Prk Sungai Bakap Sprm Ingat Calon Parti Politik Tidak Langgar Undang Undang



Oleh – Syeikh Baran
Suasana di pusat penamaan calon DUN Sungai Bakap kelihatan tenang dan cuaca pagi ini dalam keadaan baik. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap agar tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, peringatan itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Pada masa sama, SPRM turut melancarkan bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa PRK Sungai Bakap.
“Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam mulai 22 Jun hingga 6 Julai 2024 itu akan ditempatkan di dua lokasi iaitu di SPRM Pulau Pinang dan di SPRM Cawangan Seberang Perai,” katanya hari ini.
SPRM berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau hubungi talian 04-2299262 sambungan 1107.
Terdahulu, PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
PH diwakili, Dr. Joohari Ariffin, manakala Abidin Ismail, 56, pula mewakili PN.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Sumber – KOSMO! ONLINE
The post PRK Sungai Bakap: SPRM ingat calon, parti politik tidak langgar undang-undang appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/06/23/prk-sungai-bakap-sprm-ingat-calon-parti-politik-tidak-langgar-undang-undang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 208 hits
Cabaran PRK DUN Sungai Bakap Kepada Parti Politik Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada 6 Julai ini Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing masing ditetapkan pada ...
Abidin Ismail Dipilih Calon Perikatan Untuk Prk Sungai Bakap

Abidin Ismail Dipilih Calon Perikatan Untuk Prk Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 251 hits
PERIKATAN Nasional akan mencalonkan Abidin Ismail daripada PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai Mengumumkan pilihan itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abidin yang jug...
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail Calon Pn Bagi Prk Sungai Bakap

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail Calon Pn Bagi Prk Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 184 hits
Nur Izzati Mohamadam hmetro com myNibong Tebal Perikatan Nasional menamakan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap 6 Julai ini Ia diumumkan Timbalan Pres...
Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

Spr Pastikan Calon Prk Sungai Bakap Patuh Peraturan Kempen

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 185 hits
SURUHANJAYA Pilihan Raya menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya untuk memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap kata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom Beliau berkata semua kaedah dan b...
Prk Sungai Bakap Calon Ph Pn Sama Berkredibiliti Penganalisis Lihat Faktor Lain Boleh Bawa Kemenangan

Prk Sungai Bakap Calon Ph Pn Sama Berkredibiliti Penganalisis Lihat Faktor Lain Boleh Bawa Kemenangan

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 296 hits
Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mempertaruhkan anak tempatan sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap bagi memenuhi aspirasi pengundi Usaha PH untuk merampas kerusi itu digalas bekas Pengarah Institut Aminu...
Heboh Pas Gaduh Di Sungai Bakap Pasal Calon Iso Pusat Khidmat Pun Rupanya Dah Tutup

Heboh Pas Gaduh Di Sungai Bakap Pasal Calon Iso Pusat Khidmat Pun Rupanya Dah Tutup

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 453 hits
HarapandailyHeboh dakwaan kononnya Pas bergaduh sesama sendiri ketika parti itu bergelut untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil 6 Julai depan Selain boikot daripada Bersatu difahamkan sesama P...
Prk Sungai Bakap Kempen Pn Caca Marba Dakwa Rafizi

Prk Sungai Bakap Kempen Pn Caca Marba Dakwa Rafizi

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 243 hits
Zuwairi Md Yusof PRK Sungai Bakap Kempen PN caca marba dakwa Rafizi rafiziramli mendakwa segala isu yang di bangkitkan PN tidak relevan dengan pengundi DUN Sungai Bakap Memang kartun cacamerba pun serba serbi Aduh sedapnya membalun membanta...
Prk Sungai Bakap Ph Menang Petrol Mungkin Naik

Prk Sungai Bakap Ph Menang Petrol Mungkin Naik

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 310 hits
harakahdaily netJune 23 2024NIBONG TEBAL Tidak mustahil Kerajaan Madani akan menghapuskan subsidi petrol RON95 sekiranya mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil N 20 Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Calon PERIKATAN NASIONAL Abidin Ism...
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mrfix Gadgets Puncak Alam Repair Iphone Laptop

Pasang Bendera Terbalik Rakyat Malaysia Terlalu Bodoh Atau Sengaja Cetus Provokasi

How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

Pemuda Maut Selepas Tak Sedarkan Diri Ketika Sertai Acara Berbasikal

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Justice For Zara