Muafakat Nasional Sabah Bubar Hilang Kepercayaan Terhadap Annuar Musa



Muafakat Nasional (MN) Sabah yang dibentuk sejak dua tahun lalu dibubarkan hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan presidennya, Tan Sri Annuar Musa.
(Harian Metro) – Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong, berkata beliau bersama 30 ahli jawatan kuasa (AJK) protem MN negeri meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap layanan MN Pusat, termasuk kecewa terhadap layanan Annuar yang didakwanya tidak adil.
“Hari ini saya meletak jawatan dan membubarkan protem MN Sabah kerana beberapa sebab yang kami tidak boleh terima.
“Kami sudah menilai dengan panjang lebar tindakan MN pusat pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang membelakangkan dan tidak menghormati langsung seolah-olah MN Sabah tidak wujud,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui semua AJK MN Sabah pada mesyuarat terakhir mereka semalam.
Difahamkan, keputusan itu dibuat menjelang kehadiran Annuar ke Sabah yang dijadual menghadiri Konvensyen PAS Sabah pada Sabtu ini.
Jismit berkata, beliau juga terkilan apabila MN Sabah tidak dimaklumkan berhubung pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi MN dari Sabah sedangkan MN Pusat sebelum ini sudah memberi mandat autonomi kepada MN Sabah.
“Pelantikan ini bercanggah dengan prinsip dan konsep MN yang mana perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran MN Sabah, perlu dibincangkan bersama.
“Atas sebab itu kami hilang kepercayaan terhadap MN, kepemimpinan AJK MN Pusat dan kepemimpinan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MN Pusat,” katanya.
Katanya, ketika ini MN Sabah dianggotai kira-kira 30,000 ahli, menggambarkan kehadirannya di negeri ini semakin diterima rakyat.
Bagaimanapun, katanya layanan tidak adil MN Pusat terhadap MN Sabah membuatkan mereka kecewa dan mengambil keputusan menamatkan riwayat badan bukan kerajaan (NGO) itu di negeri ini.
Sementara itu, katanya, berbeza dengan MN di Semenanjung yang bersikap anti kerajaan, MN Sabah pimpinannya mengambil pendekatan mesra kerajaan negeri.
“MN Sabah ini bebas, sama ada ahli UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan atau mana-mana parti boleh menyertainya kerana ia adalah sebuah NGO.
“Kita tidak memburukkan kerajaan atau wakil rakyat, tidak seperti MN di Semenanjung. Kita benar-benar mengamalkan muafakat,” katanya.
Berikutan pembubaran itu, katanya mereka merancang untuk menubuhkan sebuah NGO baharu yang memfokuskan kepada kebajikan dan peningkatan ekonomi Sabah.
Katanya, surat pembubaran MN Sabah akan diserahkan kepada MN Pusat dalam tempoh 14 hari bermula hari ini dan menegaskan ia adalah keputusan muktamad.
The post Muafakat Nasional Sabah bubar, hilang kepercayaan terhadap Annuar Musa appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/29/muafakat-nasional-sabah-bubar-hilang-kepercayaan-terhadap-annuar-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa 2 000 Penyokong Pn Tak Keluar Undi

Annuar Musa 2 000 Penyokong Pn Tak Keluar Undi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 240 hits
MalaysiakiniPRK NENGGIRI Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon PN Mohd Rizwadi Ismail yang menggunakan logo PAS bertarung satu lawan satu untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat kerusi DUN di Kelantan ini Malaysiakini membawakan se...
Annuar Musa Ucap Tahniah Pada Bn

Annuar Musa Ucap Tahniah Pada Bn

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 107 hits
Malaysiakini nbsp 8 10 malam Pengarah Operasi pilihan raya PN bagi PRK Nenggiri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK berkenaan Keputusan tidak rasmi sudah diperolehi BN memenangi PRK ini dengan majoriti yang selesa...
Jokowi Puji Dedikasi Kpu Saat Pemilu 2024 Saya Tahu Capeknya Belum Hilang Masih Pegal Pegal

Jokowi Puji Dedikasi Kpu Saat Pemilu 2024 Saya Tahu Capeknya Belum Hilang Masih Pegal Pegal

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 113 hits
Jokowi berkelakar bahwa hingga kini pasti para petugas Komisi Pemilihan Umum masih merasa lelah dan penat
Pajak Tren Dari China Loke Jamin Kakitangan Ktmb Tak Hilang Kerja

Pajak Tren Dari China Loke Jamin Kakitangan Ktmb Tak Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 20 2024Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini memberi jaminan bahawa pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak akan hilang pekerjaan apabila kerajaan memperoleh 62 tren tambahan dari China melalui kaedah...
Wanita Hilang Ditemui Mati Dalam Kereta Polis

Wanita Hilang Ditemui Mati Dalam Kereta Polis

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 210 hits
KOSMOGAMBAR fail sebuah kereta polis di Seoul YouTubeSEOUL Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 an yang dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya ditemui mati di tempat duduk belakang sebuah kereta polis lapor portal berita The ...
Disangka Hilang Dua Kanak Kanak Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Disangka Hilang Dua Kanak Kanak Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 170 hits
Dua kanak kanak rupanya terperangkap 9 jam dalam lif selepas disangka hilang oleh ahli keluarga memandangkan tidak dapat dikesan keberadaannya Memetik laporan dari Harian Metro dua kanak kanak berkenaan dilaporkan hilang di sebuah pangsapur...
Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

Isu Kalimah Allah Penganut Kristian Digesa Kembali Kepada Kepercayaan Asal

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 245 hits
Persatuan Pengguna Islam Sedunia menggesa agar penganut Kristian patuh semula kepada kepercayaan asal mereka tanpa mengubah suai istilah istilah dan konsep yang sedap didengar orang bukan Kristian Setiausaha Agung IMCA Sheikh Abd Kareem S K...
Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Fazura Luar Biasa Chord