sebelah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 567 hits
Hajat seorang lelaki Vietnam untuk mandi di hotel tidak kesampaian apabila dia mendapati wanita yang disayanginya selama ini curang dengan lelaki berusia 50 tahun di sebelah biliknya Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aki terdahulu...
Umi Sakit Jari Putus Ketika Memanjat Gril Satu Urat Saja Selamat Lain Hancur

Umi Sakit Jari Putus Ketika Memanjat Gril Satu Urat Saja Selamat Lain Hancur

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 528 hits
Malang tak berbau Itu yang berlaku pada seorang kanak kanak Muhammad Najwan Faiz Mohamad Nasron yang jari kelingkingnya putus dan terlekat di grill selepas memanjat ketika sedang bermain Menurut kakaknya yang berkongsi kisah adik bongsunya ...
Isteri Fobia Suami Suka Mencari Wanita Lain

Isteri Fobia Suami Suka Mencari Wanita Lain

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 501 hits
Bila bergaduh dengan abang sayang jadi fobia Sebab apabila berlaku situasi ini saya yakin abang tidak sayangkan saya lagi BUAT para isteri fobia dengan tindakan suami yang gemar mencari rakan wanita bagi meluahkan masalah setiap kali selepa...
Pura Pura Selingkuh Astrid Akui Uya Kuya Tak Akan Menyukai Wanita Lain

Pura Pura Selingkuh Astrid Akui Uya Kuya Tak Akan Menyukai Wanita Lain

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 275 hits
Astrid Kuya yang tidak tahu menahu kalau dirinya sedang dikerjain sama sang suami mengaku kaget mendengar pengakuan dari Uya Kuya
Tak Salah Bagi Anak Jajan Tapi Kena Banyakkan Makan Real Food Yang Lain Baru Pelbagai

Tak Salah Bagi Anak Jajan Tapi Kena Banyakkan Makan Real Food Yang Lain Baru Pelbagai

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 566 hits
Baru baru ini tular seorang lelaki membuang makanan ringan yang dianggap fake food ke dalam tong sampah Tindakan lelaki tersebut mengundang rasa tidak senang warga net dengan perbuatan yang dianggap satu contoh yang tidak baik selain menyin...
Salah Masuk Token Mesin Lain Yang Berpusing

Salah Masuk Token Mesin Lain Yang Berpusing

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 535 hits
Kisah mendobi harini Jarang ke kedai dobi layan diri ni sebab kat rumah ada mesin basuh Tapi harini tak ada pilihan sebab mesin basuh kat rumah dah rosak Dari minggu lepas dan hint macam nak rosak Mr hubby godek godek berjaya berfungsi Hari...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media