Prk Sungai Bakap Calon Ph Pn Sama Berkredibiliti Penganalisis Lihat Faktor Lain Boleh Bawa Kemenangan



Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan anak tempatan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bagi memenuhi aspirasi pengundi.
(Berita Harian) – Usaha PH untuk merampas kerusi itu digalas bekas Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60, manakala PN pula mahu mengekalkan kerusi berkenaan melalui calonnya, Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandang daripada PAS, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian pada 6 Julai, selepas penamaan calon dan pengundian awal, masing-masing 22 Jun dan 2 Julai.
Pemerhati politik melihat Abidin ada sedikit kelebihan pengalaman politik, namun tidak menolak peluang Joohari yang boleh menonjol jika parti dalam Kerajaan Perpaduan, di peringkat negeri mahupun Persekutuan mengerah sebaik mungkin jentera masing-masing sepanjang kempen.
Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, berpandangan secara umumnya, kewibawaan dan reputasi kedua-dua calon boleh dikatakan seimbang.
Katanya walaupun calon PN ada sedikit kelebihan, calon PH tetap berpeluang untuk memberi saingan dengan bantuan bukan sahaja daripada jentera parti, bahkan kerajaan negeri dan pusat.
“Saya rasa kedua-dua calon mempunyai kelebihan. Calon PN adalah Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal dan pernah menjadi pegawai khas Allahyarham Nor Zamri. Bermakna dia tahu lokaliti dan juga demografik di situ sepenuhya.
“Dari sudut umur, dia juga lebih muda daripada Joohari. Calon PH juga anak tempatan dan pernah berkhidmat dalam sektor perguruan sehingga IAB, selain aktif dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
“Dari segi reputasi dan kredibiliti, saya rasa kedua-dua calon ada kewibawaan. Cuma kalau calon PN, ada kelebihan meliputi faktor politik berbanding calon PH yang barangkali tidak nampak jawatan dalam politik kepartian,” katanya kepada BH hari ini.
Di samping bergantung kepada latar belakang calon, Sivamurugan berpandangan, tumpuan juga perlu kepada jentera parti dan PRK ini akan menguji gabungan PH-Barisan Nasional (BN) serta PN, adakah wujud kerjasama jitu antara parti komponen masing-masing.
“Selepas calon mempunyai kredibiliti, kita harus lihat jentera parti. Dalam konteks PN, ini juga akan menguji kerjasama PAS dan BERSATU, sejauh mana boleh dimobilisasi bersama sebagaimana PH bersama BN.
“Kelebihan PH dari sudut jentera parti kerana mereka memegang tampuk kerajaan negeri dan boleh menggunakan jentera sebaik mungkin walaupun penyandang kerusi daripada PN. Bagi saya, kedua-dua calon ada peluang sama.
“Yang boleh menentukan kemenangan juga adalah aliran sokongan penyokong UMNO, sama ada akan melakukan protes seperti Pilihan Raya Negeri (PRK) lalu, yang membolehkan calon PN ketika itu menang atau mereka akan kembali menyokong Joohari,” katanya.
Katanya, DUN Sungai Bakap, secara tradisinya adalah kerusi BN sehingga 2008 apabila dirampas PKR yang mengekalkannya sehingga PRN 2023 sebelum tewas kepada PN.
“Jadi kombinasi kekuatan ini juga jika digabungkan boleh membawa keputusan berbeza berbanding PRK yang lain,” katanya.
The post PRK Sungai Bakap: Calon PH, PN sama berkredibiliti, penganalisis lihat faktor lain boleh bawa kemenangan appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/18/prk-sungai-bakap-calon-ph-pn-sama-berkredibiliti-penganalisis-lihat-faktor-lain-boleh-bawa-kemenangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail Calon Pn Bagi Prk Sungai Bakap

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail Calon Pn Bagi Prk Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 172 hits
Nur Izzati Mohamadam hmetro com myNibong Tebal Perikatan Nasional menamakan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap 6 Julai ini Ia diumumkan Timbalan Pres...
Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 172 hits
SURUHANJAYA Pilihan Raya menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya untuk memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap kata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom Beliau berkata semua kaedah dan b...
Prk Sungai Bakap Sprm Ingat Calon Parti Politik Tidak Langgar Undang Undang

Prk Sungai Bakap Sprm Ingat Calon Parti Politik Tidak Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 192 hits
Oleh Syeikh Baran Suasana di pusat penamaan calon DUN Sungai Bakap kelihatan tenang dan cuaca pagi ini dalam keadaan baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil S...
Prk Sungai Bakap Bn Akan Bantu Kempen Calon Ph

Prk Sungai Bakap Bn Akan Bantu Kempen Calon Ph

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 212 hits
Barisan Nasional akan membantu kempen calon daripada parti rakan kerjasama Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Pulau Pinang Bendahari BN merangkap Naib Presiden Umno Datuk Seri Johar...
Abidin Ismail Dipilih Calon Perikatan Untuk Prk Sungai Bakap

Abidin Ismail Dipilih Calon Perikatan Untuk Prk Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 240 hits
PERIKATAN Nasional akan mencalonkan Abidin Ismail daripada PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai Mengumumkan pilihan itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abidin yang jug...
Dalil Prk Sungai Bakap Dah Keluar Tapi Kena Padam Pula

Dalil Prk Sungai Bakap Dah Keluar Tapi Kena Padam Pula

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 153 hits
HarapandailyPas dilihat sudah mengeluarkan dalil menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap di Pulau Pinang Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa d...
Prk Sungai Bakap Pengundian Pada 6 Julai 2024

Prk Sungai Bakap Pengundian Pada 6 Julai 2024

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 289 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap Pulau Pinang pada 6 Julai depan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun manakala bagi pengundian awa...
Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 198 hits
Cabaran PRK DUN Sungai Bakap Kepada Parti Politik Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada 6 Julai ini Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing masing ditetapkan pada ...
Prk Sungai Bakap Ph Menang Petrol Mungkin Naik

Prk Sungai Bakap Ph Menang Petrol Mungkin Naik

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 301 hits
harakahdaily netJune 23 2024NIBONG TEBAL Tidak mustahil Kerajaan Madani akan menghapuskan subsidi petrol RON95 sekiranya mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil N 20 Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Calon PERIKATAN NASIONAL Abidin Ism...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi